Pasti ramai yang runsing untuk membuat simpanan duit tidak kiralah yang bergaji besar atau kecil. Kebanyakan orang pasti rasa tidak cukup kerana banyak komitmen yang perlu dilangsaikan dan akhirnya tinggal sedikit bakinya.
Menerusi perkongsian Nur Aliah Mohd Nor di Facebook, dia telah berkongsikan 3 cara mudah untuk uruskan gaji bagi yang bergaji kecil.
3 Cara Paling Mudah Untuk Uruskan Gaji Bagi Yang Bergaji Kecil
Hampir 70% orang tersilap langkah untuk buat pecahan gaji ni lepas dah dapat gaji! . Hati Lia dah gelisah sangat bila ramai orang inbox minta nasihat tentang nak uruskan kewangan dengan baik. . Sini Lia kongsikan pecahan gaji yang perlu diutamakan dahulu bila dah terima #duit gaji.
. Pecahkan terus kepada 3 iaitu : + Komitmen = 60% + Belanja = 30% + Simpanan = 10% . Katakan gaji RM1,500. Anda perlu pecahkan RM1,500 ini kepada 3 bahagian iaitu: . Komitmen = RM900 (60%) Belanja = RM450 (30%) Simpanan = RM150 (10%) . #No1 KOMITMEN 60%
===
Ads
.
Komitmen tetap bulanan dan perbelanjaan asas atau apa saja perbelanjaan yang jika tak dibayar akan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi di mata bank. . Contoh komitmen : + PTPTN + MARA + ASBFinancing + Hire Purchase + Housing Loan + Personal Loan + Utilities Bills + Makan Minum + Barang Dapur + Minyak, Tol & Parking . Jadi bila dapat je gaji apa perlu buat? . 1. Wajib bankin duit pada mak ayah di kampung. . 2. Segerakan pembayaran untuk rekod CCRIS bagi nampak cantik di mata bank.
. 3. Letakkan sedekah sebagai komitmen juga, ingat ni je lagi banyak kita memberi lagi banyak kita dapat! . #No2 BELANJA 30% === . Belanja atau perbelanjaan yang berubah-ubah dan kurang penting.
. Contoh belanja: + Keperluan diri + pakaian + Hiburan (karoke, bowling, wayang) + Melancong + Internet + Beli barang-barang idaman + Reward untuk diri sendiri . #No3 SIMPANAN 10%
===
. Wajib asingkan 10% terus untuk simpanan, pelaburan dan perlindungan takaful. . Dapat gaji, cepat-cepat asingkan duit simpanan ke akaun khas siap-siap. Simpanan ni ikut kreativiti masing-masing. . Contohnya: + Tabung Haji + ASB Financing + Tabung Mingguan + Emas + Unit Trust + Medikal kad
. Cara paling mudah dengan lakukan ‘Force Saving’ iaitu dengan menggunakan ASBFinancing. . Cuba buat kira-kira setiap bulan komitmen berapa kena bayar. Katakan dari kiraan itu, ada duit lebihan RM160 je, terus buat ASBF RM30,000. Kalau ada cara lain pon boleh guna juga.
. Lia yakin dan percaya, selepas anda bahagikan pecahan gaji ini kepada 3 perkara penting di atas, sekurang-kurangkan anda boleh kawal duit bocor. . Sebab duit ni mudah bocor tanpa kita kawalnya dengan baik. Silap-silap kalau kira balik, boleh cecah belasan ribu sebulan tanpa sedar! . Psst.. Kalau rasa simpanan 10% tu sikitkan, kenalah kurangkan belanja jadi 20% dan simpanan naikkan jadi 20%. Semuanya berbalik pada diri kita sendiri. Tanggungjawab diri sendiri. . Dapat sesuatu?
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang.
.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Ads
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum ini kecoh di media sosial gara-gara aksinya yang dikatakan ‘over’ dalam mempromosikan barangan bagi pihak klien. Malah sejak muncul di kaca TV dalam rancangan Motif Viral, instafamous ini dilihat semakin dikecam kerana aksinya yang agak keterlaluan. Walaupun mengakui dia menjadi diri sendiri dan tidak mahu seperti instafamous lain sebagai salah satu strategi pemasaran, tetapi ramai netizen yang tidak menyukai caranya itu. Dan baru-baru ini sekali lagi instafamous ini dikecam kerana dikatakan mempersendakakan agama dengan melakukan gaya solat yang dilbuat di sebuah tempat permainan ais.
Posting yang dimuat turut ini oleh pengguna laman sosial Hidayat Safuan di facebook ini mendapat komen dari netizen yang rata-rata juga tidak bersetuju dengan tindakan instafamous ini.
Video berkenaan yang dipaparkan juga mendapat tontonan hampir 600 ribu dan 3,463 butang ‘share’.
Ramai yang mendakwa dia sengaja mencipta sikap begitu kerana terlalu terdesak untuk cepat popular.
Perbuatannya itu juga dikatakan mempersendakan agama dan dianggap biadap.
Ada juga yang mengecam dirinya jika mahu popular buat cara lain, bukan bersifat sedemikian.
Netizen juga marah kerana instafamous ini memperbodohkan diri sendiri untuk popular dan tindakannya itu dikatakan memalukan wanita berhijab.
Ini pula nasihat yang bagus untuknya. Perlu jaga adab dan maruah sebagai seorang gadis bertudung.
Tanggal 24 Mac ini nanti genap setahun komposer arwah Johan Nawawi meninggalkan isteri tersayang, penyanyi Nora Ariffin dan empat orang anak-anaknya. Kerinduan yang tak terbedung menyebabkan Nora sering memuat turun status kenangan bersama arwah suaminya. Ramai yang menganggap status Nora dikatakan sengaja mahu meraih simpati, tetapi hakikatnya status Nora itu jugalah telah dijadikan insprasi buat wanita di luar sana yang senasib dengannya.
TERIMA HAKIKAT
Bukan senang untuk kita menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi jika sudah bertahun-tahun kongsi hidup bersama. Namun takdir Tuhan telah memisahkan dan siapalah kita untuk menolak ketentuan-Nya. Walaupun pedih tetapi perlu terima hakikat kerana hidup ini perlu diteruskan. Begitu juga perasaan dialami oleh penyanyi Nora yang kehilangan suami tercinta setahun yang lalu.
Bertemu Nora ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Kumpulan Media Karangkraf dan Hud Hud Media, baru-baru ini sempat bertanya isu berkenaan padanya.
Biarpun status dimuat turun itu disalah anggap sesetengah pihak, namun penyanyi besuara lunak ini hanya tersenyum setelah hampir setahun tahun kehilangan insan tersayang di sisi. Sukar untuk menebak hatinya kerana terlihat air mata bertakung di kelopak mata saat di tanyakan soalan itu.
“Bayangkan 24 tahun kami hidup bersama dan dia juga adalah tulang belakang saya. Ibaratnya kalau dulu jatuh ada orang sambut, tetapi sekarang kalau jatuh sakitnya hanya kita yang tahu. Saya kena kuat dan kena tanam semangat. Kadang-kadang saya ada luah perasaan di sosial media tetapi bukan untuk raih simpati atau meroyan. “Tetapi ia sekadar luahan hati. Saya ingat dugaan saya paling berat tetapi rupanya ramai wanita di luar sana lagi teruk ujian yang dihadapi. Ada yang beritahu, mereka lihat saya sebagai inspirasi dalam menghadapi ujian lebih besar. Secara tidak langsung, menjadi tanggungjawa saya untuk mendidik wanta di luar sana yang kehilangan (tidak kira suami, anak, atau isteri) bahawa mereka ini bukan keseorangan. “Kami berkongsi masalah dan apabila baca rupanya ada dugaan lebih berat seperti masalah rumah tangga atau hampir bercerai. Apabila mereka follow cerita saya dan saya selalu tekankan wanita di luar sana agar hargai setiap masa bersama suami anda. “Saya juga sebenarnya tak terfikir bahawa suami saya akan pergi dalam usia 50 lebih dan masa tengah sihat. Oleh sebab itu, selagi mereka ada hargai walaupun ada masanya kita bergaduh kerana tidak semua manusia itu perfect. Kita tidak tahu bila mereka akan pergi tinggalkan kita,” ungkap pelantun lagu Persimpangan Dilema ini sambil tersenyum.
Menurut Nora walaupun sudah hampir setahun kehilangan Johan, tetapi dia memang tak dapat lupakan lelaki yang lama bertakhta di hatinya itu. Malah Nora sentiasa dapat rasakan dia sentiasa ada bersamanya sepanjang masa. “Saya masih dapat rasa dia ada di belakang saya dan melihat apa yang saya buat. Selepas habis tempoh iddah, memang saya meneruskan apa yang telah dirancang selama ini. Memang agak sukar untuk saya bergerak sendirian kerana sebelum ini semuanya Johan yang lakukan. “Tetapi kini saya perlu hidup berdikari sebagai ibu tunggal demi membesarkan dan menyara anak-anak. Ini adalah perkara mengejut tetapi melihat zuriat peninggalan arwah, saya bangun meneruskan kehidupan,” ujar Nora lag. Jika diikutkan dirinya hanya seorang perempuan dan kalau terikut-ikut perasaan sedih memang dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerja. “Pada awalnya memang saya jadi down. Saya tidak boleh fikir apa dan hanya mahu duduk rumah sahaja. Tetapi saya tahu saya tidak boleh berkelakuan begitu kerana banyak tanggungjawab di atas bahu ini. Kalau masa Johan ada, kami akan bahagikan kerja di mana soal anak-anak saya uruskan. “Tetapi kini semua tu terletak di atas bahu saya seorang. Dari sebesar-besar masalah hingga yang sekecik-keciknya perlu saya hadapinya. Sebelum ini kalau soal bisnes dia yang uruskan. Dan kini saya perlu tahu semua urusan dari awal hingga ke akhir proses berkenaan,” ceritanya lagi.
Namun perkara ini sebenarnya memberi hikmah padanya apabila dia dapat belajar segala-galanya. Nyata kehidupan dia bertukar 360 darjah sebagai seorang ibu dan juga bapa hingga perlu memandu sendiri kereta untuk ke pejabat.
MENANGIS SEORANG DIRI
“Saya sebenarnya perlu putuskan apa yang terbaik. Saya hendak jalan ke kiri terus meranakan diri atau ke kanan untuk move on. Bagi saya dia pergi ke tempat yang lebih baik dan Allah sayangkannya. Segala perancangan Allah itu juga adalah yang tebaik untuk dia, saya dan anak-anak dan kita tidak tahu perkara itu. “Saya anggap ia sebagai satu yang positif walaupun tahu memang agar sukar untuk melupakannya. Waktu itu saya rasa tiada teman untuk saya kognsi perasaan sedih atau gembira itu. Saya menangis sorang-sorang hinggalah sekarang. Tetapi alhamdulillah saya di kelilingi kawan-kawan dan staf yang baik. Mereka memahami dan dari segi kerja ramai memudahkan urusan saya. “Anak-anak memang menjadi kekuatan saya menghadapi saat ini. Pernah satu masa ketika dalam tempoh iddah 4 bulan hingga ke 6 bulan, saya jadi ‘down’ dan meranakan diri. Tetapi anak-anak datang pada saya berkata ‘mama tak boleh berterusan begini. Kami risau kalau berterusan begini. Papa dah tak ada dan kami tak nak kehilangan mama pula’. “Dari situ saya terus tersedar dan mungkin ketika tu kita hanya pentingkan diri sendiri. Anak-anak sebenarnya mahu melihat saya kuat, steady dan alhamdulillah kini saya juga bekerja 24 jam sehari. Balik malam sorang-sorang dan saya tak pernah terfikir benda ini sebelum ini,” luah Nora lagi yang cukup terkesan dengan kehilangan suaminya 24 Mac tahun lalu.
Dia juga mengakui ketika tempoh iddah adalah waktu cukup sukar baginya. Dia menangis setiap hari setiap malam hingga mata jadi kabur. Nora juga berkata ketika itu tidak mahu bertemu atau bercakap dengan orang. “Bukan itu sahaja, waktu itu, bila anak-anak ajak keluar rumah, pergi cuti atau ajak makan semua saya tak nak. Memang tak ada selera untuk makan apatah lagi memasak. Saya tak sanggup untuk memasak sampai sekarang kerana masih terkenangkan arwah. Biasa dulu kalau saya masak sebab nak sambut hari jadi atau ada keluarga datang dari kampung.
MORNING KISS & GOOD NIGHT KISS
Apabila ditanya pula momen yang paling dirindukan bersama arwah, Nora memberitahu momen itu terlalu banyak.
“Yang paling saya rindukan adalah saat masuk bilik ketika hendak tidur. Hubungan kami terlalu rapat danromantik. Sebe,um tidur tu kami akan selalu beri ‘good night kiss’ dan ‘morning kiss’ apabila bangun tidur. Kadang-kadang apabila balik kerja terpandang kerusi tempat Johan bekerja juga buat saya rasa sedih terasa diri keseorangan. “Tapi saya akan segera ingat Allah itu ada dan saya akan lakukan solat untuk menenangkan diri. Kadang-kadang bila ada masalah atau stress tak tahu nak cakap pada siapa. Ada kalanya saya bercakap seorang diri mengadu masalah yang dihadapi. “Malam-malam pula masa nak tidur, saya selalu berselimutkan dengan jubah arwah dan sampai hari ini tak basuh. Memang sukar untuk mengembalikan semula kekuatan tapi kita sebenarnya perlu reda pada tahap tertinggi. Jangan di mulut saja cakap reda tetapi hakikatnya tidak. “Saya sering berdoa pada Tuhan untuk memberi kekuatan dan permudahkan segala urusan. Secara tak langsung kita boleh lihat Allah itu mudahkan segalanya. Ada sahaja orang yang akan datang tolong. Masalah itu ada tapi dalam keselesaan yang kita boleh hadapinya” tambahnya lagi yang kini sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya, Mohd Syakir Iman, Mohd Syakir Alif, Putri Nor Dahlia dan Putri Nur Fatihah sebelum mengakhiri perbualan. KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA ARIFFIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penularan wabak covid-19 memang menakutkan seluruh masyarakat dunia. Oleh itu, rakyat dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga termasuklah ketika membeli barang keperluan rumah di pasaraya.
Jika sebelum ini tular di luar negara mengenai lelaki yang memakai sut dinosaur sewaktu keluar dari rumah, nampaknya selebriti terkenal iaitu Betty Rahmad turut mengikut langkah yang sama sewaktu ke pasaraya hari ini.
Melakukan sesuatu yang sangat diluar jangkaan, Betty hanya mahu membuat semua terhibur di hari jadinya selain mengikuti langkah pencegahan yang disarankan iaitu ‘social distancing’.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...