Ini Cara Inginkan Mekap Persis Jurusolek Profesional, Hanya Dengan 10 Makeup Brush Terbaik Ini.

Share

Sesetengah daripada anda yang gemar bersolek, pasti menggunakan makeup brush untuk menatarias wajah. Untuk menerapkan foundation, blusher, hingga ke alis tentu memerlukan berus sebagai aplikator. Makeup brush yang lengkap akan membantu anda ketika mengaplikasikan alat solek. Jadi, sudahkah anda sudah memiliki koleksi brush yang tepat?

Kami menyedari bahawa dengan banyaknya jenama yang di pasaran, membuat anda bingung untuk memilih Makeup brush yang tepat. Untuk itu, hijabista kongsi tip memilih dan cadangan set yang terbaik di pasaran agar mekap seperti sentuhan jurusolek profesional.

Cara memilih makeup brush set

Dalam memilih makeup brush, ada beberapa poin yang perlu anda perhatikan. Di bawah ini, kami akan menguraikan caranya agar anda memilih makeup brush mengikut kesesuaian penggunaan.

Pilih berdasarkan bahan bulu

Bahan utama pembuat makeup brush ada dua jenis iaitu bulu semulajadi (bulu haiwan) dan bulu dari serat sintetik. Untuk bulu semulajadi, kelembutannya tergantung pada jenis bulu haiwan. Bukan itu sahaja, kelembutan tiap berus juga berbeza satu sama lain bergantung fungsinya.

Salah satu bulu semulajadi yang sangat halus adalah bulu tupai. Bulu semulajadi yang keras atau kasar antaranya bulu kambing, mink, kolinsky sable, dan musang air. Di antara pelbagai bulu haiwan tersebut, bulu kambing yang elastik sering dijadikan berus kerana bahannya popular dan mudah digunakan.

Apabila Anda kuawatir alergi terhadap bulu haiwan atau memiliki kulit sensitif, gunakanlah bulu berus sintetik berbahan nilon. Ada juga makeup brush berbahan serat sintetik berkualiti tinggi seperti taklon yang terasa lembut di kulit. Pilihlah makeup brush yang terasa lembut di kulit agar selesa digunakan.

Semak jenis dan kelengkapan berus dalam satu set

Meskipun disebut makeup brush, sebenarnya brush terdiri dari pelbagai jenis dan fungsi. Ada baiknya anda semak jenis makeup brush yang terdapat di dalam set produk yang hendak dibeli.

Biasanya, satu set sederhana berisi beberapa brush

yang umumnya terdiri dari powder brush (berus bedak), blush brush (berus pipi), eyeshadow brush (berus untuk pembayang mata), eyebrow brush (berus alis), lip brush (berus bibir), hingga foundation brush (berus untuk alas bedak).

Sementara itu, dalam set yang lebih lengkap, ada juga beberapa brush tambahan dengan fungsi yang lebih spesifik. Contohnya contour brush (berus kontur untuk shading gelap), highlight brush (berus highlight untuk shading terang), concealer brush (berus untuk concealer), dan sebagainya.

Jika Anda membeli makeup brush set berkualiti tinggi, pastikan mengganti berus secara berkala. Ini perlu dilakukan agar kualiti berus dan hasil riasan anda tetap maksima. Pastikan Anda memeriksanya sebelum membeli!

Pastikan set dilengkapi tempat penyimpanan

Kemasan bukan hal penting jika anda hanya memakai makeup brush di rumah sahaja. Namun, jika anda hendak membawanya travel, pilihlah set yang sudah dilengkapi dengan case penyimpanan khusus. Pastikan tempat penyimpanan makeup brush sudah termasuk dalam set yang anda beli.

10 cadangan makeup brush set terbaik

Anda sudah mengetahui cara memilih makeup brush set yang tepat. Di bawah ini, kami akan mencadangkan sepuluh makeup brush set terbaik untuk anda. Pilihlah yang sesuai dengan keinginan

1. WJS UNICORN Professional Makeup Brush (10pcs)

PIC: Shopee Malaysia

Set murah untuk dimiliki oleh remaja

Jika anda mempunyai adik atau anak perempuan yang masih dalam lingkungan remaja tetapi gemar untuk mengenakan solekan, hadiahkan makeup brush ini. Walaupun berharga murah tetapi kualitinya juga setanding yang mahal. Bulu berus diperbuat daripada material fiber sintetik yang halal, halus, lembut dan semulajadi.

Pemegangnya tidak licin dan sangat ergonomik. Memudahkan anda untuk menyolek wajah tanpa perlu ‘grip’ dengan kuat.

2. Cerro Qreen Beginner Makeup Brush Set – Ruby Red (7pcs)

PIC: Shopee Malaysia

Set makeup terbaik untuk beginner

Lengkap dengan set makeup brush yang diperlukan dalam rutin solekan seperti eyeliner, eyeshadow, blusher dan eyelash, menjadikannya antara pilihan pengguna di pasaran.

Untuk anda yang baru mula berjinak menggunakan alat solekan, jenama Cerro Qreen ini direkomendasi oleh ramai pengguna beginner. Set makeup brush berkualiti tinggi ini tidak setanding dengan harganya. Dengan menggunakan pemegang kayu jenis eco-friendly dan diperbuat daripada bulu kuda padi semulajadi.

3. My Accessories 3D Multifunctional Brush

PIC: Watson Malaysia

Makeup brush multifungsi dari drugstore

Makeup brush yang diperbuat daripada bulu jenis Nylon Fiber ini mempunyai kegunaan secara multifungsi. Anda boleh menggunakan semasa mengaplikasi solekan asas ke wajah tidak kira samada jenis krim, cecair atau powder, berus ini dapat meratakannya ke seluruh wajah.

