Bila mood untuk travel telah mari, banyak perancangan yang sudah berlegar-legar di minda. Nak melancong ke mana, hotel mana nak duduk, nak bawa baju apa untuk #OOTD dan macam-macam lagilah.
Bukan itu sahaja, sifat seorang wanita ini pasti mahu bawa segala barang kelengkapan waktu bercuti walaupun hanya sehari dua. Set kecantikan sahaja sudah berapa botol. Eh, susahlah kalau macam tu! Takkan nak angkut almari dari rumah kot?
Elakkan semua masalah itu. Nak tahu tak, sebenarnya ada produk kecantikan terbaru yang boleh menjaga kecantikan kulit wajah dan badan sekaligus dalam satu botol sahaja. Jadi anjal macam kuih mochi pulak tu. Amazing right!
Tidak perlu runsing untuk membawa pelbagai produk sewaktu travel, Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower sudah cukup melengkapi segalanya yang diperlukan oleh kulit anda. Masa mengemas juga jadi lebih senang dan teratur. Mengapa perlu berlebihan jika boleh berjimat dengan hanya satu langkah mudah bukan?
Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang baharu menjadikan proses membersih dan melembapkan kulit pada kedua-dua bahagian wajah dan badan lebih mudah dan efektif dengan hanya satu langkah semasa mandi. Oh, syoknya!
Sememangnya masalah kulit sentiasa menjadi suatu igauan yang buruk kepada para wanita di seluruh dunia. Pastinya hilang mood bercuti jika masalah kulit melanda secara tiba-tiba. Tetapi, berbeza dengan produk ini, ia tidak akan memberikan kesan buruk pada kulit kita. Bukan mudahkan untuk kita mendapatkan satu produk yang bagus untuk kulit wajah dan tubuh sekaligus?
Dihasilkan dengan proses penyelidikan dan pembangunan yang terperinci, rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower telah diuji secara dermatologikal; lulus ujian kepedihan pada kulit dan terbukti bukan komedogenik.
Ia sangat efektif walaupun masih lembut terhadap kulit di bahagian wajah dan badan. Kulit anda kekal segar dan menawan tidak kira musim atau apa jua cuaca yang mendatang. Tetap maintain cantik walau ketika melakukan aktiviti lasak seperti mendaki, kayak dan sebagainya.
Dengan aktiviti yang tidak menentu sewaktu mengembara di negara orang, pastinya kadang kala kita akan terlepas pandang mengenai penjagaan kulit wajah dan tubuh dek kerana terlalu sibuk. Jerawat juga boleh timbul kerana tidak mengikuti rutin kecantikan dengan betul.
Selaras dengan prinsip-prinsip Shokubutsu yang menetapkan penggunaan bahan-bahan yang selamat dan semulajadi, rahsia mujarabnya Shokubutsu Mochi Hada terkandung di dalam khasiat semulajadi Minyak Tsubaki, satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha; Minyak Bran Beras, satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapannya; dan Ekstrak Tapai Beras, yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat tanpa menutup atau membuatkan pori kulit tersumbat.
Ini menjadikan kulit kekal bermaya dengan sempurna tanpa sebarang cela di wajah. Keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dan bergambar sewaktu bercuti juga pastinya semakin bertambah.
Kebanyakan daripada kita pastinya tidak sabar mahu melihat kesan pada kulit selepas mencuba produk baru. Apabila menggunakan rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower, kesannya dapat dilihat dalam masa dua minggu sahaja.
Dalam ujian penggunaan di rumah yang melibatkan 450 orang wanita, 80% daripada pengguna menyatakan bahawa mereka merasai kulit lebih licin, lebih lembut dan lebih berseri dalam tempoh penggunaan dua minggu!
Aktres dari Hong Kong iaitu Natalie Tong juga mengakuinya keberkesanannya dan menjadikan ia produk pilihan utamanya dek kerana kehebatannya pada kulit serta membantunya menjimatkan masa disebabkan kehidupannya yang begitu sibuk sebagai seorang artis terkemuka.
“Saya gemarkan Shokubutsu Mochi Hada kerana ia menjimatkan masa mandi dengan meringkaskan rutin membersih dan melembapkan badan. Ia adalah selamat, lembut dan sangat efektif untuk wajah dan badan saya. Produk ini sangat hebat untuk pengguna-pengguna yang mempunyai jadual harian yang padat seperti saya.
Saya belum pernah menemui produk yang seumpamanya yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi Jepun. Saya menyaksikan kesan perubahan yang positif dalam tempoh dua minggu setelah menggunakannya dengan kerap. Saya syorkan produk ini kepada semua untuk mendapatkan kulit yang lembut, licin dan berseri,” ulas Natalie Tong tentang pengalamannya dengan Shokubutsu Mochi Hada.
Dengan pilihan tekstur cecair yang anda gemari samada berasaskan minyak atau krim losyen, produk ini juga datang dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM 19.00, tidak syak lagi ia suatu pelaburan yang sangat berbaloi untuk manfaat kulit wajah dan tubuh.
Hadir dalam tiga variasi iaitu Shower Oil: Nourishing & Softening dan Shower Lotion: Glow Radiance dan Shower Lotion: Ultra Moisture, anda pasti akan menyukai kesannya apabila kulit terasa anjal umpama kuih mochi. Percutian anda pasti menjadi lebih sempurna apabila kulit juga terjaga dengan baik!