Sekiranya  anda ingin mencerahkan wajah, harus cuba mengaplikasikan beberapa peringkat perawatan wajah ala gadis Korea. Selain itu, yang paling penting adalah memilih produk lapisan essence dengan konsentrasi bahan aktif yang cukup tinggi.

Essence juga mampu untuk menjadikan kulit anda lebih sihat dan lembap kerana ianya diformulasikan dari bahan-bahan tertentu yang dapat mengatasi masalah kulit seperti garis halus, kedutan serta kulit kusam. Terkandung sejumlah bahan aktif yang berfungsi untuk menstimulasikan sel-sel kulit baru. Kenalpasti jenis kulit anda terlebih dahulu. Info berikut akan membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk kulit wajah;

Cara memilih essence

Dalam memilih essence, ada dua faktor  penting yang perlu anda perhatikan. Anda tidak perlu menganggap bahawa essence mampu melembapkan kulit wajah walaupun dari produk yang terbaik. Sebab, pada dasarnya air memang sulit terserap ke kulit manusia sehingga kondisi permukaan kulit lebih lembap. Jadi, apa sebenarnya kedua faktor yang menjadi dasar pemilihan tersebut?

Pilih tekstur dan aroma berdasarkan selera anda

Pilihlah essence berdasarkan efek yang anda rasakan setelah penggunaan. Setiap orang pastinya memiliki selera yang berbeza dalam hal ini. Anda boleh mencuba tester atau membeli starter pack terlebih dahulu sebelum menggunakannya dalam jangka panjang. Ada essence yang memberikan rasa matte setelah digunakan dan ada juga yang terasa meleket. Hal tersebut akan berpengaruh pada kemudahan pemakaian solekan.

Selain itu, di luar dugaan ternyata banyak orang yang merasa tidak sesuai dengan beberapa aroma essence. Beberapa produk essence memiliki aroma unik sehingga bagi anda yang sensitif terhadap aroma perlu memilihnya dengan lebih hati-hati. Sebelum membeli, sebaiknya anda semak aromanya dan pastikan kulit anda tidak mengalami iritasi setelah penggunaan.

Sangat penting untuk memilih essence berdasarkan tekstur dan aroma yang anda sukai. Hal ini akan mempengaruhi kecantikan Anda. Aroma yang sesuai dapat merangsang area hipotalamus di otak untuk memproduksi hormon serotonin sehingga bagus untuk memperbaiki mood.

Pilih yang memberikan rasa lembap

Anda tidak perlu mengutamakan kekuatan melembapkan sebuah essence. Produk yang memberikan rasa lembap tanpa kekuatan pelembap yang tinggi sudah cukup untuk digunakan.

Periksa kandungan yang boleh memberikan rasa lembap

Anda perlu memahami kandungan apa saja yang dapat memberikan kelembapan pada kulit. Berikut ini adalah beberapa kandungan yang umumnya dikenal sebagai bahan pelembap.

  • Butylene glycol (BG) : Bahan ini memiliki kemampuan tinggi dalam menyimpan kelembapan dan tidak begitu melekit dibandingkan BG merupakan salah satu jenis alkohol polihidrat (*) yang sering digunakan dalam berbagai produk skin care maupun kosmetik.
  • Glycerin : Salah satu jenis alkohol polihidrat (*) yang paling unggul dalam menyerap kelembapan. Begitu juga dengan concentrated glycerin dan
  • Hyaluronic acid : Kandungan alami yang terdapat pada lapisan dermis kulit. Jika digabungkan dengan glycerin, kemampuan melembapkannya tidak perlu diragukan lagi.
  • Kolagen : Protein berserat yang tidak bisa diserap kulit. Kolagen akan merubah dirinya menjadi peptida kolagen yang memiliki bentuk lebih kecil supaya bisa menembus kulit.
  • Trehalose : Salah satu kandungan yang terbuat dari gula yang bisa menjaga kelembapan dengan baik. Oleh karena kemampuannya itu, trehalose kerap digunakan sebagai pelembap dalam produk kosmetik.
  • Selain kandungan-kandungan di atas, ada juga kandungan pelembap yang diciptakan sendiri oleh produsen.
  • (*) Alkohol polihidrat atau gula alkohol adalah pelembap yang dapat menyerap molekul air serta mengunci kelembapan. Oleh karena itu, alkohol polihidrat menjadi pelembap yang paling banyak dipakai.

