Sebagai wanita, kita memang perlu menjaga rutin kecantikan kulit wajah. Namun lambakan pelbagai produk boleh membuatkan kita keliru yang mana satu pilihan terbaik. Dan jika salah pilih produk pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit wajah akan mengakibatkan ketidak selesaan pada kulit wajah, jangkitan kuman, iritasi atau kerengsaan hingga menyebabkan timbulnya jerawat.
Jadi pemilihan produk pencuci wajah yang betul akan memberikan kesan terbaik pada kulit wajah. Hijabista senaraikan produk yang terbaik untuk pencuci muka. Bukan sahaja mudah didapati terutama di drugstore, tetapi juga harga ditawarkan sangat berpatutan iaitu hanya sekitar bawah RM50 sahaja.
1. Cetaphil Oily Skin Cleanser RM38.99
- Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak kerana ia merupakan non-comedogenic (tidak memblok loang pori) dan boleh digunakan sebagai ubat jerawat.
- Berfungsi memberikan kesan berbuih yang lembut pada kulit untuk singkirkan minyak, kotoran dan mekap tanpa meninggalkan kesan kekeringan pada kulit wajah.
2. Himalaya Purifying Neem Face Wash RM27.46
- Pencuci muka herba terbaik dari drugstore
- Diformulasikan dengan daun neem, kunyit dan vetiver untuk singkirkan kotoran pada wajah tanpa mengeringkan kulit.
- Produk bebas dari SLS, paraben dan bahan kimia yang boleh rosakkan system reproducktif seseorang.
3. GARNIER MEN Turbolight Oil Control Anti-Impurities Charcoal Foam RM11.85
- Terbaik untuk lelaki kulit berminyak serta kusam.
- Bertindak sebagai age pencerah dan penghapus kulit kusam, wajah akan tampak berseri dari jauh.
- Terbukti berkesan lepas 4 minggu penggunaannya.
4. EVERSOFT Gingko & Yuzu Cleansing Foam RM16.83
- Pencuci muka dari bahan organik
- Produk yang diformulasikan di Jepun dengan 100% tumbuh-tumbuhan organik.
- Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit berminyak cenderung berjerawat dan berfungsi sebagai pelembap buat anda yang berkulit kering.
5. NARUKO Raw Job’s Tears Supercritical CO2 Pore Minimizing & Brightening Foaming Wash RM32.00
- Sesuai untuk kulit kusam, terbaik untuk mencerahkan kulit.
- Mampu untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit baru dengan membersihkan kotoran secara lembut pada kulit wajah.
- Dicipta khas untuk menghalang penghasilan minyak yang berlebihan serta tidak akan mengeringkan kulit.
6. EUCERIN Pro-Acne Solution Cleansing Gel RM47.00
- Terbaik untuk kulit berjerawat, jeragat dan kesan parut
- Diformulasikan secara klinikal, produk ini non-comedogenic serta bebas kandungan sabun dan haruman.
- Kandungan 6% Ampho-Tensides, ianya membersihkan kulit anda dengan lembut dan berkesan menghapuskan kotoran dari alat solekan serta penghasilan sebum berlebihan.
7. Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml) RM49.80
- Terbaik untuk kulit kombinasi
- Pencuci muka ini bebas alkali, memberikan cucian yang sederhana kepada kulit wajah dan sangat berkesan, malah memberikan cucian yang mendalam secara lembut terhadap pori-pori.
8. Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam 150ml RM33.10
- Pencuci muka diimport khas dari Korea
- Jenis berbuih yang berfungsi untuk menutup liang pori yang terbuka di kulit wajah.
- Kaya dengan mineral ini berfungsi untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit yang licin, mengembalikan kesegaran serta wajah anda tampak berseri dari jauh.
9. OXY Pure White Wash RM10.80
- Pencuci muka sesuai untuk remaja yang baru sahaja mengenali dunia penjagaan dan kecantikan wajah.
- Teksturnya mengandungi bahan untuk mencerahkan, pengelupasan dan menghalang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
- Dengan matte sebagai sentuhan terakhir, kulit anda tampil berseri. Anda boleh lakukan aktiviti luar dengan penuh yakin.
SUMBER: ProductNation.co
FOTO: GOOGLE – (TOP IMAGE SEBAGAI HIASAN)