SARANAN KUANTITI NASI, BANYAK MANA SUKU PINGGAN?
Bila Dietitian pesan makan nasi suku pinggan, ada yang tinggi betul suku nasi dia. Ada pula yang secuit pula suku nasinya.
Bila kata 2 senduk rata, macam-macam saiz pula senduknya. Nasib tak pernah lagi tunjuk saiz senduk kawah.
Jadi ini Cik SAS sertakan gambar biar jelas, terang dan mudah faham bagaimana suku pinggan itu menggunakan konsep pertukaran unit karbo.
- Bagi wanita, suku pinggan boleh ambil 2-3 pertukaran nasi. Bersamaan 2-3 senduk nasi rata atau 8-12 sudu makan.
- Bagi lelaki pula, suku pinggan boleh ambil 3-4 pertukaran nasi. Bersamaan 3-4 senduk nasi rata atau 12-16 sudu makan.
“Kalau nak ambil kurang lagi boleh ke Cik SAS?”
Minimum untuk wanita adalah 2 senduk nasi rata dan 3 senduk nasi rata bagi lelaki untuk 3 kali hidangan utama: sarapan, tengahari dan makan malam.
Kuantiti ini penting untuk memastikan tubuh badan, fizikal, mental dan emosi kita kekal berfungsi dengan baik walaupun dalam proses penurunan berat badan.
Kalau berdiet tapi cepat melenting, penat ada la tu yang tak kena. Besar kemungkinan terlalu lesu kerana kurang karbohidratnya.
“Kalau tak nak makan nasi, boleh ke Cik SAS?”
Boleh tak ada masalah. Gantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti kentang, ubi keledek, roti, tosei, capati, oat, bubur dan sumber karbohidrat kompleks yang lain.
Cik SAS,
Gendang gendut tali kecapi, nak kenyang perut makan nasi jangan tak makan.
kredit : facebook Siti Aminah Shalihin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI