Pelbagai jenama kecantikan ternama dan lokal menghasilkan serum, sehingga pemakaiannya begitu popular dikalangan sibeauty junki. Ada juga antara wanita-wanita cantik seluruh dunia menjadikan serum sebagai salah satu resolusi kecantikan.
Anda juga punya resolusi rutin perawatan wajah setiap hari, tetapi masih bingung apa bezanya serum dan moisturizer, semak dulu 7 pertanyaan dan jawaban lengkap tentang serum ini:
1. Apa itu serum?
Serum merupakan produk perawatan yang harus anda aplikasikan setelah membersihkan wajah tetapi sebelum memakai pelembap. Biasanya serum punya tekstur yang lebih berair, tetapi kandungannya kaya luar biasa. Serum memiliki molekul-molekul yang lebih kecil sehingga memudahkan penyerapan lebih baik hingga ke lapisan dalam kulit. Umumnya bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam serum berupa menumpukan perhatian yang lebih efektif membantu masalah-masalah kulit misalnya kedutan atau pigmentasi di wajah. Ini yang membuat harga serum lebih mahal dibandingkan pelembap atau pembersih muka.
2. Apakah serum berfungsi melembapkan?
Ya, konsentrasi bahan aktif yang terkandung di dalam produk serum umumnya juga adalah bahan-bahan yang melembapkan seperti hyaluronic acid dan ceramides, tetapi anda tetap memerlukan pelembap untuk dipakai setelah serum.
3. Apakah serum boleh menggantikan pelembap?
Sayangnya tidak, anda tidak boleh menggunakan serum sahaja sebagai ganti moisturizer. Serum yang berair dan molekulnya yang kecil memang optima menyerap hingga ke dalam lapisan kulit. Namun, anda perlu sapukan pelembap sebagai pengunci. Pelembap dalam bentuk gel, losyen, atau krim biasanya lebih pekat sehingga boleh menjadi lapisan pelindung di permukaan kulit untuk menjaga kelembapan serta bahan-bahan aktif dari serum tidak menguap dan tetap terkunci di kulit anda.
4. Berapa kerap saya harus menggunakan serum?
Anda boleh membaca petunjuk atau nasihat dengan beauty advisor produk yang anda beli, kerana boleh sahaja masing-masing produk punya ketentuan yang berbeza. Namun, kerana isi konsentrasi, penggunaan serum sekali setiap hari sudah cukup memberikan perbezaan untuk kulit anda.
5. Apakah serum sama dengan essence?
Pada dasarnya, serum dan essence sama-sama merupakan konsentrasi bahan aktif. Jadi, serum dan essence punya fungsi yang sama, hanya bezaannya terletak pada tekstur. Beberapa essence lebih cair (misalnya saja SKII Facial Treatment Essence) dibandingkan serum yang lebih kental. Namun, beberapa jenama penjagaan kecantikan memiliki cara penamaan yang berbeza, misalnya saja jenama asal Eropah penyebutan jenis produknya berbeza dengan jenama asal Korea. Anda boleh pilih salah satu sahaja sebagai permulaan dan melihat tekstur mana yang lebih anda sukai.
6. Adakah Anda memerlukan serum?
Jawapannya kembali kepada keperluan kulit anda. Kerana kandungan konsentrasinya yang kaya, serum juga mungkin menimbulkan reaksi negatif bila tidak sesuai dengan kulit , apalagi saat dipakai bersamaan dengan produk lain. Selalu lakukan patch test dan bila perlu, beli kemasan travel atau minta sampel sebelum membeli ukuran full size. Seperti produk perawatan kulit lain, pilihlah yang paling sesuai dengan jenis dan keperluan kulit anda.
7. Apakah ada rekomendasi serum?
Harus diingat, jenis-jenis serum tentu berbeza untuk tahap usia, jenis kulit, serta keperluan dan masalah kulit yang dihadapi. Namun, anda boleh mencuba beberapa serum terbaik mengikut permasalahan kulit wajah yang boleh dipertimbangkan masuk dalam senarai chart untuk digunakan.
Dengan bertambahnya usia, fungsi pemulihan utama kulit menjadi berubah, dan keupayaan semula jadi untuk mempertahankan diri menurun. Dibangunkan setelah 20 tahun penyelidikan yang paling maju. Kini, serum wajah anti-penuaan ikonik Lancôme – Advanced Génifique telah diperbaharui dengan kompleks baru 7 pecahan pra dan probiotik untuk bertindak pada mikrobioma kulit.
Diperkaya dengan berjuta-juta pecahan probiotik, termasuk Ekstrak Ragi & Bifidus, ia membantu menguatkan penghalang kulit anda dan memperbaiki tekstur, cahaya, keanjalan dan ketegasan kulit. Boleh digunakan siang dan malam, serum wajah anti-penuaan yang kuat ini mengaktifkan tanda-tanda kulit muda. Hanya dalam 7 hari, kulit anda kelihatan lebih muda dan berseri. Selepas hanya sebotol, pemulihan mikrobioma aktif lebih cepat untuk kulit yang lebih kuat dan kelihatan lebih muda.
Serum muka terbaik untuk mengecilkan liang pori terbuka
Serum ini mampu untuk mengecilkan atau mengetatkan liang pori yang terbuka luas. Dengan mengandungi Niacinamide atau lebih dikenali sebagai Vitamin B3, ianya mengurangkan kesan cela pada kulit wajah dalam masa hanya beberapa minggu sahaja. Bahan yang terkandung dalam serum ini berkonsentrasi tinggi dan mencerahkan kulit anda jika memakainya secara konsisten. Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, serum ini dijamin tidak akan menyebabkan kulit wajah menjadi iritasi atau merengsa. Yang penting, gunakannya setiap hari.
Serum wajah yang mencerahkan kulit, meratakan warna kulit, mensasarkan bintik-bintik gelap dan menghidrat. Kekuatan pengoksigenan berganda yang terbukti dari ekstrak biji rose-myrtle dan acerola meningkatkan pernafasan sel untuk menghidupkan semula kulit yang kusam, menampakkan kulit lebih cerah, berseri dan cahaya yang sihat dari dalam. Sesuai untuk semua jenis kulit. Sapukan pagi atau malam, sebelum penjagaan siang dan malam.
Serum Bio-Essence Snail ini mempunyai nutrisi yang tinggi dan mengandungi kolagen yang dapat membantu melindungi kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Dengan manfaat kolagen yang ada, ia mempertingkatkan pembaikan kulit dan bantu melindungi kulit dari pencemaran. Bukan sahaja itu, ia juga membantu mengawal minyak yang berlebihan di wajah anda dan membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk kulit agar sentiasa licin, bersih dan dilindungi.
Serum ini bertujuan untuk anda yang kulit hidrasi. Bahan utamanya adalah asid hyaluronik yang disucikan, sebatian penghidratan yang secara semula jadi terdapat pada kulit dan dapat menyerap hingga 1000 kali beratnya di dalam air.
Sekiranya anda membenci bintik-bintik gelap muncul di wajah, serum pembetulan ini akan menjadi sahabat baru anda. Serum ini menggunakan peony dan birch untuk mengurangkan tampilan bintik-bintik gelap, kusam, dan tekstur yang tidak rata. Anda akan kelihatan lebih cerah selepas mengaplikasikannya.
Serum yang kuat ini penuh dengan asid Vitamin C dan AHA yang semuanya berfungsi untuk menjadikan kulit anda bercahaya. Ia melembapkan, bertindak pantas, dan mendorong pergantian sel untuk kulit yang lembut dan licin.
Serum penjagaan harian dari jenama ini diperkaya dengan tumbuhan AHA yang membantu menjaga lapisan kulit anda. Ia memberi penghidratan yang tinggi untuk kulit kering agar tampil lembap sepanjang hari. Serum ini juga membantu untuk memperbaiki sel kulit mati di wajah. Untuk mendapatkan kulit yang licin dan bebas dari cela, gunakanlah serum ini pada waktu siang dan malam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Serum dari Korea ini diperbuat daripada cuka yang diperap dari ekstrak bunga dan dicampur pula dengan Japanese Honeysuckle yang memberi lembapan serta mengekalkan keanjalan pada kulit wajah anda. Ianya juga mampu untuk mencerahkan dan mengurangkan penampilan garis halus agar wajah anda sentiasa tampak awet muda. Terbaik untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi cenderung kering, serum ini jawapannya. Hasil penggunaan serum ini akan membuatkan wajah anda kekal hidrasi berpanjangan.
Kurangkan iritasi dengan serum untuk kulit kombinasi
Produk ini merupakan serum sutera yang sangat pekat untuk merawat, memulihkan dan mempertahankan kulit daripada keradangan serta kemerahan. Ianya juga membantu menghalang pencetus keradangan untuk mengelakkan iritasi kulit. Gunakan setiap hari pada kulit normal sehingga kombinasi. Tidak perlu lagi beli produk berbeza untuk anda yang miliki kulit kombinasi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari lagi masyarakat Cina akan makan besar sebelum menyambut hari kebesaran mereka. Dan pastinya hidangan utama selain yee sang atau kuih bakul adalah limau mandarin.
Memanglah sedap menikmati limau mandarin yang banyak air, tetapi buah ini sering dikaitkan dengan gejala sakit tekak hingga boleh mengakibatkan demam ataupun batuk. Sebenarnya buah kecil ini mengandungi vitamin C yang elok untuk kesihatan kulit. Bukanlah kata tak boleh makan tetapi ada cara tertentu. Ikuti perkongsian Doktor ini caranya mahu mengelak gejala sakit tekak.
Perkongsian menarik dari Doktor Rosli Abd Jalil ini mendapat hampir 4,000 butang share dari netizen. Dalam posting di laman sosial facebook ini turut memuatkan satu video bagaimana caranya dilakukan pekerja bagi memastikan limau ini tahan lama.
Semoga info daripada beliau ini memberi manfaat kepada penggemar limau mandarin yang hanya akan dijual dalam kuantiti banyak ketika di musim perayaan tahun baru Cina.
Kaya Dengan Vitamin C
Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.
Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Kesan Bahan Kimia
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.
Pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat dimusim perayaan’ ini ditulis oleh:
DR ROSLI ABD JALIL.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang ada masalah sinki dapur atau saliran air yang selalu sangat tersumbat? Masalah singki tersumbat ini merupakan perkara biasa. Namun, siapa je tak ‘stress’ bila nak masak kat dapur je singki tersumbat… Memang ‘spoil’ mood betul!
Sinki merupakan satu ‘ruang kerja’ yang paling penting di dapur kerana ia adalah tempat untuk mencuci ikan, ayam, sayur-sayuran dan pinggan mangkuk setiap hari. Masalah singki tersumbat mungkin disebabkan terdapat cebisan sisa makanan, minyak, lemak atau rambut yang tersekat di dalamnya.
“Aduh, boleh pula sinki tersumbat… Barang-barang masak dah ada, kejap lagi pula ‘rushing’ nak keluar….. takkan nak panggil tukang paip pulak. Apa nak buat ni?”
Sinki tersumbat memang boleh buat sakit kepala. Bukan setakat sinki di dapur je, sinki dalam bilik air pun sama. Susah lah nak cuci muka atau berus gigi bila sinki dah tersumbat ni. Bila sinki dah tersumbat, memang serabut lah nampaknya hari-hari anda. Dah lah kotor, susah nak buat kerja dan paling penting kalau nak baiki memang agak mahal!
Okay pertama sekali, anda kena bertenang sebab kebanyakan masalah sinki tersumbat tidaklah serius mana dan ia boleh diselesaikan dengan cepat dengan menggunakan hanya bahan yang dah tersedia di rumah. Bak kata orang, buat apa membazir jika boleh DIY(Do It Yourself) je! Berikut adalah beberapa teknik yang anda boleh gunakan.
Gunakan penyedut habuk kering dan basah
Anda mungkin hanya mempunyai penyedut habuk atau vakum kering yang sesuai untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Namun, lebih baik jika anda mempunyai vakum yang juga boleh digunakan dalam keadaan basah. Ini kerana vakum tersebut boleh digunakan untuk membersihkan sinki yang tersumbat.
Cara untuk menggunakan penyedut habuk kering dan basah untuk bersihkan sinki yang tersumbat ialah:
Letakkan hujung hos pada lubang sinki
Kemudian, pastikan anda menutup kesemua ruang di sekeliling hos tersebut untuk menjadikannya kedap udara
Jika anda mempunyai sinki dengan dua lubang air, tutup lubang air kedua dengan kedap
Setelah itu, hidupkan vakum kepada kelajuan yang tertinggi
Sisa makanan yang tersumbat akan disedut keluar dengan berkesan
Bersihkan sinki tersumbat dengan air panas
Cara kedua mat mudah dan penting untuk anda lakukan adalah dengan menggunakan air panas yang mendidih. Tujuannya adalah untuk menghilangkan sisa atau kotoran degil yang melekat di dinding paip sinki anda.
Ikuti teknik seperti di bawah:
Masak air dalam periuk atau cerek air sehingga mendidih
Setelah air mendidih, tuangkan air panas tersebut secara perlahan-lahan melalui lubang air pada sinki
Air panas akan membantu mencairkan segala lemak, minyak dan juga gris yang melekat dalam paip sinki
Buat berulang kali untuk hasil yang lebih baik
Gunakan campuran cuka dan baking soda
Cara yang seterusnya adalah menggunakan baking soda dan cuka. Ia merupakan antara cara biasa atau klasik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat. Kalau anda nak tahu, cara ini juga lebih lembut berbanding penggunaan bahan kimia yang lain.
Langkah-langkahnya ialah:
Tuangkan satu cawan baking soda ke dalam lubang air sinki
Kemudian, campurkan satu cawan cuka ke dalam lubang tersebut
Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk campuran tersebut bertindak balas
Setelah itu, bilas dengan air panas untuk melancarkan lagi paip air yang tersumbat
Tambahan itu, kedua-dua bahan ini memang sangat berguna bukan saja untuk memasak, tetapi juga untuk tujuan mencuci. Jadi, kalau belum ada 2 bahan ini, bolehlah beli dan simpan stok di rumah. Memang memudahkan!
Gunakan plumber snake
Kalau nak ikutkan, orang dulu-dulu hanya gunakan penyangkut baju besi atau lidi penyapu saja untuk korek sisa dalam saluran sinki tersumbat. Namun sekarang, anda boleh mencuba dengan menggunakan alat yang disebut plumber snake. Ianya merupakan sejenis kabel yang digunakan untuk menyingkirkan segala sisa dan gris yang mendap dalam paip saluran sinki.
Caranya ialah:
Masukkan kabel plumber snake melalui lubang sinki
Kemudian, pusingkan pemegang kabel tersebut bagi menyingkirkan sisa yang melekat dalam paip sinki
Setelah itu, tarik keluar kabel tersebut
Ulangi langkah di atas untuk mendapatkan kesan yang lebih baik
Gunakan pam air
Salah satu cara lain yang paling klasik untuk membaiki sinki tersumbat adalah dengan menggunakan pam atau pelocok. Pam air boleh digunakan untuk melancarkan paip sinki yang tersumbat. Pasti anda pernah pam tapi tak menjadi kan? Nak pam pun ada caranya tau.
Cara terbaik untuk menggunakan pam ini ialah seperti berikut:
Letakkan pam pada lubang sinki
Buka paip air dan biarkan air bertakung dalam sinki sehingga menenggelamkan getah pam tersebut. Pastikan tiada air yang keluar melalui lubang sinki
Setelah itu, tutup paip air dan mula mengepam
Tekanan air daripada sinki boleh membantu memberikan tekanan yang tinggi dalam saluran sinki. Ini boleh membantu menggerakkan sisa tersumbat.
Cegah sinki dapur daripada tersumbat
Ini adalah perkara paling penting. Orang kata ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk pastikan sinki dapur anda tidak tersumbat di masa hadapan. Antaranya ialah:
Jangan tuangkan minyak, lemak, atau serbuk kopi dan teh ke dalam lubang sinki. Ini boleh menyebabkan paip air mudah untuk tersumbat
Pasang perangkap sisa pada lubang sinki. Perangkap sisa boleh menahan segala sisa makanan terutama yang berlemak daripada terus masuk ke dalam lubang air
Tuangkan air panas secara berkala untuk mengelakkan pemendapan sisa yang terlalu lama sehingga menyebabkan salur air menjadi tersumbat
Sebagai kesimpulan, ada 6 teknik yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah sinki tersumbat diantaranya gunakan vakum kering dan basah, air panas, campuran cuka dan baking soda, plumber snake, pam air dan elakkan sinki dapur daripada tersumbat. Anda perlu ingat kalau sinki tersumbat, ia bukan sahaja menyekat laluan keluar air, tetapi juga menghasilkan bau yang busuk. Selamat mencuba!
Sumber info dan gambar: Hello Doktor, Canva dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelawak, pelakon dan pengacara Jihan atau lebih popular dengan nama pentaz Jihan Muse merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara di Malaysia. Meskipun, sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen Jihan kini terlihat bahagia dan lebih menghabiskan masa berkualiti bersama suami dan anak.
Malah, suri hati kepada Ungku Hariz ini telah membuat netizen terkesima dan kagum dengan ilmu agama yang dimilikinya apabila Jihan mengajarkan anak sulungnya, Ungku Arsalan Haq mengaji lengkap berserta hukum Tajwid dan makhraj yang betul.
Ajar Anak Mengaji Berserta Hukum Tajwid Yang Betul!
Perkara berkenaan dikongsikan Jihan menerusi muatnaik satu hantaran video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini. Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat Jihan yang sedang mengajarkan anak pertamanya belajar mengaji dan membetulkan kesalahan bacaan berserta hukum Tajwid dengan betul.
Malah, video berkenaan berjaya menjadi sorotan wargamaya dan rata-ratanya kagum dengan ilmu agama yang dimiliki ibu kepada dua cahayamata itu sehingga video berkenaan mencecah jumlah tontonan sebanyak 518 ribu dan menerima 25.7 ribu tanda suka.
Untung Kahwin Isteri Asal Kampung – Netizen
HIJABISTA sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat respon yang ditinggalkan warganet, kebanyakan netizen yang menonton video tersebut menzahirkan bertapa bertuahnya Ungku Hariz.
Ini demikian kerana, memiliki Jihan dan berjodoh dengan wanita yang mempunyai ilmu agama yang mantap. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan orang ramai pada hantaran berkenaan.
“My mom kata, jadi ibu perlu ada ilmu kena pandai didik anak-anak, kerana ibu adalah madrasah dalam rumahtangga. Anak-anak mungkin tak dengar cakap, tapi mereka akan mencontohi kedua ibu bapa.
“Untung kahwin isteri asal kampung, mengaji ni benda wajib kalau di kampung”
“Alhamdulillah tahniah! Siap hukum Tajwid. dari kecil dah diajar dengan bacaan yang betul sampai akhir hayat anak ingat,” ujar netizen.
Sekadar info, pemilik nama penuh Nur Jihan binti Musa memulakan kerjayanya dalam industri tanah air apabila menyertai pertandingan raja lawak musim ketiga dan mendapat tempat kedua. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menyertai pertandingan itu.
Selepas itu, Jihan terus menempa nama dalam bidang blakonan dan pengacaraan terutamanya dalam rancangan Gegar Vaganza yang digandingkan bersama Nabil Ahmad.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...