Sebagai wanita, kita memang perlu menjaga rutin kecantikan kulit wajah. Namun lambakan pelbagai produk boleh membuatkan kita keliru yang mana satu pilihan terbaik. Dan jika salah pilih produk pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit wajah akan mengakibatkan ketidak selesaan pada kulit wajah, jangkitan kuman, iritasi atau kerengsaan hingga menyebabkan timbulnya jerawat.
Jadi pemilihan produk pencuci wajah yang betul akan memberikan kesan terbaik pada kulit wajah. Hijabista senaraikan produk yang terbaik untuk pencuci muka. Bukan sahaja mudah didapati terutama di drugstore, tetapi juga harga ditawarkan sangat berpatutan iaitu hanya sekitar bawah RM50 sahaja.
– Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak kerana ia merupakan non-comedogenic (tidak memblok loang pori) dan boleh digunakan sebagai ubat jerawat.
– Berfungsi memberikan kesan berbuih yang lembut pada kulit untuk singkirkan minyak, kotoran dan mekap tanpa meninggalkan kesan kekeringan pada kulit wajah.
– Harga mulai RM38.99
– Pencuci muka herba terbaik dari drugstore
– Diformulasikan dengan daun neem, kunyit dan vetiver untuk singkirkan kotoran pada wajah tanpa mengeringkan kulit.
– Produk bebas dari SLS, paraben dan bahan kimia yang boleh rosakkan system reproducktif seseorang.
– Harga mulai RM27.46
– Terbaik untuk lelaki kulit berminyak serta kusam.
– Bertindak sebagai age pencerah dan penghapus kulit kusam, wajah akan tampak berseri dari jauh.
– Terbukti berkesan lepas 4 minggu penggunaannya.
– Harga mulai RM11.85
– Pencuci muka dari bahan organik
– produk yang diformulasikan di Jepun dengan 100% tumbuh-tumbuhan organik.
– Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit berminyak cenderung berjerawat dan berfungsi sebagai pelembap buat anda yang berkulit kering.
– Harga mulai RM16.83
– Sesuai untuk kulit kusam, terbaik untuk mencerahkan kulit.
– Mampu untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit baru dengan membersihkan kotoran secara lembut pada kulit wajah.
– Dicipta khas untuk menghalang penghasilan minyak yang berlebihan serta tidak akan mengeringkan kulit.
– Harga mulai RM32.00
– Terbaik untuk kulit berjerawat, jeragat dan kesan parut
– Diformulasikan secara klinikal, produk ini non-comedogenic serta bebas kandungan sabun dan haruman.
– Kandungan 6% Ampho-Tensides, ianya membersihkan kulit anda dengan lembut dan berkesan menghapuskan kotoran dari alat solekan serta penghasilan sebum berlebihan.
– Harga mulai RM47.00
– Terbaik untuk kulit kombinasi
– Pencuci muka ini bebas alkali, memberikan cucian yang sederhana kepada kulit wajah dan sangat berkesan, malah memberikan cucian yang mendalam secara lembut terhadap pori-pori.
– Harga mulai RM49.80
– Pencuci muka diimport khas dari Korea
– Jenis berbuih yang berfungsi untuk menutup liang pori yang terbuka di kulit wajah.
– Kaya dengan mineral ini berfungsi untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit yang licin, mengembalikan kesegaran serta wajah anda tampak berseri dari jauh.
– Harga mulai RM33.00 10
– Pencuci muka sesuai untuk remaja yang baru sahaja mengenali dunia penjagaan dan kecantikan wajah.
– Teksturnya mengandungi bahan untuk mencerahkan, pengelupasan dan menghalang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
– Dengan matte sebagai sentuhan terakhir, kulit anda tampil berseri. Anda boleh lakukan aktiviti luar dengan penuh yakin.
– Harga mulai RM10.80
SUMBER: ProductNation.co
FOTO: GOOGLE – (TOP IMAGE SEBAGAI HIASAN)