Ini Caranya Tanggalkan Bekas Yang Melekat, Cubalah Konsep Pengembangan & Pengecutan Bekas

Share

Selalunya ketika mengemas pinggan mangkuk di dapur, ramai yang suka menyusun pinggan, mangkuk secara bertingkat. Ia dilakukan bagi menjimatkan ruang dalam kabinet dapur.

Namun dalam keadaan tertentu, kebiasaannya bekas kaca yang disusun secara bertingkat adakalanya sukar untuk ditanggalkan. Mungkin sudah berbagai cara digunakan untuk memisahkan kedua-dua bekas yang 'melekat' antara satu sama lain namun tidak percaya.

Cara yang dikongsikan oleh Fatimah Salim ini In Shaa Allah dapat membantu anda mengatasi masalah ini.

Untuk menanggalkan dua bekas yang melekat seperti ss di bawah, boleh cuba konsep pengembangan dan pengecutan bekas.

Bekas yang berkedudukan atas tuangkan air sejuk berais untuk bagi kecut. Manakala bekas yang bawah rendam dalam air panas untuk bagi mengembang.

Suhu yang panas akan menyebabkan molekul-molekul yang membentuk struktur bekas lebih bertenaga lalu menyebabkan bekas sedikit mengembang.

Suhu yang sejuk pula akan mengurangkan tenaga molekul, maka saiz bekas akan sedikit mengecut.

Perbezaan dalam saiz ini akan membantu dalam memisahkan kedua bekas ini.

HIJABISTA: Moga perkongsian ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah di dapur. Hal ini kerana situasi ini biasa berlaku dan kini kita sudah tahu cara bagaimana untuk mengatasinya.

Sumber kredit: Fatimah Salim (makmal makanan (MaMa)
Sumber kredit gambar: MAHN

Published by
Norhasliza