Kecantikan

Ini Caranya Kalau Nak OOTD Sentiasa ‘On Point’ Time Raya, Terutama Buat Kaki Selfie!

Share

Baru saja masuk hari kelapan berpuasa, hati sudah tidak sabar menanti detik hadirnya Syawal. Persiapan sudah diatur sebelum itu untuk memastikan penampilan  dari ‘top to toe’ kelihatan sangat perfect.

Bukan sahaja memilih busana bersesuaian, hijab apa untuk disarung, malah aksesori seperti beg dan kasut turut menjadi pelengkap gaya raikan lebaran.

Meraikan Syawal selama sebulan, pastinya nanti pelbagai jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka. Jadi bagi memastikan gaya anda sentiasa ‘on point’, pilihan aksesori seperti kasut dan beg amat dititikberatkan.

Maklumlah sahaja, dengan busana yang sangat anggun, pastilah mahu melangkah dengan penuh yakin dan bergaya ke rumah sanak saudara serta sahabat handai.

Apatah lagi, bidikan lensa kamera yang pastinya tidak lepaskan peluang rakam momen terindah sewaktu berselfie.

Aldo, jenama kasut dan beg yang sangat diyakini dan menjadi pilihan hijabi masa kini. Rekaannya yang cantik dan selesa memberikan kegembiraaan sepanjang anda menyambut Syawal nanti.

Sempena Ramadan 2019, Aldo menyaksikan koleksi istimewa menampilkan kelainan dari rekaan sebelumnya.  Didatangkan dengan rekaan yang selesa yang diperindah dengan batuan cukup memukau menjadikan penampilan anda bak seorang puteri raja dari kayangan.

Koleksi Ramadan 2019 ini amat sesuai sekali digayakan terutama untuk majlis makan malam yang sangat santai dan meriah.

Koleksi Aldo yang sangat mengasyikkan ini tampak mewah dengan perincian manik dijahit kemas serta pilihan rona garang yang begitu mencuri tumpuan dan menjadikan dirimu sungguh berharga kala menggayakannya.

Bagi menyerikan lagi Syawal nan mulia ini usah lepaskan peluang untuk memiliki koleksi beg dan kasut antaranya koleksi Unorenial, Faveth dan Cadycia yang hadir dalam pesona rona merah jambu dan hitam.

Juga miliki sandal Thoresian, Zaollan, Helmerdinger serta Faveth yang diilhamkan dalam koleksi rona hitam cukup eksklusif.

 

Tidak lengkap lebaran kali ini tanpa menyarung sandal koleksi Candice, Drerradia, Proadda dan Nanoic dalam warna pastel cukup memikat.

Malah sempena Ramadan ini, miliki koleksi beg Aldo dengan pembelian pada harga cukup istimewa iaitu RM399 sahaja untuk dua beg. Sangat berbaloi untuk anda milikinya sebagai koleksi kesayangan.

Termasuk juga dapatkan instant rebate RM120 dengan setiap pembelian bernilai RM600 untuk kasut pada harga normal. Wah, menarik bukan!

Pastinya Syawal ini dapat dirai penuh keriangan dengan gaya baru cukup memukau tika bertandang ke rumah sanak saudara atau sahabat handai.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Media Contact, Ailin Chan atau emel terus di ailin@montreal.com.my.

 

Published by
Siti Zurina