Isi Kandungan
Toggle- Apabila sudah menginjak dewasa ini pasti banyak pelaburan yang perlu dilakukan. Kadang-kadang susah juga untuk membuat simpanan sendiri kerana kos perbelanjaan sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar. Bagaimana mahu membuat simpanan jika begini?
Melalui thread yang dikongsikan di twitter oleh @worknco, mereka telah berkongsikan cara untuk mengumpul sebanyak RM496 dalam masa sebulan. Jom kita lihat caranya!
Mulakan dengan RM 1 sahaja.
Boleh buat dengan sesiapa sahaja. Sangat bagus dilakukan oleh mereka yang bakal berkahwin.
Yang penting niatnya harus ada untuk menyimpan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Sementara itu, lelaki ini turut berkongsi pengalamannya yang telah berjaya kumpul selama 53 minggu.
Mudah rupanya cara ini. Taklah kita berasa keseorangan kerana kita boleh ajak pasangan atau sesiapa yang kita mahu untuk mengumpul simpanan bersama. Pasti suatu hari nanti kita akan tersenyum melihat hasilnya. Semoga terus istiqamah semua!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jangan Harapkan Bridesmaids Sebab Mereka Bukan Amah, Tapi Rakan Yang Baik Pasti Bantu’-Tasha Manshahar
Isi Kandungan
ToggleKita memang akan selalu nampak kelibat bridesmaids atau pengapit sewaktu di majlis perkahwinan. Kebiasaannya bridesmaids ini terdiri daripada kenalan atau teman rapat pengantin sendiri yang sepatutnya berperanan bagi membantu pengantin di hari istimewanya.
Tapi, betul ke sebenarnya bridesmaids ini kebanyakannya langsung tidak menolong pengantin sebaliknya hanya tahu melaram sahaja?
Baru-baru ini Tasha Manshahar telah memuat naik gambar di laman instagramnya dan meluahkan betapa beruntungnya dia dikurniakan sahabat-sahabat yang menjalankan tanggungjawab sebagai bridesmaids dengan baik.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Bridesmaids datang awal tapi balik lambat!
I had the best bridesmaids for my wedding. Alhamdulillah. Dorg sama-sama ketibas dengan tuan rumah malah lebih teruk ? Dari preparation, berinai, nikah sampai selesai majlis resepsi, they helped me alot! They came early balik lambat. Makesure barang-barang keperluan pengantin cukup. Siap ada checklist. Tolong gosokkan baju yang besar dan berat tu. Remind me to eat, to have a good rest. Tolong family i prepare mana yang patut. Atleast sesiapa of them mesti ada near me masa majlis just incase i needed anything. Jagakan barang. Siap tolong nyahhh kan orang-orang atau perkara-perkara yang boleh buat i moody ? I cuma sediakan baju, tudung utk dorg, yang lain dorang buat sendiri sebab taknak i pening kepala uruskan dorg pulak. Paling penting dorg buat i sentiasa tenang, tak bagi i overthinking pada hari kejadian by saying — “This is your day, cherish every moment. Kita dah plan sebaik mungkin, now you relax. Dont worry, part kau dah setel, sekarang ni kau kahwin je, kitorang pulak buat our part”. Thank you! :’)
Kawan yang baik selalunya akan menawarkan bantuan.
Kita pn sbnrnya tak boleh harapkan bridesmaids utk buat kerja sbb dorg bukan amah. Tp kawan baik selalunya akan offer utk bantu. Sbb dorg nak raikan kita, nak feel moment tu dengan kita. Thats why selalunya bridesmaids adalah dari kalangan kawan baik. Tapi kalau boleh kawan tu pilih yang tak ada komitmen kerja/anak kecil, yg sihat, yg duduk pun area berdekatan atau yg boleh adjust mengikut kesesuaian, sbb kita taknak sampai kita pulak membebankan dorg. So sama2 kena saling memudahkan.
_
Tipu la kalau kita buat majlis kita tak nervous. Kot ada apa-apa yang jadi luar jangkaan kan. Tapi doa byk-byk Allah mudahkan, cukupkan. Kita cuba sediakan yang terbaik untuk tetamu ikut kemampuan kita, niat nak jamu nak sedekah makan, nak kongsi berita gembira, inshaAllah majlis akan lancar. Tetamu-tetamu yang hadir pun inshaAllah berlapang hati, happy dan doakan kebahagiaan pengantin. Tu paling utama. Terima kasih tak terhingga kepada @restuayahandaevent @royalepalace dan semua yang terlibat sebab beri kerjasama terbaik dan dah sama-sama usaha utk sediakan yang terbaik untuk majlis saya haritu! ✨
Betullah apa yang Tasha sampaikan itu. Rakan seharusnya menolong memudahkan urusan rakan lain. Jika kita membantu mereka, pasti urusan kita akan dipermudahkan juga nant i!
kredit : instagram @tashamanshahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Bertudung BUNGA CITRA LESTARI Ketika Tunai Umrah Bersama Suami, Anak & Ibu Raih Tumpuan!
Pada malam terakhir 2023 baru-baru ini, Bunga Citra Lestari atau BCL menunaikan ibadah umrah bersama suami, Tiko Aryawardhana.
Turut serta ialah anak lelaki BCL iaitu Noah Sinclair dan ibunya Emmy Syarif.
Momen tersebut digunakan sebagai peluang untuk BCL bermuhasabah dan berdoa di tanah suci di samping meluangkan masa berharga sebagai isteri.
Apa yang menarik perhatian wargamaya ialah penampilan BCL yang bertudung.
Malah, mereka berpendapat BCL nampak lebih cantik dan anggun apabila menutup aurat. Banyak doa yang dipanjatkan agar BCL terus kekal bertudung selepas pulang daripada umrah.
Mengakhiri 2023 Dengan Umrah
Selepas berbulan madu di Bali baru-baru ini, BCL dan Tiko memilih untuk menunaikan ibadah umrah pada ambang tahun baharu 2024.
Mereka menghabiskan hujung tahun 2023 dengan beribadat di tanah suci sebagai pasangan suami isteri.
Mereka kelihatan gembira menjalankan ibadah tersebut pada malam tahun baharu.
Tunai Impian Allahyarham Ashraf Sinclair Yang Tak Kesampaian
Pada masa sama, Tiko berjaya merealisasikan impian Allahyarham Ashraf Sinclair untuk membawa BCL menunaikan ibadah umrah.
Ternyata usaha Tiko itu telah menyentuh hati wargamaya yang kemudiannya mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
BCL berkahwin dengan Tiko Aryawardhana di Amankila Resort, Kabupaten Karangasem, Bali pada 2 Disember 2023. Tiko mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Untuk rekod, BCL mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Ashraf Sinclair pada November 2008.
Namun, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan yang kini berusia 14 tahun.
Kredit Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Senarai Barangan Daiso Yang Best Untuk Kegunaan Rumah. Anda Wajib Dibeli!
Isi Kandungan
ToggleJika menjejakkan kaki sahaja ke kedai Daiso, kita mesti akan hilang arah! Mana tidaknya, segala barang yang dijual di situ nampak sangat menarik dan lain daripada yang lain. Bukan itu sahaja, barang-barangnya juga sangat berguna dalam kehidupan seharian.
Jika anda keliru tak tahu nak membeli yang mana satu, bolehlah lihat barang yang dicadangkan oleh Azlin Ramli ini. Semuanya best!
Halau segala nyamuk!
2. Mudahkan kerja pembuangan sisa sampah
3. Haaa tisu basah untuk mop lantai pun ada!
4. Tak payah nak berkejaran dengan tikus dah bila guna perangkap ni
5. Lebihan minyak masak akan lebih mudah untuk dibuang apabila dikeraskan
6. Sinki takkan tersumbat lagi bila menggunakan perangkap rambut ini.
kredit: Azlin Ramli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI