Kebanyakan graduan yang baru mendapat kerja pasti teruja untuk membeli kereta selepas berjaya mengumpul gaji bulanan.
Tetapi, mereka sebenarnya tidak perlulah terburu-buru sebaliknya membeli kereta yang berbaloi dengan gaji dan bukanlah mengikut kehendak semata-mata.
Bagi memudahkan anda, apa kata ikuti formula ini yang dikongsi oleh @Aweeff di laman Twitter.
Moga perkongsian ini membantu hijabi mahupun sesiapa sahaja di luar sana yang tengah buntu mahu beli kereta ataupun tidak. Jangan terjerat dalam bebanan hutang pulak ye sis!
kredit : twitter @Aweeff
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buang Barang Di Rumah Tanpa Rasa Serba Salah Agar Rumah Tidak Semak!
Hujung minggu mesti ramai yang luangkan masa dekat rumah untuk berehat. Bagi hijabi yang tidak tahu nak buat apa, kata anda mula mengemas rumah dengan buang barang-barang yang tak digunakan lagi. Tahukah anda ramai juga ya suka menjadikan habit menyimpan barang yang tidak diperlukan atas sebab nilai sentimental.
Tidak dinafikan ramai juga manusia yang suka menyimpan barang dirumah mereka kerana rasa sayang pada nilai barang tersebut walaupun ianya hanyalah kotak hadiah, beg kertas berjenama yang cantik atau lain-lain. Kadang-kadang rasa tidak sampai hati nak buang kerana mungkin itu adalah hadiah pemberian dari orang yang kita sayang. Akan tetapi perlu diingatkan, sekiranya anda kerap menyimpan barang akan menyebabkan barang di dalam rumah bertambah dan kelihatan semak.
Artikel Berkaitan: Tetamu Tiba Tiba “On the Way” Pulak! Ikuti 7 Langkah Pantas Untuk Mengemas Rumah Yang Bersepah
Pasti anda tidak suka melihat keadaan rumah yang dipenuhi oleh barang-barang. Akan tetapi selalunya orang berpegang pada nilai atau kenangan sesuatu barang tersebut. Jadi terus terbantut niat untuk membuangnya. Menurut kajian life storage, terdapat beberapa cara untuk anda membuang barang kenangan dengan tanpa rasa bersalah. Antaranya adalah:
1. Ketahui antara kehendak dan keperluan
Ramai juga yang tidak tahu membezakan antara keperluan dan juga kehendak. Ini kerana mereka menganggap semua benda adalah penting untuk disimpan. Senang sahaja nak tahu sesuatu benda itu adalah keinginan. Jika anda merasakan anda boleh bernafas tanpa sesuatu barang itu, itu dipanggil keinginan. Jadi anda boleh cuba untuk menilaikan barangan tersebut dengan sebaik mungkin sama ada anda memerlukannya atau tidak.
2. Pilih barang yang membuat anda rasa syukur dan gembira.
Jika anda memilih barangan yang menjadi keperluan hidup anda pasti anda akan rasa lebih bersyukur. Berbanding barang yang hanya anda inginkan hanya kerana mengikut sesuatu trend. Jika anda tanamkan dalam minda pasti anda tidak akan rasa serba salah untuk membuang barang tersebut.
3. Jangan memberi alasan
Kerap memberi alasan juga menyebabkan seseorang itu sukar untuk membuang barang-barang mereka apabila ditanya oleh orang lain. Apabila seseorang itu memberi alasan. Ia akan menyebabkan anda berasa tidak sedap hati dan jadi malas untuk membuang barang tersebut kerana kerap memikirkan fikiran anda itu betul.
Sekiranya anda terasa seperti ini, langkah yang boleh diambil adalah mungkin anda boleh mendermakan barang-barang itu kepada orang yang memerlukan. Dengan ini, kita akan berasa tenang dan dalam masa yang sama dapat membantu orang yang memerlukan daripada diri kita.
4. Buang secara peringkat
Untuk mengelakkan emosi anda terganggu oleh kerana membuang barang-barang itu, anda digalakkan untuk membuang barang itu mengikut peringkat. Maksudnya, anda ambil sedikit masa untuk barang yang lebih bermakna. Asalkan akhirnya anda buang!
Dengan menggunakan cara ini, anda akan menjadi seorang yang lebih teliti apabila membuang barang dengan tidak terlampau mengikut perasaan.
Artikel Berkaitan: Nak Pergi Bercuti? Ini Cara Untuk Anda Kemas Baju Dengan Mudah Agar Tak Serabut!
Kesimpulan
Jangan rasa serba salah untuk membuang barang yang tidak diperlukan. Fikirkan tentang rumah anda akan kelihatan lebih luas dan selesa jika kita pandai mengatur rumah. Pasti malu apabila tetamu datang ke rumah dan rumah dipenuhi banyak barang. Selain itu, ia juga dapat melatih anda membezakan barang yang sudah tidak diperlukan. Selamat mencuba semua!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pendakwah OKI SETIANA DEWI Kongsi Kehidupan Terkini Di Mesir Bersama Suami & Anak-Anak
Pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi yang juga kakak kepada pempengaruh Indonesia, Ria Ricis baru-baru ini berkongsi perkembangan terkininya bersama suami dan anak-anak di Kaherah, Mesir.
Perkongsian itu dimuat naik di Instagram miliknya. Kelihatan Oki Setiana Dewi bahagia dan gembira dengan kehidupan terkininya itu bersama suami dan anak-anak tersayang.
Memetik perkongsian di portal HaiBunda, hampir dua minggu mereka sekeluarga menetap di sana.
Pendakwah ini turut memaklumkan dia kini sedang mencari sekolah yang sesuai buat empat orang anaknya iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Faatimah Abdullah, Ibrahim Muhammad Abdullah, dan Sulaiman Ali Abdullah.
Menerusi hantaran yang sama, Oki Setiana Dewi berkongsi koleksi foto yang memaparkan aktiviti bersama suami dan anak-anak selama beberapa hari mereka di Mesir.
“Sudah 10 hari di Mesir. Hari-hari sibuk menguruskan visa pelajar, mendaftar sekolah anak-anak, mencari tempat tinggal, menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan di sini,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Oki Setiana Dewi turut memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan ilmu untuk pendidikannya serta anak-anak.
“Persiapan ilmiah untuk memasuki tahun persekolahan baharu untuk saya dan anak-anak pada September nanti.”
Oki Setiana Dewi turut berdoa agar segala urusannya selama tinggal di Mesir sentiasa dimudahkan oleh Allah SWT.
“Tempat baru, lingkungan baru, orang-orang baru, ilmu-ilmu baru, semoga Allah mudahkan.’
Untuk info, Oki Setiana Dewi sebelum ini pernah mengumumkan perancangannya untuk berhijrah ke Mesir kerana mahu mendalami ilmu agama serta menyambung pengajian sekaligus meninggalkan kerjaya seninya.
Urusan penghijrahannya itu sebenarnya sudah dirancang sekian lama bersama suami, .
Sebelum terbang ke Mesir, Oki Setiana Dewi telah menyiapkan banyak perkara antaranya mempelajari bahasa Arab. Dia turut memindahkan anak-anaknya ke sekolah Arab di Jakarta.
Bintang filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ ini mengakui tidak ralat membuat keputusan tersebut di saat kerjaya seni dan aktiviti dakwahnya sedang berkembang.
Sepanjang ketiadaannya, Yayasan Maskanul Huffadz yang ditubuhkan untuk tujuan pendidikan keagamaan tetap diteruskan.
