Kadang-kadang kita mesti rasa kesempitan, ada saja benda yang tak cukup ataupun tak kena dalam hidup kita. Hmm, jika kita pernah melalui perkara sebegini, apa kata kita periksa amalan dalam kehidupan seharian kita.
Mungkin selama ini kita mengabaikan hal akhirat kerana terlalu sibuk mengejar dunia. Mulai sekarang, mari kita lakukan amalan-amalan ini dalam kehidupan seharian. Bukan sahaja mampu menjemput rezeki, malahan dapat memudahkan segala urusan dalam hidup kita semua.
Jangan hanya jaga hubungan dengan manusia tapi ingatlah siapa sebenarnya yang memberi.
InsyaAllah jika kita sering amalkan, segala yang baik-baik akan datang pada kita. Pastikan niat sentiasa kena betul. Segalanya kerana Allah Taala!
kredit : twitter @srslysrhn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Dari India Ini Dedah Anaknya Gemar Didodoikan Dengan Alunan Zikir
Kisah wanita bukan Islam yang merupakan seorang penyanyi latar yang terkenal di Kerala, India ini pernah menjadi viral tidak lama dahulu.
Ini kerana Sitara Krishna Kumar yang memenangi anugerah lagu peringkat negeri sebanyak dua kali ini mendedahkan bahawa anaknya akan terlena jika mendengar alunan zikir nyanyiannya.
Dalam satu temubual, pengacara telah bertanya kepadanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anak perempuan kecilnya.
Sitara mengatakan ada banyak lagu yang dinyanyikan tetapi mengikut masa yang berbeza. Yang menjadi tanda tanya, anak kecilnya kerap mahukan satu lagu arab yang berbunyi begini…
Indah sekali alunannya itu. Sememangnya zikir Hasbi Rabbi ini boleh menenangkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sama-samalah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Pelindung Dari Segala, Terhindar Daripada Sihir & Kemudaratan Makanan
Doa adalah kekuatan umat Islam. Kita dianjurkan mendahului setiap perbuatan atau pekerjaan dengan doa yang turut disifatkan sebagai antara senjata mukmin sejati. Orang beriman dan beramal soleh meyakini doa akan mengiringi setiap perjalanannya, bahkan dengan melazimi amalan itu, ia akan merapatkan seseorang dengan Allah SWT secara rohani.
Berdoa juga tergolong dalam ibadah. Orang sentiasa mengamalkan doa dalam hidup juga dijanjikan ganjaran dan keberkatan bukan sahaja di dunia, malah lebih penting di akhirat kelak.
Doa Pelindung Dari Segala Kemudaratan
“Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim“
Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya. (Hr. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad)
DOA PENDINDING
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Doa yg dimaksudkan seperti sabdaan Rasulullah SAW adalah seperti berikut;
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
Tidak Beruntung, Menanggung Rugi.
Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal.
Berbahaya.
Melarat, Bertambah Payah.
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan.
KELEBIHAN beramal dengan doa ini.
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya.
Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali.
Insya’Allah, Allah SWT akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita. Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu.
Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ke tubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman.
Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah SWT dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah SWT. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut.
Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap.
Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yang asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini.
Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, menakut-nakutkan dan memudaratkan kita. Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari.
Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah SAW mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim via Pencinta Allah Dan Rasul Top image: Photo by Cotton bro from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penat Yang Puas! Licin Berkilat Rumah Mangsa Banjir. Kagum Dengan Usaha Fashionvalet
Isi Kandungan
ToggleKeadaan cuaca yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang bermula pada 17 Disember telah membawa kepada banjir terburuk negara sejak 2014. Hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa kawasan dari Klang ke Shah Alam dan lebih banyak lagi telah menyebabkan puluhan ribu rakyat Malaysia terkandas dan terdesak untuk mendapatkan bantuan.
Rakyat Malaysia berjiwa besar begitu juga nama-nama jenama lokal yang terkenal menghulurkan bantuan bukan sekadar kutipan wang atau barang keperluan, malah tenaga kudrat bersatu demi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir.
Fashionvalet dan lilit bukan jenama lokal yang asing bagi anda hijabi yang bergemar dengan pilihan busana modesty sesuai untuk hijabi. Tapi kita lupakan sejenak kegemaran anda si fashionista. Nah lihat usaha mereka membantu menghulurkan bantuan cukup luar biasa.
Kita Fund sentiasa ada untuk mereka yang memerlukan
dUCk bekerjasama dengan MyFundAction mengumpul dana untuk individu yang terkesan dengan bencana banjir. Kebanyakannya telah kehilangan rumah dan harta benda mereka dalam hujan yang melanda.
Menyasarkan sejumlah RM300,000 melalui Kitafund untuk membantu seramai mungkin mangsa. Dengan harapan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat Malaysia, wang yang terkumpul akan digunakan untuk segala bentuk keperluan dan keperluan yang diperlukan.
- Kit Kebersihan yang akan terdiri daripada peralatan mandian, Ubat & Topeng Muka
- Hidangan Panas kepada komuniti yang diperlukan
Sebarang jumlah sumbangan adalah dialu-alukan dan Kitafund juga akan menerima atas bantuan dalam bentuk apa pun. Sebagai tanda sokongan untuk kempen ini, Kitafund akan menderma 50% daripada yuran platform kembali kepada kempen. dUCk tidak mengambil sebarang peratusan daripada dana yang diperoleh. 100% daripada dana akan dikhaskan untuk MyFundAction untuk membantu orang ramai.
Bantuan dihulur ketika fasa berpantang
Umum ketahui Vivy Yusof baru melahirkan cahaya mata yang ke empat pada 22 Disember yang lalu dan kini Idris Ali Shah baru berusia sebulan. Namun pengasas jenama Fassionvalet tidak betah duduk di rumah ketika berpantang, lalu berusaha meringankan kerja kumpulan pekerja fashionvalet dan lilit woman.
Walaupun tidak mengembleng tenaga, cukup untuk keluar membeli barang keperluan cuci permulaan untuk melakukan kerja-kerja membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir.
Penat yang puas
Jika kita lihat hantaran gambar-gambar yang dimuat turun di media sosial pasti anda rasa terkesan dengan bencana yang menimpa mereka. Ya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nah! Fashionvalet menjemput anda menjadi sebahagian dari sukarelawan bersama membersihan kediaman mangsa bencana banjir. Anda boleh mengisi borang yang disediakan dihantaran layar cerita di akaun instagram lilitwomen dan fashionvalet untuk maklumat lanjut dan terkini. Mungkin wang bukan dari kemampuan anda tetapi cukup menghulurkan tenaga yang pasti boleh meringankan beban mereka.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI