Isi Kandungan
ToggleApabila sudah menginjak dewasa ini pasti banyak pelaburan yang perlu dilakukan. Kadang-kadang susah juga untuk membuat simpanan sendiri kerana kos perbelanjaan sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar. Bagaimana mahu membuat simpanan jika begini?
Melalui thread yang dikongsikan di twitter oleh @worknco, mereka telah berkongsikan cara untuk mengumpul sebanyak RM496 dalam masa sebulan. Jom kita lihat caranya!
Mulakan dengan RM 1 sahaja.
Boleh buat dengan sesiapa sahaja. Sangat bagus dilakukan oleh mereka yang bakal berkahwin.
Yang penting niatnya harus ada untuk menyimpan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Sementara itu, lelaki ini turut berkongsi pengalamannya yang telah berjaya kumpul selama 53 minggu.
Mudah rupanya cara ini. Taklah kita berasa keseorangan kerana kita boleh ajak pasangan atau sesiapa yang kita mahu untuk mengumpul simpanan bersama. Pasti suatu hari nanti kita akan tersenyum melihat hasilnya. Semoga terus istiqamah semua!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Wajib Bawa 4 Barang Ini Jika Ingin Pergi Bercuti Luar Negara Dengan Selesa!
Isi Kandungan
ToggleBagi mereka yang suka travel dan bercuti ke sana sini pasti sudah tahu nak bawa apa apabila travel. Tetapi kadang-kadang anda mesti lupa tentang kemudahan yang anda boleh bawa ketika bercuti. Buat mereka yang baru berjinak nak bercuti sana sini terutama sekali luar negara.
Buat para wanita dan hijabi anda boleh gunakan barang kemudahan ini kerana ya lah kita kan perempuan mesti kena bersedia dari pelbagai aspek. Namun, kekangan untuk menghadkan barang itu juga sangat penting kerana nanti banyak pula barang lain yang perlu anda bawa. Selain itu, dapat memudahkan pergerakan anda juga dan tak perlu keluar duit untuk membayar “luggage” tambahan.
Artikel Berkaitan: Nak Pergi Bercuti? Ini Cara Untuk Anda Kemas Baju Dengan Mudah Agar Tak Serabut!
Jadi ini merupakan 4 barang yang wajib anda bawa apabila melancong terutama sekali apabila melancong di luar negara untuk kekal bersih sentiasa dan beg pun tidak berat!
4 Benda yang wajib anda ada sewaktu travel!
1. Toilet cover pad
Semestinya buat anda yang mengutamakan kebersihan dan suka jenis tandas yang duduk berbanding cangkung itu sewajibnya perlu benda ini. Kebanyakan orang apabila di tempat awam seperti itu mereka akan pijak di bahagian duduk itu jadi akan kotor. Selalunya orang akan basuh dengan air dan lap dengan tisu pun masih lagi rasa tidak bersih tempat duduk tersebut. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau benda yang tidak diingini, boleh cuba untuk membeli penutup tempat duduk pakai buang ini.
Sekarang zaman beli dekat internet sahaja. Bersepah! Jadi beli banyak-banyak daripada korang membazir beli benda yang tak berfaedah. Murah pun sangat murah harganya. Ada yang boleh dapat 1 bungkus 10 keping harga RM1 sahaja.
2. Botol 4 dalam 1 isian mudah!
Jadi botol ini untuk apa? Botol 4 dalam 1 ini sangat memudahkan terutama sekali buat mereka yang tidak suka membawa banyak barang atau botol dalam beg sangat sesuai menggunakan botol ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah pulas sahaja bahagian yang mana anda inginkan nanti keluar terus cecair yang sudah anda letak. Satu tip yang anda boleh lakukan agar tidak salah, letak stiker tampal di penutup atau badan botol supaya lebih mudah untuk anda terus tekan.
Antara barang yang anda boleh letak di dalam botol tersebut adalah seperti minyak wangi, pelembap muka, losyen, makeup remover, cream malam dan siang atau krim pelindung matahari. Apa sahaj asalkan ia boleh dimasukkan kedalam botol tersebut. Krim atau cecair boleh sahaja!
3. Beg simpanan ‘resealable vacuum’ untuk melancong.
Beg simpanan yang boleh ditutup vakum ini sangat mudah buat mereka yang suka pergi melancong kerana menjimatkan ruang sebenarnya. Tiada masalah untuk anda bawak baju banyak. Selain itu, anda tidak perlu risau lagi dengan baju-baju yang tebal seperti jaket musim salji mahupun tuala mandi dan baju yang nipis dan banyak. Anda boleh beli ikut saiz yang anda inginkan atau mengikut barang anda je senang. Harga pun tak mahal tau.
4. Penyangkut baju Portable
Ini terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan penyangkut baju portable ini atau tidak. Cuma untuk mereka yang nak kekemasan apabila bercuti. Selalunya mereka yang nak nampak kemas. Kalau pergi mudah lah anda nak ambil baju yang sudah bersangkut. Bagusnya penyangkut baju portable ini boleh dilipat jadi kecik dan masukkan sahaja dalam bag. Ianya juga tidak memakan space. Beli sahaja dekat internet sebelum gerak tu. Selain itu, boleh juga anda pakai dekat rumah kan.
Artikel Berkaitan: Dah Boleh Bercuti, Ini Cara Untuk Anda Kemas Baju Dengan Mudah Agar Tak Serabut!
Akhir kata, itu sahaja 4 benda yang penting dan dapat membantu percutian anda. Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh bawa. Ia dikatakan sebagai ‘smart travel’. Apa yang penting ia sangat memudahkan keadaan anda. Semoga bermanfaat buat semua. Bukan sahaja untuk bercuti luar negara. Dalam negara pun boleh!
Sumber: Facebook Ben Amir Izzat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Wajah Nampak Tua Disebabkan Anda Tidur Dengan Wajah Bermekap! Ini 5 Kesan Buruk Lain Yang Wajib Tahu!
Usah bermimpi untuk menjadi ‘Sleeping Beauty’ hanya kerana anda memakai solekan ketika tidur. Hakikatnya, ia memberi kesan buruk kepada kulit wajah anda! Awas ya bagi kamu yang sering malas untuk mencuci solekan. Biarpun malas sekalipun, solekan di muka wajib dicuci untuk memastikan kulit wajah terjaga rapi, bersih dan sihat!
Pasti ada diantara kita yang mengambil ringan tentang kesan buruk apabila tidur tanpa mencuci solekan anda. Nak tahu apa kesannya? Jom baca!
KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT
Bagi anda yang terlalu risau jika wajah menjadi kedut dan tampak tua dari usia, janganlah tidur bersama-sama dengan solekan anda. Tahukah anda, tidur dengan solekan boleh menjadikan kulit kering?
Malah ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi jika kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
JERAWAT MUDAH NAIK
Jangan hairan jika wajah anda sering mengalami masalah jerawat yang kronik! Salah satu puncanya ialah anda malas mencuci solekan sebelum tidur. Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap.
Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam. Hilang seri tau jika dibiarkan begitu sahaja!
JANGKITAN MATA
Tidak hanya memfokuskan kepada kulit wajah semata-mata, tetapi jika anda malas untuk mencuci solekan anda, ia akan menyebabkan jangkitan pada mata berlaku. Nak tahu kenapa?
Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan jangkitan pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul. Menakutkan tau!
BULU MATA GUGUR
Bukan itu sahaja, malah memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata?
Baca juga: Hanya Lakukan Di Rumah Sahaja, 5 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Mencerahkan Kulit Kusam Anda!
BIBIR KERING & PECAH-PECAH
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai hal ini. Sebenarnya jia anda tidur dengan solekan lipstik di bibir, ia akan menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam.
Jika dibiarkan secara berterusan, masalah ulcer juga akan muncul di bahagian bibir anda! Sakit tau! Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantik Tanpa Suntikan Hanya Guna Kaedah Masker Kunyit Buat Wajah Jadi Cerah & Bersih. WOW!
Ramai kita yang mengidamkan wajah yang cerah dan bersih. Ramai yang mengambil keputusan untuk mengambil supplimen ataupun mengambil prosedur suntikan (oh tidak!). Tetapi kita tidak tahu sejauh mana keberkesanan kedua teknik ini pada wajah dan kesan sampingannya.
Mengapa mengambil risiko yang lebih sedangkan ada cara yang lebih selamat dan paling teruk pun muka akan menjadi sedikit kuning berbanding biasa (ini akan hilang setelah empat jam begitu).
Terdapat masker yang mampu memberikan wajah anda kecerahan yang anda mahukan. Masker ini memerlukan anda untuk menggunakan madu manuka, serbuk kunyit, oat dan lemon.
Madu Manuka berasal dari New Zealand di mana lebahnya mengambil sap dari pokok Tea Tree.
Kebaikan madu manuka:
a. Merawat jerawat dan parut
b. Melawan jangkitan kulit
c. Membersihkan liang pori sambil exfoliatingsecara natural
d. Mengekalkan kelembapan wajah
e. Menaikkan keserian dan kelembutan kulit wajah
Serbuk kunyit pula adalah rempah yang bukan sahaja untuk makan ya! Masyarakat kaum India telah lama menggunakan serbuk ini dalam rutin kecantikan mereka.
Kelebihan serbuk kunyit:
a. Mengurangkan kemerahan
b. Merawat breakout
c. Membantu menyamarkan bintik hitam
d. Mengurangkan kesan parut dan juga pigmentasi
e. Membantu menyembuhkan psoriasisdan eczema
f. Mencerah dan menyamaratakan
g. Anti-radang
Jus lemon sememangnya terkenal dengan pelbagai kebaikan. Penuh dengan vitamin C yang membantu mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Ia juga memiliki properti anti-bakteria yang menghalang breakoutsdan seterusnya menjadi agen pengelupasan natural untuk mencerahkan wajah.
Bahan terakhir adalah oat yang mana ia menjadi bahan pelembap masker ini, juga menjadi agen pengelupasan dan pelembut wajah. Jika anda mahukan masker yang lebih refine, hancurkan oat sehingga menjadi serbuk.
Resepi masker:
3 susu besar oat (kisar sehingga menjadi tepung jika anda mahu)
1 sudu besar madu manuka
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji lemon
Cara penyediaan dan aplikasi:
a. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
b. Sapu pada wajah di sinki (untuk elakkan dari mengotori baju anda).
c. Biarkan masker selama 15 – 20 minit.
d. Basuh dengan lembut dengan air suam.
*Anda mungkin perlu membasuh wajah beberapa kali untuk menghilangkan kesan kuning dari kunyit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI