Umumnya untuk mengetahui solekan atau mengayakan hijab yang tepat, anda harus faham betul bentuk wajah anda. Kerana setiap bentuk wajah mempunyai area yang berbeza untuk ditonjolkan atau ditutupi kekurangannya. Nah, biar anda tidak perlu risau lagi apa bentuk wajahmu, ketahui ciri-ciri setiap bentuk wajah berikut ini.

SQUARE

SOLEKAN: Wajah square mempunyai sisi yang lurus dan hampir tidak ada lengkungan pada rahang. Jika kamu mengira panjang sisi rahang kanan ke rahang kiri, lebih kurang panjangnya akan sama dengan panjang dari dagu ke ujung rambut.

PIC: IG SELEBRITI

 

GAYA HIJAB: Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap ‘bucu’ wajah. Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah anda kelihatan maskulin. Anda juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.

DIAMOND

SOLEKAN: Dagu yang tajam dan tulang pipi yang tinggi adalah ciri utama dari wajah diamond. Jadi jika ditarik garis dari ujung rambut, pipi, dan dagu, maka bentuknya akan serupa dengan bentuk diamond. Perbezaan bentuk wajah diamond dan heart adalah garis rambut pada diamond cenderung lebih sempit.

PIC: IG SELEBRITI

GAYA HIJAB: Garis rambut pada bentuk wajah ini lebih sempit dan ada kemungkinan mereka yang memiliki bentuk wajah ini, anak rambut cenderung terkeluar di bahagian tepi. Hijabi ini disarankan memakai wax rambut supaya tiada anak rambut yang terkeluar dari anak tudung. Gayakan tudung anda dengan gaya loose dan flawy.

HEART

PIC: BEAUTYTIPSDIVA

SOLEKAN: Hampir sama dengan diamond, pemilik wajah heart memiliki dagu yang tajam. Namun bezanya bentuk wajah heart memiliki dahi yang lebar.

PIC: IG SELEBRITI

GAYA HIJAB: Hijabi yang bermuka bujur memiliki ukuran vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya. Wajah bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah seperti ini. Anda bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis stail hijab.

RECTANGULAR

SOLEKAN: Wajah rectangular mirip dengan wajah square pada sisi rahang, namun dagu dan hujung rambutnya lebih panjang.

PIC: IG SELEBRITI

GAYA HIJAB: Anda yang memiliki bentuk wajah ini, elakkan memakai inner tudung tutup separa dahi, lebih cantik jika tampakkkan keluasan dahi. Pengayaan hijab pula boleh nampakkan tiga suka warna inner untuk pengayaan tudung jenis bawal.

OVAL

PIC: SAUBHAYA MAKE UP

GAYA SOLEKAN: Ciri utama dari wajah oval iaitu lengkungan pada dahi dan dagu, hanya sahaja lengkungan pada dahi lebih lebar jika dibandingkan pada dagu. Bentuknya hampir sama wajah rectangular namun memiliki lengkungan pada bahagian dagu.

GAYA HIJAB: Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai suduh di bahagian rahang. Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam.

ROUND

PIC: LOVE TO KNOW

GAYA SOLEKAN: Wajah round atau bulat hampir sama dengan square, hanya sahaja kedua sisi pada rahangnya membentuk lengkungan, berdagu bulat, dan tulang pipi yang lebar.

PIC: IG SELEBRITI

GAYA HIJAB: Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai suduh di bahagian rahang. Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam.

Selain tujuan utama mengenakan hijab adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.

Pemilihan gaya tudung yang sesuai akan menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita.Mudah-mudahan dengan petua ini, ia memberi panduan untuk anda memilih tudung sesuai. Tentu sekali suami atau si dia akan lebih terpesona dengan penampilan baharu anda bersama tudung yang sesuai.

SUMBER: PEBELA.COM