Kandungan ethanol tidak selalu membuat kulit menjadi kering

  • Anda mungkin sering mendengar bahawa essence dengan kandungan ethanol dapat membuat kulit mudah kering. Padahal, sebenarnya ethanol itu sendiri tidak menyebabkan kulit menjadi kering. Rasa kulit tegang anda rasakan setelah menggunakan produk dengan ethanol bukan bererti kulit akan menjadi kering.
  • Produk yang mengandung ethanol tidak selalu membuat kulit menjadi kering. Kebanyakan orang menyamakan ethanol untuk kosmetik dengan ethanol yang digunakan di laboratorium atau klinik. Ethanol untuk kosmetik tidak menyebabkan kulit kering.
  • Apabila kulit anda alergi dengan alkohol atau memiliki penyakit dermatitis atopik, ethanol memang perlu dihindari. Namun, untuk anda yang berkulit normal, produk ber-ethanol masih boleh digunakan.

Seperti jenis perawatan wajah lainnya, essence juga mempunyai banyak varian. Semak produk essence yang sesuai dengan kulit anda seperti di bawah ini.

1. Kiehl’s Iris Extract Activating Essence Treatment

Mengatasi masalah penuaan, kedutan, kulit kasar, dan kusam

Jika anda mencari essence yang memberi manfaat anti-aging, maka produk dari Kiehl’s ini dapat menjadi pilihan anda. Mengandunngi ekstrak akar Iris florentina untuk mengatasi masalah penuaan pada kulit wajah anda. Selamat tinggal kulit kasar, kusam, dan kedutan pada wajah!

Selain itu, produk berwarna transparan ini mengandung Lipo Hydroxy Acid (LHA) yang dapat meningkatkan regenerasi kulit sehingga tentu saja wajah akan terlihat lebih cerah. Teksturnya cair dan meninggalkan sedikit rasa meleket. Namun, anda tidak perlu kuawatir, rasa leketnya akan cepat hilang.

IKLAN

2. SK-II Facial Treatment Essence

Jadikan kulit wajah Anda sebening kristal!

Essence dari SK-II ini mengandung lebih dari 90% PITERA™, iaitu bahan alami yang kaya akan asid amino, vitamin, dan mineral. Kandungan PITERA™ ini mampu melembapkan, menutrisi kulit, serta mencerahkan kulit wajah anda yang kusam menjadi tampak berseri alami.

Produk ini telah beberapa kali memenangi penghargaan sebagai essence terbaik kerana manfaatnya yang tidak boleh disangkal lagi. Dengan tekstur watery yang super ringan, gunakan dua kali sehari dan dapatkan kulit yang menawan sebening kristal! Essence ini sesuai digunakan oleh anda yang bermasalah dengan kulit kusam.

3. L’OREAL Paris Skin Expert Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water

Essence anti penuaan (anti aging) terbaik

Ingin kelihatan awet muda semasa bersantai bersama rakan-rakan sebaya? Cuba sekarang produk perawatan wajah yang terkenal di pasaran Malaysia, L’Oreal Paris menghasilkan kaedah penjagaan yang sesuai untuk kulit wajah wanita Asia. Diformulasikan daripada 92% ekstrak Pure Centella Asiatica yang dapat menghapuskan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Kulit anda akan tampil terhidrat, lembut dan anjal dalam masa beberapa hari. Essence ini berkesan untuk menghilangkan garis halus di wajah serta tekstur produk ini tidak melekit dan meresap terus masuk ke dalam kulit anda dengan cepat

4. Fresh- Black Tea Kombucha Antioxidant Essence

Langkah pra-esensi antioksidan yang  perlindungan pencemaran untuk kulit licin & bercahaya.

Intipati kandungan bahan seperti kombucha, teh hitam yang ditapai manis yang mensasarkan kesan yang jelas dari pencemaran yang menyebabkan kedut dan radikal bebas. Kesan dari penggunaan essence ini wajah akan lebih berkilau, menghilangkan garis halus, meningkatkan keanjalan, menghaluskan tekstur kulit wajah, menyokong nada kulit yang lebih sihat, dan hidrat selama 24 jam dengan asid hyaluronik. Fresh- Black Tea Kombucha Antioxidant Essence sesuai untuk semua jenis kulit.

IKLAN

5. INNISFREE Soybean Energy Essence

Essence terbaik khas dari Korea mampu menutup cela di wajah

Ingin tampil cantik ala-ala artis wanita Korea? Bagi anda yang gemar menonton drama Korea, pasti anda tahu akan jenama Innisfree yang mendapat liputan meluas di Korea. Essence ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dapat membuat kulit anda tampak bermaya dan segar. Untuk wanita yang inginkan perlindungan kulit yang terbaik, produk ini untuk anda.

Manfaat essence ini adalah untuk mencerahkan kulit kusam dan meremajakan kulit wajah anda. Diformulasikan dari kacang soya yang diambil khas dari Kepulauan Jeju, essence ini mampu menghilangkan kekotoran dan menutup cela pada kulit wajah anda.

6. LANEIGE Water Bank Essence_EX

Produk essence terbaik untuk kulit kombinasi

Laneige, satu jenama penjagaan wajah yang tidak asing lagi dalam pasaran menghasilkan essence sesuai untuk kulit kombinasi (normal to dry). Diperbuat daripada bahan semulajadi, essence ini mampu untuk bertahan selama 24 jam dan meningkatkan tekstur kulit menjadi lebih bersinar.

Dengan ekstrak tillandsia, benih Quinoa dan Hydro Ion Mineral Water, essence ini akan cepat meresap masuk untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan memperbaiki lapisan kulit baru. Fungsi utama essence ini adalah untuk mengekalkan kelembapan dan memberikan keseimbangan buat kulit anda agar kekal sihat.

7. BENTON Snail Bee High Content Essence

Essence bebas paraben dan alkohol – sesuai untuk si kulit sensitif

IKLAN

Anda berkulit sensitif dan tidak tahu produk yang sesuai? Essence dari Benton ini ada jawapan terbaik untuk anda. Dengan mengandungi 90% lendiran siput dan bee venom, ianya mampu menghapus sel-sel kulit mati serta melembap dan menghilangkan kedutan di kulit anda. Bagi wanita berkulit sensitif, anda tidak boleh memakai perawatan wajah yang ada bahan kimia. Essence ini bebas paraben dan alkohol, selamat untuk kulit anda. Tekstur essence ini mengandungi bahan-bahan dari semulajadi, tidak akan menyebabkan kulit anda bertambah iritasi.

8. GARNIER Sakura White Pinkish Radiance Essence Lotion

Essence yang murah di pasaran – sesuai untuk kulit remaja

Kebanyakkan remaja masih belum mengalami sebarang masalah kulit wajah akibat bahan kimia yang terdapat di dalam alat solekan mahupun asas penjagaan. Garnier, salah satu produk yang terkenal di pasaran Malaysia ini, terbaik untuk anda kerana ianya mampu membuatkan kulit wajah kekal terhidrat dan menjadi segar semasa melakukan aktiviti luar. Diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura dari Jepun, asid hyaluronik, Vitamin B3 dan CG, kulit anda akan kelihatan ‘pinkish’ dan bertambah cerah. Walaupun berjemur di bawah sinar matahari, kulit wajah anda kekal segar dan bermaya.

9. COSRX Advance Snail 96 Mucin Power Essence

Essence terbaik untuk anda yang kulit berminyak

Essence dari produk Cosrx ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak. Diformulasikan dengan 96% dari ekstrak mucin (mucus) siput, Advanced Snail 96 Mucin Power ini mampu mengekalkan kelembapan kulit wajah dan menghapuskan sel-sel kulit mati. Essence ini juga dapat menambah nutrien serta perbaiki masalah kulit dengan membuatkan kulit anda bertambah anjal dan kelihatan awet muda. Ianya menghalang kulit wajah anda dari penghasilan minyak yang berlebihan dan teksturnya tidak membuatkan kulit anda terasa melekit.

10. MISSHA Time Revolution The First Treatment Essence Intensive Moist

Kelembapan maksimum untuk kulit kering

Essence dari Missha ini diperbuat daripada Fermented Himalayan Purple Barley untuk penyerapan kulit lebih cepat dan memberikan kelembapan yang maksimum untuk wajah anda. Bagi anda yang berkulit kering, produk ini sesuai untuk anda kerana ianya membuatkan kulit terhidrat serta meningkatkan struktur keanjalan kulit wajah dan tampak sihat sepanjang masa.

Dengan mengandungi 80% Yeast Concentrate dan Niacinamide, essence ini menyerap masuk ke dalam kulit wajah untuk membuatkan anda tampil segar dan menawan. Essence ini juga mampu untuk menghalang kulit anda dari munculnya kedutan halus dan tona kulit menjadi kembali sekata.  productnation

SUMBER: byrdie & productnation

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI