Solekan yang cantik dan mulus adalah idaman untuk setiap para gadis dan wanita. Untuk mendapatkan ketahap itu, teknik solekan haruslah dilakukan dengan sempurna.
Namun, bertapa hebat dan terperinci pun solekan itu dibuat jika tidak mempunyai lapisan ‘asas’ yang kena pada kulit, solekan akan tampak lebih bercapuk!
Artikel berkaitan: Kulit Bak Porselin, Make Up flawless Dengan 12 Primer Cadangan Dan Ini Cara Terbaik Pilih Primer.
Primer menjadi salah satu produk yang cukup penting untuk mendapatkan solekan asas yang sempurna. Menurut The Health Site, ada terdapat beberapa sebab kenapa perlu gunakan primer sebelum mulakan solekan.
Untuk mengelakkan kulit anda terdedah dengan kotoran dan pori tersumbat, gunakan primer sebagai pelindung. Ini kerana make up yang tebal boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit dan merangsang pertumbuhan jerawat.
Menggunakan produk ini boleh membuatkan kulit terlihat lebih mulus dan licin. Tekstur kulit wajah yang agak ‘berlekuk’ juga boleh di sorok menggunakan primer
.Bagi anda yang inginkan solekan lebih lama, primer merupakan rakan baik untuk anda. Produk ini boleh mengekalkan solekan anda walaupun bekerja atau pergi kemana-mana pesta.
Artikel berkaitan: Rupanya Produk Primer Boleh Buat Rambut Jadi Lurus! Ini 5 Kebaikannya Pada Bahagian Tubuh Badan Anda!
Menggunakan hanya foundation akan membuat kulit anda lebih kusam. Adanya primer boleh berikan sedikit efek glowing pada muka anda!
Kulit berminyak menjadi punca utama solekan anda tidak tahan begitu lama. Jadi adanya primer ia boleh bantu untuk tahan solekan di muka dengan lebih lama kerana efek mattifying.
Sumber: The Health Site
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.