Hari pertama tahun baharu 2023, negara digemparkan dengan berita duka apabila sebuah gedung tekstil terkemuka, Jakel Seksyen 7, Shah Alam hampir musnah dijilat api dalam kebakaran sekitar jam 7 pagi tadi.
Perkara tersebut tular di laman Twitter memaparkan gedung tersebut sedang ditelan api marak menerusi sebuah video yang dikongsikan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan itu.
Litar Pintas Punca, 80 Peratus Gedung Jakel Terbakar – Bomba
Pihak Bomba memaklumkan bahawa sebanyak 80 peratus dari gedung tiga tingkat itu telah mengalami kebakaran yang membawa kerosakkan yang serius, dipercayai berpunca dari litar pintas yang berlaku di premis tersebut.
Namun, pihak Bomba berjaya mengawal kebakaran sejam sejurus tiba di tempat kejadian. Bagaimanapun, Bomba memberitahu tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecelakaan serta insiden yang tidak diingini berlaku sewaktu kejadian.
Ini demikian kerana, kebakaran itu berlaku pada awal pagi, justeru kakitangan Jakel juga masih belum berada di tempat kejadian kerana masih terlalu awal untuk membuka gedung tersebut ketika itu.
Netizen Zahir Ucapan Takziah, Gusar Baju Raya Terbakar Sama!
Ads
Lebih menarik perhatian Hijabista, adalah beberapa komen yang ditiggalkan wargamaya pada hantaran tersebut.
Malah, rata-ratanya menzahirkan rasa sedih dan gusar terhadap kecelakkaan yang berlaku. Serta runsing memikirkan dimana mereka akan memperoleh baju raya pada tahun ini? Memandangkan Jakel merupakan antara gedung pilihan terkemuka yang sering dikunjugi warga Shah Alam terutama pada musim perayaan Aidilfitri.
Mencuci muka kelihatan cukup jelas basuh, bilas, dan selesai, bukan?, tetapi peminat kecantikan tahu ia tidak begitu mudah. Bilakah masa terbaik untuk membersihkan? Berapa lama anda perlu menggosok? Pencuci muka mana yang patut anda ambil?
Semua faktor ini boleh menjejaskan hasil akhir yang bercahaya dan memandangkan pembersihan yang baik adalah asas kepada sebarang rutin penjagaan kulit, anda ingin memastikan anda benar-benar melakukannya. Kanvas yang bersih diperlukan untuk semua yang berikut, jadi jika anda gagal pada langkah pertama itu, semua produk anda yang berikutnya tidak akan berfungsi dengan baik.
Jadi, mencuci muka tidak begitu mudah. Sesetengah orang juga perlu memperkenalkan kaedah khusus untuk benar-benar memastikan kulit yang licin dan anjal seperti, yang ingin dibincangkan pembersihan tiga kali ganda.
Mungkin anda pernah mendengar tentang pembersihan berganda, yang melibatkan penggunaan pembersih berasaskan minyak untuk melarutkan pelindung matahari dan solekan kemudian diikuti dengan pembersih berasaskan air yang lembut untuk menyapu sisa kotoran. Ia adalah tunjang utama K-beauty, dan ia merupakan alternatif yang berkesan untuk menggunakan kain lap dan penanggal solek anyang keras.
Dan seperti yang anda boleh duga, pembersihan tiga kali ganda membawanya ke tahap seterusnya dengan menambahkan langkah pembersihan ketiga pada rutin anda. Anda boleh menemui pelbagai variasi pembersihan tiga kali ganda: Contohnya, sesetengah menggunakan pembersih minyak, pembersih krim, kemudian pembersih berasaskan gel atau buih untuk menghilangkan semua kesan gunk.
Seperti yang dicadangkan oleh pakar dermatologi, memasukkan langkah pengelupasan ke dalam adunan dalam video TikTok baru-baru ini, dia menggunakan pembersih minyak, pembersih berasaskan air, kemudian sapu pada toner pengelupasan. Seperti biasa, cari kaedah yang paling sesuai untuk jenis kulit dan kebimbangan anda.
Pendekatan tiga langkah ini berkesan menanggalkan pelindung matahari, kotoran, serpihan, solekan dan larutan daripada kulit sambil membersihkan kulit dengan berkesan dan menanggalkannya daripada pembentukan mati sel kulit mengelupas kering.
Jika pembersihan tiga kali ganda terdengar agak tambahan, itu kerana ia lebih menarik, jika anda tidak mahu pembersihan tiga kali ganda setiap hari. Terutamanya jika anda menggunakan sejenis pengelupasan dengan bahan yang merengsakan, supaya anda tidak berisiko mengatasi halangan kulit anda. Pakar akan mencadangkan pembersihan tiga kali ganda hanya pada hari yang anda pilih untuk mengelupas seperti hari ‘skin cycling’ atau pada hari anda memakai solekan tebal.
Dari situ, perlu berhati-hati dengan produk dan bahan yang anda gunakan dan mengetahui peranannya. Apatah lagi tiga, pembersih pelucutan kulit adalah resipi untuk kekeringan, kerengsaan dan juga jerawat. Berikut ialah contoh rutin yang perlu diikuti:
Minyak pembersih ini ialah penanggal dan pembersih solekan 2-dalam-1 yang menghidratkan yang dirumus dengan minyak camellia untuk menyuburkan kulit, mencairkan minyak secara lembut dan menanggalkan solekan kalis air, yang menjadikan kulit berasa lebih lembut bak sutera.
Pembersih yang sangat diperkaya yang melembapkan kulit kering secara mendalam sambil menanggalkan kotoran dan kekotoran lain untuk kulit yang berembun dan lebih bersih
3. Kemudian pilih penyelesaian pengelupasan AHA untuk langkah ketiga anda. Goncangkannya pada pada kapas yang boleh diguna semula dan sapu pada kulit anda untuk mengeluarkan sebarang kesan solekan dan kotoran yang terakhir.
Mempunyai 7 asid serta antioksidan dan vitamin yang mengangkat kulit mati bersama-sama dengan lebihan minyak dan kekotoran, sambil memperbaiki tona dan tekstur yang tidak sekata. 2 minit untuk kulit licin dan cantik!
4. Akhir sekali, jangan lupa untuk melembapkan. Selepas semua pembersihan itu, anda pasti mahu memberi makan kepada kulit dengan pelembap.
Pembersihan tiga kali ganda mengandungi lebih daripada beberapa variasi, alat solekan atau penanggal pelindung matahari, diikuti dengan pembersih muka, kemudian pengelupasan lembut untuk menghilangkan gunk dan menjadikan wajah anda berseri. Untuk hasil yang optimum, cuma pastikan anda hanya mengikut rutin ini apabila anda memerlukan pembersihan yang baik dan mendalam dan ini tidak sepatutnya menjadi cucian harian anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkhabaran atau berita tentang suatu perkara yang kurang pasti sudah tentunya akan menimbulkan banyak spekulasi. Ada juga yang sanggup menuduh tanpa soal selidik adalah suatu perbuatan yang tidak patut diamalkan dalam kehidupan sesama manusia.
Baru-baru ini, ramai yang pelik melihat pelakon Zarina Zainuddin apabila dia kelihatan agak ‘berbeza’ dari sebelumnya. Kini, Zarina tampil memberikan penerangan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.
Kecoh di sosial media apabila melihat perkongsian terbaru Zarina Zainuddin mengenai pembukaan booth di sebuah ekspo baru-baru ini. Ramai yang tertanya apabila melihat wajah pelakon tersebut.
Menjadi rentetan warganet adalah hidungnya kelihatan ‘berbeza’ dari sebelumnya. Ada yang bertanyakan adakah itu filter atau Zarina melakukan sesuatu pada wajahnya sehingga nampak berlainan.
Ramai yang meninggalkan komen-komen di bawah hantaran di Instagram bertanyakan perubahan pada wajahnya. Ada juga yang menyatakan bahawa rupanya terdahulu lebih cantik berbanding sekarang.
Lantas pelakon itu juga memuatnaik satu hantaran yang menyatakan rata-rata video yang dibuat menggunakan filter pada telefon pintarnya. Dia juga menafikan sebarang perubahan yang dilakukan pada wajahnya.
Zarina juga membuat satu lagi hantaran yang menerangkan situasi yang dia alami. Dia membuat satu video yang menjelaskan lagi secara terperinci untuk memberi jawapan kepada semua yang tertanya-tanya akibat ‘perubahan’ di mukanya itu.
“Sebenarnya saya ada masalah sinus yang teruk sampai migraine! Sampai tahap saya rasa nak buka tudung sebab selalu sangat sakit kepala,
“Saya pergi berjumpa doktor dan membuat pembedahan untuk keluarkan bendalir yang terdapat di bahagian sini, jadi saya lakukan atas kerana medical reason.” katanya dalam video.
