Setiap bulan, semua wanita yang normal akan mengalami kitaran haid dan ia memerlukan anda untuk memakai tuala wanita. Terdapat pelbagai jenama dan jenis tuala wanita yang berada di pasaran. Antara jenama yang popular adalah Kotex, Whisper, Libresse, Laurier dan banyak lagi.
Selain jenama, anda perlu tahu jenis-jenis tuala wanita yang ada di pasaran supaya tidak tersalah pilih di kemudian hari. Tersalah beli nanti, anda pula yang susah.
Slim Vs Maxi
Kadar haid setiap individu adalah berbeza. Ada yang sedikit dan ada juga yang banyak. Sekiranya darah anda sedikit, pakai sahaja tuala wanita jenis slim dan jika darah anda banyak, sebaiknya pakai tuala wanita yang lebih tebal iaitu maxi.
Pantyliner
Pantyliner adalah tuala wanita yang mempunyai ukuran yang lebih kecil dan nipis daripada tuala-tuala wanita yang lain. Selalunya, pantyliner akan digunakan sebelum dan selepas datang bulan.
Namun, anda tidak digalakkan memakai setiap hari kerana dibimbangi muncul bakteria pula.
Ekstra Panjang
Khusus untuk malam hari, anda digalakkan memakai tuala wanita ekstra panjang. Posisi ketika anda baring dan pergerakan sewaktu tidur akan menyebabkan pergeseran. Oleh sebab itu, anda memerlukan tuala wanita yang lebih panjang, sekitar 28cm – 40cm.
Dengan Sayap
Sesetengah individu suka memakai tuala wanita yang mempunyai sayap kerana ia akan melindungi bahagian tepi seluar dalam agar tetap bersih.
Tuala Wanita Bergel
Terdapat tuala wanita yang mengandungi gel. Fungsi gel tersebut adalah untuk memaksimumkan penyerapan agar permukaan tuala wanita tetap kering. Daya penyerapan gel adalah lebih tinggi berbanding kapas.
Pewangi Vs Tanpa Pewangi
Pantyliner dan tuala wanita yang dijual di pasaran juga ada yang mengandungi pewangi. Tujuan pewangi tersebut adalah untuk menutup bau yang kurang senang dari darah haid anda. Anda digalakkan menggunakan tuala wanita yang tidak mempunyai pewangi kerana pewangi hanya akan mengakibatkan iritasi pada kulit.
Tuala Wanita Reusable
Tuala wanita ini diperbuat daripada kain dan anda boleh menggunakannya kembali selepas ia dicuci bersih. Tuala wanita reusable ini dikatakan lebih sihat dan eco-friendly.
Walaupun ia diperbuat daripada kain, ia memiliki lapisan untuk meyerap serta anti-bocor. Sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI