Baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 39 semalam bersama keluarga tersayang, Datin Dr Halina Mohd Yunos telah berkongsi di laman Instagramnya mengenai enam nasihat yang akan beliau berikan jika bertemu dengan dirinya yang berusia 20 tahun.
Ujarnya, ketika berusia 20 tahun dia tidak pernah menyangka suatu hari nanti akan dikurniakan enam orang cahaya mata yang sangat dicintainya.
The 20 yr old me will never believe that one day I will have 6 children (2 lagi tiada dalam gambar) .. If I had the chance to tell something to the 20 year old me.. I will tell her..
1) To travel the world (because in 2020 there will be a pandemic, God knows when we can travel again..)
2) Save more / invest in something.. because things are really expensive in the future..
3) Spend more time with the parents.. because we are not getting any younger.. so are they..
4) Sedekah.. always sedekah..
5) Everything happens for a reason..
6) Wear sunblock everyday!!! 😁
Jelas Dr. Halina, enam nasihat itu adalah melancong ke serata dunia kerana pada tahun 2020 berlakunya pandemik covid-19, simpan lebih duit kerana barang menjadi sangat mahal di masa hadapan, luangkan masa bersama ibu bapa kerana mereka bukannya semakin muda, selalulah bersedekah, percaya segala yang terjadi ada hikmahnya dan pakai sunblock
setiap hari.Sememangnya nasihat yang diberikan ini sangat berguna untuk kita semua mengambil iktibar daripadanya. Hargailah setiap detik yang kita ada dan jangan sia-siakannya walaupun sesaat.
Buat Dr Halina, Selamat Hari Jadi kami ucapkan! Moga terus bahagia bersama keluarga tersayang dan terus memberi inspirasi buat kaum wanita di luar sana.