Zarina juga memberikan kenyataan pada ruangan kapsyen menyatakan dia berasa sedih ekoran komen yang diberikan oleh warganet tanpa usul periksa. Dia juga mengharapkan bagi mereka yang ambil berat tentang dirinya untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.
Tahun baru pastinya membuka lembaran baru buat para hijabi yang ingin membuat sesuatu perubahan. Kalimat “new year, new me” sering diungkapkan ketika tahun baru sebagai tanda semangat baru serta ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Ada yang menyimpan hasrat ingin lebih berjaya, sihat dan juga cantik.
Ha… buat hijabi yang berazam untuk lebih cantik serta ‘upgrade’ penampilan agar tampil stylish, bolehlah cuba stail busana ‘lace’ yang diinspirasikan daripada Kate Middleton ini. Memang wow dan terlihat elegen!
Apabila memasuki tahun baru, tren fesyen juga akan berubah. Salah satu item fesyen yang dijangka akan menjadi tren fesyen pada tahun 2023 ialah aksen renda(lace) dan laser cut. Material ini sering digayakan oleh Princess of Wales iaitu Kate Middleton. Gaya fesyen ini dilihat menambahkan sentuhan ‘kewanitaan’ pada penampilannya bak primadona.
Tambahan itu, busana material ini sangat sesuai ketika musim bunga atau musim panas, kerana fabrik yang digunakan lebih ringan dan butiran potongan ini sesuai dengan iklim yang sangat panas, jadi ianya sangat bersesuaian untuk digayakan di Malaysia. Berikut hijabista senaraikan beberapa gaya Kate Middleton dalam busana ‘lace’ untuk anda ikuti!
Stail renda yang pertama ini diinspirasikan daripada lawatannya ke Jamaica pada tahun lalu. Kate Middleton dilihat memakai gaun lace lengan pendek oleh Alexander McQueen yang hampir sama dengan busana yang pernah dipakai oleh Ratu Elizabeth pada 1954 di Australia. Gaun paras lutut dengan garis leher persegi itu turut dilengkapi dengan perinciantalipinggangputih.
Selain itu, Kate memadankan busana lace tersebut dengan memakai topi lebar dengan perincian seperti bunga Philip Treacy dan sepasang kasut tumit tinggi berwarna putih. Hijabi juga boleh mencontohi gaya Kate dengan memakai gaun dengan aksen renda menghiasi lengan dan labuh paras kaki agar menepati syariah Islam. Jangan lupa untuk memadankannya dengan kasut tumit dan beg putih!
Gaya kedua ini diinspirasikan daripada busana renda Kate ketika menghadiri Royal British Legion Festival of Remembrance, di Royal Albert Hall, London pada 12 November 2022. Kate kelihatan bergaya dalam gaun hitam Self Portrait Black Tailored Midi Dress With Blazer bersama fabrik renda pada chiffon skirt yang dipadankan dengan kasut tumit tinggi hitam. Blazer seperti ini juga boleh menjadi alternatif kepada sut formal yang sesuai buat ke pesta-pesta ataupun pejabat.
Pada 2016, Kate Middleton dilihat menghadiri tayangan perdana A Street Cat Named Bob yang diadakan di Pawagam Curzon Mayfair, London. Untuk majlis itu, Kate Middleton memakai gaun panjang berwarna putih dari Self Portrait.
Gaun Pleated Crochet Maxi tersebut mempunyai garis leher tinggi dengan perincian renda bung dan dilengkapi dengan skirt krep berlipat dengan belahan tinggi di sisi. Kate Middleton melengkapkan penampilannya dengan memakai clutch baldu Mulberry. Hijabi boleh cuba memadankan gaya ini dengan memadankan baju renda anda bersama skirt pleated yang tiada belahan!
Gaun lace seterusnya ini digayakan Kate Middleton di Royal Ascot pada tahun 2016. Untuk majlis itu, Kate Middleton memakai gaun renda putih dari Dolce & Gabbana.
Kate kelihatan bergaya dan anggun dalam gaun renda hijau ketika dia menghadiri kutipan derma di Galeri Potret Negara di London pada 2017. Pakaian itu direka oleh pereka fesyen kegemarannya iaitu Temperley London. Gaun yang dikenakan Kate ini berharga 11,000 USD, atau sekitar RM47888.26, dan dianggap sebagai salah satu busananya yang termahal.
Gaun hijau zamrud panjang yang menyapu lantai itu dilengkapi dengan renda serta dihiasi dengan perincian reben di pinggang. Kate juga menyempurnakan penampilannya dengan sandal tumit tinggi berwarna kuning,anting-antingamethyst dan clutch yang sepadan.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.