Kebotakan akibat rambut gugur biasanya dialami oleh orang dewasa. Namun, remaja juga boleh mengalami keguguran rambut, Ya! Rambut gugur pada remaja boleh jadi tanda salah nutrisi atau adanya penyakit pasti ini merunsingkan anda yang masih muda.
Rambut gugur pada anak dalam masa remaja boleh menyebabkan perasaan emosional dan stres. Perlu diingat bahawa rambut gugur pada usia remaja hanya sementara waktu dan boleh kembali tumbuh dengan baik jika rawatan yang betul.
Majoriti setiap orang kehilangan sekitar 50 hingga 100 helai rambut setiap hari. Jumlah keguguran ini adalah normal kerana helaian rambut akan tumbuh kembali. Namun, bagaimana jika jumlah rambut gugurnya melebihi angka tersebut?
Untuk boleh memperbaiki keguguran rambut dengan betul ketahui dulu penyebab utama keguguran tersebut.
Keguguran akibat hormon ini boleh terjadi pada remaja perempuan. Ketika individu sedang berkembang menjadi remaja, mereka mengalami banyak perubahan tubuh dan perubahan hormon.
Pertumbuhan pada masa akil baligh ini membuat hormon-horon tubuh tidak seimbang yang akan menyebabkan beberapa perkara, seperti naik-turunnya emosi, kebiasaan makan yang tidak endahkan, dan pertumbuhan rambut.
Pertumbuhan rambut dari akarnya diikat oleh suatu hormon khusus. Hormon yang menjadi penyebab keguguran rambut disebut dengan dihidrotestosteron (DHT). Hormon tersebut berperanan pula dalam pertumbuhan remaja pada masa akil baligh.Remaja perempuan boleh mengalami keguguran kerana ketidakseimbangan hormon DHT. Perkara tersebut akan kembali normal ketika hormon dalam tubuhnya kembali seimbang.
Melihat tren perkembangan gaya rambut (hairstyle) terbaharu, remaja sering menggunakan produk berbahan kimia yang membuat kulit kepala panas atau berganti-ganti gaya rambut yang menyebabkan akar rambut tertarik. Meluruskan atau mengeriting rambut setiap hari juga boleh menyebabkan rambut kering dan rapuh dan akan berakibat pada keguguran rambut.
Peranan nutrisi pada rambut kerap tidak beri perhatian. Padahal ini menjadi perkara penting untuk mencegah rambut gugur pada remaja. Sering memakan junk food buah dan sayur yang bergizi boleh mengakibatkan perkara buruk iaitu kekurangan protein, vitamin, dan mineral untuk menahan kekuatan rambut.
Ketika kekurangan nutrisi, makanan nutrisi yang sedikit diterima ini keliru akan diedarkan ke bahagian tubuh. Tentulah sel-sel tubuh akan memilih untuk mengirimkan nutrisi yang sedikit itu ke bahagian yang paling penting dan mengurangkan kiriman nutrisi yang diperlukan oleh rambut.
Terkadang keguguran rambut pada remaja disebabkan oleh pengambilan ubat tertentu. Seseorang dapat mengalami keguguran rambut jika mereka memiliki infeksi kulit kepala, diabetes, masalah pada tiroid, atau lain-lain penyakit kulit. Namun, jangan dulu kuawatir jika anda mengalami keguguran rambut. Kerana rambut gugur yang disebabkan oleh perubatan ini lebih akan memiliki gejala pendamping lain. Perlu berjumpa doktor atas khimat nasihat langkah penjagaan.
Cara terbaik untuk mengatasi keguguran rambut adalah dengan mengatasi masalah akar. Berikut langkah-langkah yang perlu diperhatikan ketika usia remaja jika mengalami rambut gugur:
Dalam kebanyakan kes rambut gugur pada anak remaja, langkah-langkah di atas semestinya dapat mengatasi masalah tersebut. Namun, jika keguguran berlanjut setelah beberapa bulan, konsultasikan pada doktor untuk mencari penyebab utamanya.
