Kecantikan

Ini Aturan Yang Betul Minum Air Kosong Untuk Elak Perut Buncit, Kekal Sihat & Awet Muda

Share

Memang banyak khasiatnya minum air kosong. Malah ia adalah cara diet mudah dan bagus untuk elak pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, sebenarnya minum air masak ini juga ada caranya kerana silap minum perut boleh jadi buncit.

Oleh sebab itu orang tua selalu pesan jangan minum selepas makan, tunggu beberapa minit barulah boleh minum.

Nah, ini dia, empat cara minum air kosong yang patut kita amalkan. Jika diamalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik.

Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat akan membuatkan kita tampak awet muda.

Bangun Tidur

Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semula jadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.

Elok minum air suam 2 gelas sebaik bangun tidur.

30 Minit Sebelum Makan

Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.

Amalkan minum 30 minit sebelum makan.

Sebelum Mandi

Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.

Amalkan juga pengambilannya sebelum mandi.

Sebelum Tidur

Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.

Juga sebelum tidur kerana baik untuk kesihatan jantung.

Artikel Berkaitan: 14 Petua Semula Jadi Kekal Badan Maintain Slim

 

 

Published by
Siti Zurina