Bagi anda penggemar kecantikan, ianya terbaik untuk digunakan semasa melakukan teknik shading, highlight dan contouring. Kini wajah anda akan tampil lebih anggun!

4. Amaxmall Brush Blush

PIC: Watsons Malaysia

Brush makeup untuk pipi terbaik dan animal cruelty-free

Direka khas untuk remaja dan Halal untuk digunakan oleh pengguna muslimah kerana ianya diperbuat daripada bahan bebas haiwan. Diperbuat daripada 100% bahan sintetik semulajadi, blusher dari jenama ini dapat meratakan rona ke seluruh pipi anda tanpa perlu aplikasikannya berulang-kali.

Ingin kulit pipi anda tampil rosy-cheeks? Tiada masalah. Gunakan sahaja makeup brush dari Amaxmall ini.

5. Sendayu Tinggi Double Ended Brush Set

PIC: Lelong.my

Set makeup brush dari jenama lokal – vegan dan mudah bersolek

Vegan makeup brush ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan cruelty-free. Solekan juga mudah menyerap pada kulit wajah jika anda menggunakan berus dari jenama tempatan ini.

Sendayu Tinggi sudah lama bertapak di dalam pasaran Malaysia yang memperkenalkan set penjagaan kulit wajah. Kemudian, ST mengeluarkan set solekannya sehingga menjadi kegemaran ramai wanita. Kini, rangkaian terbaru set berus mekap dari ST yang dilengkapi 7pcs dalam 1 set, memudahkan wanita untuk bersolek pada bila-bila masa sahaja.

6. Innisfree Beauty Tool My Foundation Brush

Brush makeup terbaik untuk meratakan krim asas (foundation)

Anda akan tampil yakin dan menawan selepas mengenakan solekan lebih tepat dengan teknik yang betul. Blending foundation pada kulit wajah tidak lagi menjadi masalah dengan makeup brush dari Innisfree ini. Ianya akan membuatkan wajah anda kelihatan glowing dan tidak bercapuk semasa mengaplikasikan solekan. Dengan kemasan akhir matte, brush makeup ini dapat menutup cela yang tampil pada kulit wajah.

7. CS MAKEUP.MY The Professional Eye Makeup Brush (10pcs)

Set makeup brush untuk mata agar tampil lebih menawan

Direka khas oleh CS Makeup.my, makeup brush ini terbaik untuk menampilkan mata yang menawan. Diperbuat daripada material seperti bulu yang diambil daripada kuda padi dan kambing, ianya dijamin halal untuk pengguna muslimah. Terdapat 10 jenis berus, anda boleh lakukan shading, conceal, highlight dan blending dengan sempurna.

8. Rae Morris Lip Brush

PIC: Pinterest

Makeup brush yang lembut untuk bibir dan wajib dimiliki

Berus bibir dari Rae Morris ini merupakan berus multifungsi yang boleh juga digunakan sebagai concealer brush. Tip yang lembut dapat memberi bibir yang diidamkan oleh anda samada berbentuk curvy atau pointy. Berus bibir ‘must-have’ ini harus dimiliki sekarang juga!

9. Fenty Beauty Sculpting Bronzer Brush 195

PIC: Pinterest

Makeup brush khas dari Sephora – berkualiti bagus

Diperbuat daripada bahan sintetik yang tidak akan menyebabkan iritasi atau kerengsaan pada kulit wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Siapa yang tak kenal dengan jenama keluaran penyanyi antarabangsa Rihanna ini? Fenty Beauty terkenal dengan rangkaian krim asasnya yang lebih kepada kulit wanita gelap dan sawo matang. Kini, rangkaian makeup brush dari jenama sama mula mendapat tempat dikalangan MUA. Bentuknya direka tirus untuk membolehkan wajah anda ‘terukir’ dengan sempurna.

10. dUCk Brush Up Face Brush Set

Sesuai digunapakai semasa mengenakan bedak asas

Brush makeup dari jenama dUCk ini direka terbaik untuk anda menggunakannya semasa melakukan teknik blending agar ianya memberi litupan penuh (full-coverage) pada kulit wajah. Didatangi dalam 6pcs berbeza seperti Flat Foundation, Buffing, Plush Powder, Angled, Blusher dan Fan Brush yang sesuai digunakan untuk meratakan bedak atau krim asas pada wajah.

Sesuai untuk kegunaan semasa travelling, menjimatkan ruang penyimpanan dan ringan dibawa kemana sahaja.

Cara menjaga makeup brush

Makeup brush akan selalu bersentuhan dengan kulit anda dana amat penting untuk menjaga kebersihannya. Setiap kali selesai digunakan, anda boleh membersihkan dengan tisu basah, tetapi tidak semua kotoran dapat dibuang. Oleh itu, bersihkanlah secara berkala tiap 1-2 minggu sekali agar kebersihannya tetap terjaga.

Gunakan sabun khas makeup brushes untuk membersihkannya. Bilaslah ujung bulunya dengan air suam yang sudah dicampur sabun. Tidak perlu membersihkan hingga ke pangkal berus kerana area tersebut penuh dengan gam pelekat. Jika sabun terkena pada gam pelekat yang terdapat di pangkal berus, gam pelekat akan kurang. Akibatnya, bulu-bulu berus akan cepat tercabut.

Setelah selesai dibersihkan, bilaslah secara menyeluruh, lalu keringkan agar tidak lembap. Apabila jangan mengeringkannya secara langsung dengan sinar matahari atau hair dryer, bulunya akan rosak. Jadi, hindarilah cara tersebut! Makeup brush anda merupakan item berharga yang perlu anda rawat dengan betul agar boleh digunakan untuk jangka panjang barulah mekap seperti jurusolek profesional.

Senarai make up brush cadangan dari productnation.

 

 

 

Published by
SH