Bibir yang merah, sihat dan mungil menjadi idaman setiap wanita. Tetapi, terdapat sesetengah wanita mengalami masalah bibir hitam.
Tentunya anda malu dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya, aktiviti seharian yang kita lakukan juga boleh membawa kepada masalah ini.
Ketahui 7 kesalahan kecil yang anda boleh hindari supaya bibir tidak hitam.
Sebaiknya, hindari daripada memakai produk kosmetik yang murah kerana kualitinya yang agak meragukan. Jangan sesekali memakai gincu bibir yang sudah tamat tempoh. Bibir bukan sahaja rosak, malah boleh jadi hitam dan pecah-pecah.
Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh membawa kepada masalah ini. Contohnya, merokok serta minum minuman beralkohol. Biasakan minum air putih dan makan sayuran serta buah-buahan okay!
Kekurangan air akan membuatkan bibir kering dan pecah-pecah, akhirnya menjadi hitam. Perbuatan menjilat bibir juga perlu dihindari kerana ia akan membuat bibir menjadi lebih kering.
Kadangkala, bibir boleh menjadi hitam kerana alergi dengan sesuatu. Contohnya, ubat gigi yang anda gunakan. Hanya anda yang tahu tahap alergi anda kerana setiap orang berbeza-beza.
Diakui bahawa mengambil kafein akan membuatkan anda kembali segar. Tetapi, jangan ambil secara berlebihan. Kafein boleh menyebabkan bibir anda hitam dengan lebih cepat.
Bibir merupakan satu bahagian yang sensitif. Jadi, anda harus merawatnya dengan berhati-hati. Gunakan pelembap bibir serta skrub bibir untuk mendapatkan bibir yang lebih sihat dan tidak hitam.
Seperti yang anda sedia maklum, kulit akan menjadi tidak sihat sekiranya terkena matahari terlalu lama. Salah satunya juga akan membuat bibir menjadi hitam. jadi, gunakan pelembap bibir yang mengandungi SPF agar bibir tidak hitam.