Uncategorized

Ini Amalan Lisa Surihani Untuk Kekal Jelita, Rahsianya Kena Selalu ‘Bermanja’ Dengan..

Share

Kecantikan aktress jelita, Lisa Surihani sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, sejak beliau memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya dengan mengenakan hijab, pengacara dan juga isteri kepada pengarah, Dato’ Yusry Abdul Halim ini semakin menjadi sorotan wargamaya meski tampil dengan gaya paling minimalis.

Meski sibuk menguruskan kerjaya sebagai pengacara, duta dan keluarga. Ibu kepada tiga cahaya mata ini sering tampil memukau dan meraih perhatian ramai dengan kecantikan yang semakin terserlah ketika mengenakan hijab. Selain itu, Lisa juga bijak memilih busana yang bersesuaian dengan imej muslimahnya kini.

Hijabista sempat menganalisa dan menyelidiki hantaran di laman Instagram Lisa Surihani dan mengenalpasti apakah rutin seharian yang sering dilakukan aktres ini untuk kekal jelita! Jom kita semak.

1. Jarang Kenakan Solekan

Solekan selalunya menjadi ‘teman karib’ bagi wanita kerana ia mampu merubah penampilan seseorang itu menjadi luar biasa. Solekan juga mampu meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. Tetapi sejak mula istiqamah berhijab Lisa dilihat semakin jarang mengenakan solekan yang tebal kecuali atas tuntutan kerja bagi menghadiri majlis-majlis formal. Malah, Lisa lebih selesa hanya mengoleskan perlindung sinaran UV (Sunscreen) agar dapat melindungi diri dari dimamah panahan mentari. Lisa juga hanya menaikan seri wajahnya dengan menggunakan maskara serta gincu yang dioles nipis pada wajah.

2. Jadikan Senaman Sebagai Rutin

 

Selain menjaga kesihatan kulit wajah. Lisa juga rajin melakukan senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana, semakin berusia semakin menjadi satu kewajipan untuk menjaga kesihatan tubuh badan jika tidak mahu merisikokan kesihatan. Hanya lakukan senaman ringan seperti turun naik tangga, brisk walking atau bersenam secara santai juga sudah memadai!

Artikel Berkaitan: Peminat Kagumi ‘Hijrah’ Lisa Surihani, Penampilan ‘Berseri’ Bak Bidadari Jadi Sorotan Netizen!

3. Sering Bermanja Dengan Suami & Anak

‘Happy wife happy life’ itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan kebahagiaan Lisa sejak mendirikan rumahtangga dengan Yusry sejak 11 tahun yang lalu. Malah, pasangan ini sentiasa kelihatan sangat sweet dan romantik dan mereka sering dilihat bersama-sama walau dimana pun.

Jelas terpancar kebahagiaan yang dipaparkan pasangan ini. Hasil perkongsian hidup bahagia merpati dua sejoli ini, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran tiga orang cahayamata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Mungkin inilah rahsia sebenar kejelitaan Lisa. Apabila bahagia maka dalaman pun gembira terpancar kecantikan dari jiwa ke wajahnya.

4. Pastikan Wajah ‘Bersih’ Sebelum Tidur

Apa yang Hijabista dapat kenalpasti. Lisa meskipun sibuk dengan tugasan alaupun sibuk memenuhi undangan pelbagai aktiviti, namun rutin yang satu ini tidak Lisa lupakan.

Lisa akan memastikan wajahnya dicuci sebelum masuk tidur. Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.

Sumber: Instagram Lisa Surihani

Artikel Berkaitan: Pernah ‘Tersungkur’ Dalam Penghijrahan, Ini Pendedahan Mengejutkan Lisa Surihani!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Haifa Nasir