BACA JUGA: Tempat Ikonik Luar Negara, Jentik Hati Oki Setiana Dewi Agar Lebih Mengagungkan Kebesaran Allah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syawal Hampir Tiba, Jom Cuba Inovasi ‘Cornflakes Madu Biscoff’ Khairul Aming Yang Mudah Dan Lazat Ni!
Hari Raya tidak akan sempurna tanpa balang kuih Raya yang bersusun di meja kerana tanpanya vibes-vibes Raya itu tidak sempurna.
Malah, di zaman millenials ini terdapat pelbagai pilihan kuih Raya yang boleh disajikan kepada tetamu. Tidak kira samada beli ataupun buat sendiri di rumah masing-masing.
Kebanyakkan dari kita lebih gemar membeli kerana mahu menjimatkan masa dan tenaga. Tapi sebenarnya, ada juga kuih raya amat mudah dan ringkas cara pembuatanya seperti Biskut Cornflakes Madu Biscoff oleh pempengaruh tersohor, Khairul Aming ni, jom cuba!
Khairul Aming Inovasi Resipi Cornflakes Madu Ditambah Biscoff!
Macam yang kita sedia maklum, Khairul Aming sememangya gemar berkongsikan resepi-resepi mudah dan lazat terutamanya bila menjelang bulan Ramadan yang mulia ni. Sampai terkadang kita pun terkecur air liur melihatnya.
Terbaharu, bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang kuang lebih seminggu sahaja lagi, Khairul Aming telah berkongsikan sebuah resepi Biskut Cornflakes Madu kegemaran ramai. Tapi yang menariknya, resepi ini telah ditambah Biscoff spread sekaligus memberikan sensasi baharu!
Bahan-Bahanya:
- 100 gram Salted Butter
- Setengah Cawan Madu
- 1/3 Sudu Kecil Garam
- 250 gram cornflakes
Biscoff Drizzle
- Setengah balang Biscoff Spread
- 5 hingga 8 keping biskut Biscoff
Cara-Caranya:
1. Pertama, cairkan butter gunakan non stick pan, tambahkan madu dan garam. Kacau sehingga semua bahan-bahan sebati dan berbuih likat ala-ala caramelized baru tutup api.
2. Kemudian ambil 250 g emping jagung (Cornflakes) tak kisah la jenama apa pun, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan butter dan madu yang telah caramelized tadi gaulkan hingga sebati dan semua kepingan cornflakes tersalut rata dengan madu tadi.
3. Setelah sebati susunkan cornflakes tadi dalam paper cup khas untuk cornflakes yang biasa digunakan untuk kuih Raya, dan bakar pada suhu 170°C selama 5 minit. Pastikan timing tepat untuk mengelakkan biskut hangus.
Artikel berkaitan: Khairul Aming Sanggup ‘Tutup Kedai’, Mahu Bahagiakan Staff Menjelang Aidilfitri, Peribadi Majikan Yang Wajar Dicontohi!
4. Setelah siap di bakar keluarkan cornflakes dari oven dan setkan ketepi biarkan sejuk. Sementara itu, sediakan Biscoff Drizzled.
5. Masukkan setengah balang biscoff ke dalam periuk dan buka api untuk cairkanya. Sementara itu, ambil kepingan biskut Biscoff dan tumbuk hancur untuk dijadikan toping.
6. Kemudian ambil Biscoff drizzled tadi dan lelehkan pada bahagian atas cornflakes yang sudah sejuk tadi. Jangan lupa tambahkan toping biskut Biscoff yang telah ditumbuk tadi.
7. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan!
Haa.. Mudah bukan cara nak buatnya. Tak payah nak membazir duit beli di kedai. Buat sendiri je di rumah, makan pun lebih puas! Selamat mencuba.
Sumber: Instagram Khairul Aming
Artikel berkaitan: Tak Lokek Kongsi ‘Resepi Sambal’ Kejayaan, Khairul Aming Kaut RM21.5 Juta Dalam 2 Tahun!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI