Ini Punca Jakel Shah Alam Terbakar! Netizen ‘Runsing’ Dekat Mana Nak Beli Baju Raya 2023?

Share

Hari pertama tahun baharu 2023, negara digemparkan dengan berita duka apabila sebuah gedung tekstil terkemuka, Jakel Seksyen 7, Shah Alam hampir musnah dijilat api dalam kebakaran sekitar jam 7 pagi tadi.

Perkara tersebut tular di laman Twitter memaparkan gedung tersebut sedang ditelan api marak menerusi sebuah video yang dikongsikan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan itu.

Litar Pintas Punca, 80 Peratus Gedung Jakel Terbakar – Bomba

Pihak Bomba memaklumkan bahawa sebanyak 80 peratus dari gedung tiga tingkat itu telah mengalami kebakaran yang membawa kerosakkan yang serius, dipercayai berpunca  dari litar pintas yang berlaku di premis tersebut.

Artikel berkaitan: Selain Kertas Pasir, Ini 5 Cara Hilangkan Kesan Hitam Yang Melekat Pada Seterika Lama!

Namun, pihak Bomba berjaya mengawal kebakaran sejam sejurus tiba di tempat kejadian. Bagaimanapun, Bomba memberitahu tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecelakaan serta insiden yang tidak diingini berlaku sewaktu kejadian.

Ini demikian kerana, kebakaran itu berlaku pada awal pagi, justeru kakitangan Jakel juga masih belum berada di tempat kejadian kerana masih terlalu awal untuk membuka gedung tersebut ketika itu.

Netizen Zahir Ucapan Takziah, Gusar Baju Raya Terbakar Sama!

Lebih menarik perhatian Hijabista, adalah beberapa komen yang ditiggalkan wargamaya pada hantaran tersebut.

Malah, rata-ratanya menzahirkan rasa sedih dan gusar terhadap kecelakkaan yang berlaku. Serta runsing memikirkan dimana mereka akan memperoleh baju raya pada tahun ini? Memandangkan Jakel merupakan antara gedung pilihan terkemuka yang sering dikunjugi warga Shah Alam terutama pada musim perayaan Aidilfitri.

Sumber: Berita Harian & Kosmo Online

Artikel berkaitan: Cara Lain Hilangkan Kedut Baju & Tudung Tanpa Seterika, Hanya Guna Periuk Rebus, Cuka & Tilam.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir