Personaliti ini bukanlah dari kalangan public figure, tetapi dia mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Mungkin suatu ketika dulu pernah berkongsi hidup bersama personaliti popular di sebuah stesen televisyen. Nama Farah Lee sebelum ini juga jadi viral rentetan beberapa isu yang diperkatakan media di lamam sosial. Namun ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak melatah apa yang diperkatakan, malah terus kekal bersemangat menjalani kehidupannya di samping anak perempuannya yang sangat comel dan ‘cheeky’.
Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli yang juga seorang blogger popular ini dianggap sebagai ikon muda yang tidak pernah putus asa, sentiasa bersemangat dan kehidupannya sentiada dalam aura positif. Dia juga merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal di Inha University, South Korea.
Mempunyai follower
di laman instagramnya hampir 500K, Farah juga sering memuatkan kata-kata motivasi dan positif dalam postingnya yang memberi inspirasi kepada hijabi muda.Sakit penat macam mana pun, keep buat baik, sebab dengan keadilan Allah, kebaikan akan datang berlipat kali ganda lagi pada kita. #FLwrites
Untuk kekal di dasar, Atau kutip mutiara, timbul, dan sinar yang gusar. #FLwrites
Rahsia Redha memaafkan, adalah sedar yang kau dan diaadalah orang, bukan Tuhan. #FLwriters
Bahagia datang bukan bila kau akhirnya berpasangan, tapi ia bila kau cukup, dengan apa yang ada di tangan. #FLwriters
Try harder, but it’s always okay if you end up needing help. #FLwriters
A secret to forgive — realise that we are all human, we are weak, we are not perfect; and that’s how Allah created us. #FLwrites
Setiap posting kata-kata motivasi yang dimuat turun juga akan mendapat respon baik dari followernya. Ramai menyukai cara Farah Lee mendidik dan mengingatkan pengikutnya
akashrahman Im inspired.. minta izin nk share @farahlee_ .. tq omma Maream
saffysafia_j Love it.. Ska ayat2 dr FL
dina_ilyana Indeed
fealoeffa_60 Nice word? very motivated
Suka melihat gaya dan penampilan Farah Lee yang sering dimuat turun di laman sosialnya. Cukup simple dengan outfit yang menampilkan gayanya sebagai wanita muda penuh dengan energi.
Jom kita lihat beberapa #OOTD Farah Lee sama ada ketika seorang atau bersama anaknya, Maream yang baru berusia 3 tahun 4 bulan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARAH LEE