Bercuti ke luar negara seakan sudah menjadi trend bagi rakyat Malaysia. Walau sesibuk mana pun, anda perlu melupakan seketika masalah yang ada dan mencuri sedikit masa untuk menenangkan minda.
Jika sebelum ini anda tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke India, pasti fikiran anda berubah dan teringin mahu ke sana selepas melihat gambar-gambar percutian Suhaida Jamaludin yang dikongsi menerusi Facebook.
Tidak dapat dinafikan, India juga mempunyai tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Menurut Suhaida, anda perlu banyak membaca tip-tip penting sebelum terbang ke India. Suhaida turut berkongsi bajet serta itinerary selama 7 hari berada di sana.
Hi korang, dah lama travel baru kali ini ada masa nak update itinerary & semua kos perbelanjaan. Haha. Sorry lah sebelum nie balik travel jer terus masuk kelas, sama juga this time, sampai Malaysia terus masuk kelas Research Methodology, jet lag dalam kelas hoi!
Okay sebenarnya nak bagitau korang nak travel tak perlu duit banyak banyak, cukup ada geng travel ramai yg masuk kepala, dah dapat jimatkan kos! Tak payah ambik tour packages. Lantik sorang leader utk itenary & setelkan ticket flight, sorang bendahari utk collect duit. Lagi-lagi travel backpacking, dapat jimat 2-3k, yg penting dapat tgk pemandangan cantik luas terbentang real depan mata!
Nahhhhh itinerary I kasi untuk korang. Kalau follow sebiji ni InshaAllah macam tu lah kos yang kami spend selama 7 hari dekat India!. Boleh tengok cost yang kami spend dekat bawah, kalau pergi dengan agent travel confirm confirm package RM3000-RM5000 (sebab tu yg I tanya sbb jumpa 3 4 orang Malaysia dekat airport).
Ads
Kami hanya spend RM1,900 utk semua! 12 Orang Backpacker Buddies (terdiri dari adik beradik, suami isteri, kawan tempat kerja, kawan sekolah tadika, manager semua join) (21 March – 28 March)
Cost personal: 1. Flight KL – Delhi (Return) by Air Asia: RM490 2. Flight Delhi – Kashmir (Return) by Air India : RM300 3. Visa India : RM220 4. Collection Duit Makanan & tshirt : RM80 5. AXA Travel Insurance : RM49 6. Extra Luggage shopping ~~ RM100 Total Ringgit Malaysia : RM 1, 239.
Cost group 12 persons Backpacker Buddies: 7. Hotel 4 Night at Boat House for 6 rooms: 18, 600 rupee (RM1,100) 8. Hotel Paharghan 2 Night at Delhi for 6 rooms: 15,980 rupee (RM953) 9. Driver & Van Tour utk 4 hari dkt Kashmir & Airport : 13,200 rupee (RM787) 10. Total Aktiviti (Group Meals + Pengangkutan + Semua Entrance Fee + Semua Aktiviti) : Day 1 + Day 2 + Day 3 + Day 4 + Day 5 + Day 6 + Day 7 : 85,800 rupee (RM5,115)
Ads
Total 12 persons : 148,580 rupee (RM8, 858) Per person : 12,381 (Ringgit Malaysia : RM740)
Total Per person = RM1,979. (Flight + Penginapan + Makan Minum + Aktiviti + Pengangkutan)
Boleh cari penginapan yang selesa, bersih dan berpatutan di OYO Rooms. Muat turun app OYOdi smartphone anda di sini.
Day 1: KL – Delhi – Kashmir
Flight Air India kami delay, so terpaksa lah mereput 6 jam dekat Delhi Airport tanpa
WIFI!. Hahaha. Dah sampai Kashmir, memang ada transport pickup provided dari Boathouse yang kami sewa.
Okay korang jangan lupa isi form putih (Arrival form) dulu dekat kaunter before keluar airport.
Check in Golden Crest Boathouse, Dal Lake Srinagar. Letak2 barang mandi then terus bersiap kami punya driver bawak pusing2 Srinagar.
Boleh refer gambar Day 1.
Cost Day 1
Entrance Fee Chemasashi: 288 rupee
Sewa 1 simcard dgn Owner boathouse: 400 rupee
Lunch dkt Boat House: 3000 rupee
Mineral Water 15 bottles: 600 rupee
Total Day 1: 4,288 ruppee
Day 2: Gulmarg
Okay hari kedua, kami terus ke Gulmarg Valley, perjalanan mengambil masa 2 jam (54km).
Ambik package dengan tour guide yang datang dekat van kami. Dekat Gulmarg Valley nnti kena walking dlm 1km utk sampai ke Gondola. So kalau you all tak larat, boleh jer ambik Jeep utk bawakkan sampai dkt Gondola tu. Kami sampai jer Gulmarg dah ada tour guide offer package. Kami dah buat research awal2, package kami nak dalam 2,500 rupee. Tour Guide ON dengan harga kami!
Sampai dekat sini nanti you all boleh tengok berates ekor kuda, kuda ni yang kita akan ride utk sampai ke Baisan Valley (Mini New Zealand). Cuma agak kecewa dengan harga pakej yg di offer. 1,200 ruppee. Sbb research kami boleh dpt 700 rupee jer sebenarnye! Tapi sebab malas nak bertekak dengan guide, so just setuju jer. Kalau korang nak pergi nanti ambik yang ride no 1 jer, sebab dia akan tunjuk ride 1-2-3-4, kalau total tu boleh sakit badan korang! Ride kuda bukan macam ride motor, memang fuhhhh satu badan sakit. Horse riding ambik masa return dalam 3 jam, sebab kami picnic makan nasi dekat Mini New Zealand, ada entrance fee dlm 20 rupee!
Boleh refer gambar Day 3.
Cost Day 3
Horse Riding ke 4 point ( Baisan & et all): 1,200 rupee per person. Total: 14,220 rupee
Lunch utk 12 org: 3,125 rupee
Total Day 3: 17,345 rupee
Day 4: Sonamarg
Sebabkan dh sakit badan buat aktiviti horse riding dkt Pahalgham, so kami nak relax2 jer utk Sonamarg. Aktiviti poney riding tak de sbb heavy snow. Deal dgn ski bike pulak over budget. So gigih kami jalan naik sampai atas! Hahahah tapi memang puas hati sebab dapat lah lari2 dalam snow. Korang boleh pilih nak ambik sledge or x, tapi sledge pon sakit badan duduk atas tu lama-lama tunggu dia tarik.
Boleh refer gambar Day 4.
Cost Day 4
Lunch utk 12 org: 3549 Rupee
Tulip Garden 12 org: 708 rupee
Total Day 4: 4,257 rupee
Day 5: Kashmir – New Delhi
Pagi2 dah check out dari Boat House, sampai Delhi ambik train terus ke Metro Station tempat hotel kami menginap. Petang sikit kami decide untuk ke Pasar Chandi Chowk Market. Then surprise!!! Hahaha di Old Delhi nie, persekitaran memang kotor. Toilet open, boleh tengok review saya di post sebelum nie. Sempat kami jalan-jalan di Meena Bazzar & beli kebab terbaik dekat situ!
Boleh refer gambar Day 5.
Cost Day 5
Train dari Delhi Airport ke Hotel di area Paharghan utk 12 org: 600 rupee
Tuk-tuk dari Metro Station ke Hotel (3 Tuk-tuk): 600 rupee
Kalau dah namanya perempuan, anda tentu suka makan aiskrim kan? Lagi-lagi bila stress. Terus rasa tenang dan gembira. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama dan perisa aiskrim yang boleh anda dapatkan.
Menariknya, perisa aiskrim kegemaran juga boleh menggambarkan personaliti seseorang individu. Mungkin anda kerap merasa perisa aiskrim yang terbaru tapi pasti ada satu yang menjadi kegemaran anda.
Jom bongkar peribadi anda berdasarkan perisa aiskrim yang anda suka.
Vanilla
Mungkin aiskrim ini biasa-biasa sahaja pada anda, tapi individu yang sukakan aiskrim ini ternyata seorang yang berperibadi mulia, sederhana, suka memberi pendapat dan berani mengambil risiko terhadap idea yang diberikan.
Strawberi
Penggemar aiskrim ini dikatakan seorang yang boleh bertoleransi, setia, berfikiran logik dan bijak. Selain itu, anda juga dikenali sebagai seorang yang introvert.
Coklat
Anda yang sukakan aiskrim coklat dikategorikan sebagai seorang yang menggoda. Anda juga seorang yang lincah dan punya aura yang cukup memukau.
Mint Dengan Kepingan Coklat
Seorang yang bercita-cita tinggi, yakin pada diri, seorang yang berjimat cermat dan bijak mempertahankan diri.
Coklat Kacang
Anda dikatakan seorang yang agresif dan memikat. Selain itu, anda juga merupakan seorang pendengar yang baik dan fokus pada tujuan.
Kopi
Anda seorang yang periang, dan bersemangat dalam menjalani kehidupan anda. Anda tidak terlalu memikirkan masa hadapan dan hanya enjoy apa yang terjadi pada hari ini.
Vanila Dengan Kepingan Coklat
Peminat aiskrim vanila dengan kepingan coklat adalah seorang yang murah hati, berwibawa dan rajin bekerja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bertempat di restoran eksklusif The Roomah Publika, satu sidang media istimewa diadakan bagi mengumumkan beberapa agenda yang direncanakan oleh figura bidang kecantikan terkemuka tanahair, Dato’ Sri Alha Alfa.
“Syukur Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih buat semua rakan media dan teman-teman artis yang sudi hadir pada sidang media hari ini,” ucap DS Alha membuka bicara.
Selain giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama, ‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan, ‘Year End Sale’, keluaran terbaharu Alha Alfa Cosmetics, DS Alha juga teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa.
MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Jenama Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration.
DS Alha turut menerima pengiiktirafan bagi kategori individu atas pencapaian posting paling tinggi di Youtube.
Selain itu, produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.
Alha Alfa Cosmetics juga berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida dikenali sebagai Perfume AA X Umie Aida, termasuk rangkaian Perfume AA sendiri.
SINGLE ‘CINTA AGUNG’ BERSAMA ZARA ZYA
DS Alha mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single sebelum ini.
“Idea di sebalik penghasilan single ini timbul secara santai. Jujurnya, saya tidak mempunyai tujuan khusus untuk menghasilkan lagu ini. Zara Zya pun gemar berkaraoke. Kami juga mempunyai beberapa kenalan rapat yang digelar ‘geng karaoke’.
“Kebetulan saya berkawan baik dengan Yuka Kharisma, seorang penyanyi dan komposer terkenal. Saya pernah berseloroh meminta beliau menciptakan sebuah lagu.
“Tanpa diduga Yuka beritahu beliau telah menyiapkan sebuah single untuk saya, lantas saya terima pelawaan itu dan mengajak Zara Zya untuk berduet. Hakikatnya, lagu ini dihasilkan hampir setahun yang lalu. Kini, tiba masa kami luncurkannya,” katanya.
IMPIAN
Sebagai seorang usahawan kosmetik berjaya yang kini boleh dianggap sebagai selebriti, DS Alha memberitahu beliau hanyalah seorang usahawan biasa dan masih banyak lagi yang harus pelajari.
Beliau juga tidak berniat untuk menampilkan sisi lain Alha Alfa. Apa yang beliau lakukan hanyalah untuk memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.
“Penghasilan single bersama Zara Zya ini merupakan penghargaan saya terhadap beliau yang banyak membantu dan memberi sokongan sebagai seorang sahabat. Biarlah ia diabadikan menerusi sebuah karya yang indah.
“Fokus utama saya kini ialah memastikan Alha Alfa Cosmetics dapat bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa.
“Saya dan keluarga besar Alha Alfa Rich Legacy (AARL) berimpian untuk meletakkan Alha Alfa Cosmetics sebagai jenama kecantikan nombor satu di pasaran Malaysia.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bila cuaca panas ni selalunya tekak akan menjadi kering, ditambah pula apabila sedang menjalani ibadah puasa. Mesti sedap jika dapat basahkan tekak dengan Ais Krim Buah ala-ala yang dijual di Tanah Tinggi Cameron Highland tu kan?
Nak pergi Cameron jauh sangat, jadi apa kata anda buat sendiri sahaja di rumah! Bukan susah sangat nak membuatnya, hijabi hanya perlu membeli beberapa jenis buah-buahan. Di sini Hijabista kongsikan beberapa resepi dan cara membuat Fruit Ice Lollies yang berwarna warni, enak dan menyegarkan!
Mesti ahli keluarga yang lain pun suka, bila dapat basahkan tekak dengan pencuci mulut enak ini masa berbuka puasa nanti!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...