SUNSILK Hijab Hair Fall Solution Shampoo adalah satu-satunya syampu di Malaysia yang dicipta khas dan terbaik untuk para hijabi. Oleh kerana rambut lebih banyak terlindung dan terperap di dalam tudung mampu mendatangkan masalah rambut serta kulit kepala jika tidak dijaga dengan baik. Syampu ini dirumus khas dengan kekuatan bahan Semulajadi seperti ekstrak Fig dan akar Ginseng. Teknologi produk ini iaitu Breakthrough Fragrance Release Pearl dapat memberikan bau wangi pada rambut sepanjang hari, agar sentiasa kekal segar dan bermaya.
Syampu ini menawarkan rawatan triple-action iaitu rawatan yang menyuburkan akar dan folikel rambut, memperkuat serta menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih tebal. Arginine adalah asid amino semula jadi, yang dihasilkan oleh tubuh manusia dan berfungsi untuk meningkatkan bekalan darah ke kulit kepala dan folikel rambut.
Dengan adanya ZnPT pula ia membantu membuang kelemumur dari kulit kepala anda dan mengekalkan keselesaan sepanjang hari. Baunya wangi dan tahan lama, kini anda lebih berkeyakinan untuk membelai rambut.
Syampu ini mampu membersih kotoran yang melekat pada rambut dengan hanya sekali basuhan sambil merawat kulit kepala akibat kelemumur. Ianya juga mengandungi pelembap untuk memberi sinaran pada rambut agar tidak kelihatan kering selepas membasuhnya. Rambut anda akan tampil segar dan bermaya sepanjang hari. Dengan mengandungi ZPT, kulit kepala anda tidak akan alami masalah kelemumur untuk jangka masa yang panjang.
Syampu 2 dalam 1 ini mampu mengekalkan rambut anda dari mudah gugur walaupun dibelai berulang kali. Ia memberi kekuatan pada akar hingga hujung rambut agar lebih kuat dan lebat. Selain itu, fungsi anti-kelemumur dalam syampu ini juga memberi kesegaran dan kelembapan pada kulit kepala anda kerana kulit kepala yang kering adalah salah satu penyebab kepada kewujudan kelemumur.
Dengan formulasi tindakan berganda untuk mencipta penghalang dari kewujudan kelemumur dengan kesan jangka panjang. Beri wangian bunga berseri Freeshia, mawar dan melati dengan aprikot kepada rambut anda.
Jenama syampu pakar untuk keguguran rambut kerana mengandungi Ginger Root untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Diperkaya dengan 10 nutrien dan aktif botani untuk mengaktifkan lapisan perlindungan semulajadi kulit kepala, menjadikan anda bebas dari kelemumur.
Syampu dan pelembap khas anti-rambut gugur dari HIMALAYA ini dicipta khas untuk mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Diformulasi melalui terobosan 2-dalam-1 yang membantu mengurangkan kadar keguguran rambut dan memberikan khasiat kepadanya. Herba Butea Frondosa dan Bhringaraja merangsang pertumbuhan folikel rambut dan berkesan dalam menguatkan akar rambut serta mengawal rambut gugur.
Diperkaya dengan ekstrak Oryza Sativa untuk mengurangkan keguguran rambut dan merangsang pertumbuhannya. Diformulasi dengan campuran minyak Tea Tree dan minyak lemon membantu melindungi kulit kepala dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
Syampu ini juga mengandungi Vitamin B5 dan ekstrak botanikal semulajadi yang mampu memberikan nutrien supaya rambut lebih sihat. Bebas pengawet tiruan, Paraben serta bebas silikon.
Syampu dengan bahan aktif ini telah mendapat kelulusan daripada KFDA, selamat untuk ibu mengandung dan selepas bersalin. Berfungsi untuk memulihkan rambut rosak dan merangsang kadar pertumbuhan rambut agar sekata. Produk penjagaan rambut dan kulit kepala premium ini menggabungkan ubat-ubatan herba dari kawasan Timur dan Barat untuk merawat rambut dan kulit kepala dengan berkesan.
Diperkaya dengan ekstrak Ginseng bagi menyuburkan rambut dan kulit kepala. Bebas dari kandungan kimia yang membahayakan. Rawatlah rambut anda sebelum menjadi botak!