Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita kini menjadikan travel ke beberapa destinasi menarik seluruh negara ini sebagai hobi atau aktiviti terutamanya pada hujung tahun. Jika masih panjang umur, pasti akan kembali ke tanah air dengan selamat.

Namun jika sudah ditakdirkan meninggal dunia ketika travel di negara orang, siapalah kita untuk menghalang takdir Allah. Dalam hal ini bagaimana agaknya jasad kita mahu dibawa pulang jika meninggal di tempat orang lebih-lebih di negara yang bukan patuh syariah.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam dan Editor Penerbitan al-Quran Karya Bestari, Ustaz Amiro Safwan Mohd Kamil menjelaskan jika seseorang itu travel ke luar negara terutama yang bukan patuh Syariah dan kemudiannya meninggal dunia dan ada di kalangan keluarga berhajat kepada jenazah ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Malaysia, prosesnya memang agak rumit.

IKLAN

Langkah pertama haruslah rujuk kedutaan Malaysia di negara yang mereka kunjungi. Ahli keluarga atau sesiapa juga boleh membawa masuk jenazah bukan warganegara Malaysia dengan syarat mendapat kelulusan dari pejabat kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

“Jasad atau jenazah disedut keluar apa sahaja darah atau seumpamanya kerana dikuatiri jangkitan itu akan merebak yang boleh menyebabkan masalah keselamatan dan menyebabkan virus berlaku.

IKLAN

“Kebiasaaanya jasad itu akan dibekukan kemudian disimpan di tempat yang khas dengan suhu yang telah diaturkan. Dan untuk jasad ini dibawa pulang ke Malaysia akan melalui proses-proses tertentu,” ujar Ustaz Amiro Safwan.

IKLAN

Menurutnya yang meninggal dunia itu di di kalangan orang Malaysia dan pihak kedutaan akan bertanggung jawab menguruskan proses berkenaan.

“Pihak yang akan menguruskan jenazah adalah Kedutaan di negara berkenaan. Proses membawa balik ini akan mengambil masa paling kurang dua atau tiga minggu barulah jenazah boleh dibawa pulang,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.

Panduan membawa balik dan keluar jenazah atau abu mayat boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI