Berhijab merupakan satu kewajipan bagi setiap wanita Islam. Dalam melakukan suruhan Allah, pastinya ada sahaja masalah yang berlaku. Normallah jika manusia dilanda masalah kan?
Masalah-masalah ini juga boleh menyebabkan hijabi moody sepanjang hari. Antara semua masalah ini, mana satu yang selalu anda hadapi?
1. Sisa Makanan Melekat Pada Tudung
Ini antara masalah yang selalu terjadi pada hijabi. Bila tengah makan, pasti ada sahaja makanan yang melekat atau terkena pada tudung terutamanya jika anda makan makanan yang berkuah. Tentunya ada sedikit percikan yang akan terkena pada tudung. Bila tudung kotor, secara tidak langsung mood anda pun terus hilang.
2. Kehadiran Tetamu
Ketika anda sedang seronok bersantai dan menonton televisyen di rumah, tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah dan anda perlu menutup kepala anda dengan kadar segera. Makanya, anda hanya menarik apa sahaja kain yang ada berhampiran anda untuk menutup kepala. Ahh, terganggu sungguh rasanya.
3. Kemeja Putih
Ketika sibuk membeli-belah, anda terjumpa kemeja putih yang sangat cantik. Lalu anda pun terus membelinya. Ketika tiba di rumah, baru anda sedar yang kemeja tersebut jarang. Boleh sahaja dipakai, tetapi perlu sarung inner baju terlebih dahulu. Pastinya lebih panas. Aduh, dilema sungguh.
4. Diganggu Lelaki
Siapa kata gadis berhijab terlepas daripada gangguan dan mata-mata nakal lelaki? Pasti ada sahaja lelaki yang mengganggu tidak kira anda berhijab atau tidak. Contohnya diganggu lelaki dengan memberi salam. Memang wajib menjawab salam tetapi kalau niatnya untuk mengacau, bagaimana pula ya?
5. Lupa Berwuduk Setelah Memakai Makeup
Baru sahaja siap pakai makeup tiba-tiba azan pun berkumandang. Aduhai, penat betul rasanya nak buang semula makeup yang dah dipakai tu. Jadi, jangan lupa untuk berwuduk dahulu sebelum anda memakai makeup kalau anda tidak mahu buat kerja dua kali.
6. Rekaan Baju Ditutup Oleh Tudung
Rekaan baju dah cukup cantik dah tetapi ada rekaannya terletak terlalu atas hingga tertutup oleh tudung. Alahai, ruginya rasa. Design dah cantik tetapi tak nampak pula.
Apa pun, sebaiknya anda perlu memakai pakaian yang menutup aurat sesuai dengan imej anda sebagai seorang wanita Islam.
Sumber: cewekbanget.id