Baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 39 semalam bersama keluarga tersayang, Datin Dr Halina Mohd Yunos telah berkongsi di laman Instagramnya mengenai enam nasihat yang akan beliau berikan jika bertemu dengan dirinya yang berusia 20 tahun.
Ujarnya, ketika berusia 20 tahun dia tidak pernah menyangka suatu hari nanti akan dikurniakan enam orang cahaya mata yang sangat dicintainya.
The 20 yr old me will never believe that one day I will have 6 children (2 lagi tiada dalam gambar) .. If I had the chance to tell something to the 20 year old me.. I will tell her..
1) To travel the world (because in 2020 there will be a pandemic, God knows when we can travel again..)
2) Save more / invest in something.. because things are really expensive in the future..
3) Spend more time with the parents.. because we are not getting any younger.. so are they..
4) Sedekah.. always sedekah..
5) Everything happens for a reason..
6) Wear sunblock everyday!!! 😁
Jelas Dr. Halina, enam nasihat itu adalah melancong ke serata dunia kerana pada tahun 2020 berlakunya pandemik covid-19, simpan lebih duit kerana barang menjadi sangat mahal di masa hadapan, luangkan masa bersama ibu bapa kerana mereka bukannya semakin muda, selalulah bersedekah, percaya segala yang terjadi ada hikmahnya dan pakai sunblock setiap hari.
Sememangnya nasihat yang diberikan ini sangat berguna untuk kita semua mengambil iktibar daripadanya. Hargailah setiap detik yang kita ada dan jangan sia-siakannya walaupun sesaat.
Buat Dr Halina, Selamat Hari Jadi kami ucapkan! Moga terus bahagia bersama keluarga tersayang dan terus memberi inspirasi buat kaum wanita di luar sana.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Ini Kongsi Tips Elak Kecut Jari Jemari Musim Sejuk Di Tanah Suci Yang Boleh Ganggu Perjalanan Ibadah.
Mengerjakan umrah di masa sekarang tidak seperti zaman atuk dan nenek kita. Apatah lagi dari segi kemudahan dan pengangkutan juga berlainan dan amat berbeza. Jikalau dahulu kapal laut menjadi pengangkutan rasmi para jemaah, tetapi kini pelbagai syarikat penerbangan menawarkan perkhimatan pengangkutan unuk Jemaah yang berkunjung di tanah suci.
Hujung tahun antara fasa yang menarik menjadi kunjungan para Jemaah ke tanah suci Mekah dan Madinah. Meskipun kemudahan sudah bertambah mode nada juga perubahan yang ketara apabila mengunjungi tanah suci. Ramai para Jemaah mengerjakan umrah berkongsi bahawa cuaca di hujung tahun lebih sejuk dari biasa.
Ikuti perkongsian Hadayah Ahmad persediaan awal Jemaah untuk mengerjakan umrah hujung tahun di dalan entri facebook.
Alhamdulillah! Genap sebulan kami pulang dari Haramain. Pun masih rindu!
Khabarnya cuaca di Mekah kini mencapai 13 darjah celcius dan Madinah sekarang berada pada 8 darjah celcius. Lebih-lebih lagi bila waktu malam dan subuh. Sejuknya sampai ke tulang! Sampai kecut jari jemari! Semakin hari semakin sejuk sehingga Mac 2020 ini.
Betullah tu, apa-apa pun nikmat Allah. Rezeki buat kita juga yang belum Allah rezekikan merasa musim sejuk kat negara 4 musim yang lain, untuk dapat rasa musim sejuk kat Haramain. Kan?
Asbab perihatin pada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah pada musim sejuk ni, berikut adalah senarai barang-barang yang saya cadangkan mesti bawa dalam beg masing-masing untuk kesihatan, keselesaan dan keselamatan kita sepanjang di Haramain.
1. Baju sejuk.
- Bawa dan pakai baju sejuk yang tebal yang ada kat rumah tu. Usah ‘under estimate’ musim sejuk dekat Arab Saudi ni. Walaupun kita maklum ia lebih dikenali sebagai tempat yang panas sebab ia negara padang pasir, tapi bila musim sejuk, dengan siap berangin lagi, sejuknya memang tak boleh bawa bincang! Menggigil!
- Jadi, macam mana tebal pun kulit kita kat Malaysia ni tolonglah! Masa di Haramain waktu musim sejuk ni, tolong pakai baju sejuk untuk kesihatan diri. Bimbang kat sana kita kuatkan diri ok. Balik nanti, macam-macam penyakit boleh dapat. Tambah pulak dengan keadaan kita letih musafir, usaha pulun ibadah dan tak cukup tidur kan?
- Ada satu lagi tip. Untuk yang ada bajet lebih lah ni. Kalau tak nak pakai baju sejuk tebal, boleh usha kat kedai sukan untuk beli ‘thermal clothes’. Ia boleh bantu panaskan badan kita. Kita ikhtiar je mana yang mampu.
2. Bawa dan pakai sarung tangan.
- Yang paling bagus yang Thermal Glove juga. Tak cukup bajet? Takpe. Tak wajib pun beli yang mahal. Beli yang tebal kat Daiso RM 5 pun dah ok. Bila angin dingin kat sana bertiup nanti, baru kita tahu macam mana sejuknya cuaca kat sana. Rasa beku tangan dan kaki.
- Tidur pun sebaiknya pakailah stokin tebal walaupun berselimut.
3. Hand warmer.
- Ini ilmu baru saya belajar daripada ibu jemaah saya. Terima kasih banyak-banyak.
- Dua kali dapat ihsan pek ‘hand warmer’ daripada mereka. Best! Dapat bantu saya panaskan tangan dan muka. Beli di Daiso juga katanya. Rugi saya tahu lewat tentang ‘hand warmer’ ni. Rasa nak balik Malaysia je gi beli banyak-banyak untuk kongsi dengan jemaah lain. Hmm takpe. Benda ni akan masuk senarai ‘gajet wajib bawak’ untuk trip umrah musim sejuk kami tahun-tahun akan datang! Lain kali bukan setakat hand warmer, body warmer pun saya beli nanti
4. Stoking tawaf dan saie.
- Serius! Dalam cuaca sejuk macam ni, nak pijak lantai masjid pun rasa ngeri bila hanya pakai stokin biasa. Lebih-lebih lagi pada kawasan yang berhawa dingin! Sejukkk!
- Jadi, pakailah stokin tawaf dan saie yang tapaknya lebih tebal dan ‘anti slip’ untuk keselesaan kaki kita yang nak pakai banyak tenaganya.
5. Pencuci & pelembab muka
- Ini penting untuk pelihara kebersihan & kelembapan kulit muka kita. Tidak kira waktu musim sejuk macam sekarang atau pun musim panas di Haramain. Dua ni memang bff saya sewaktu kerjakan haji (musim panas tahun 2017) dan setiap kali pergi umrah.
- Bila muka kena angin sejuk tu, kulit muka kita akan terdedah dengan habuk, kotoran dan pasir halus yang lekat di muka. Ia juga jadi lebih mudah kering. Rasa tegang sangat kulit muka. Sakit rasanya bila kita biarkan tanpa beri dia perlindungan! So cuci sebersihnya dan spray pelembap muka dengan kerap ya! Boleh cari di ‘drugstore’ ikut bajet dan pilihan anda.
6. Pelembap bibir.
- Ini pun wajib bawa. Bibir kita akan mudah kering sepanjang kita di Haramain. Tak kiralah waktu musim sejuk atau pun panas. Nak cakap pun payah. Jika tidak diberi perlindungan, kulit bibir boleh terkopek dan akhirnya berdarah. Sakit tu!
- Jenama yang orang selalu beli ialah vaseline. Ikutlah selera dan bajet masing-masing juga.
- Pilihan saya? Lipmoist Rosella Naturel Kiss. Bebas bahan toksik! Selamat Insyaallah!
7. Losyen badan
- Ha yang ni pun wajib bawak tak kira musim juga.
- Bila musim panas, kulit kita akan mudah kering, rasa tegang dan jadi macam bersisik. Sakit rasanya.
- Bila musim sejuk macam baru ni, kulit lebih mudah kering, rasa tegang dan muncul pulak bintik-bintik merah kat kaki.
- Paling tak tahan, bila kita pakai stoking kaki dan tangan warna hitam, kita buka je stoking, kita akan dapat lihat ada bintik-bintik putih kat stokin kita. Ingatkan apa. Rupanya itulah cebisan kulit mati yang tanggal sendiri daripada kaki kita. Bila kita gosok je tangan kat kaki atau tangan, uish kulit tu boleh tanggal dengan sendiri tau.
- So bayangkan jika kita tak pakai langsung losyen? Jadi buatlah pilihan bijak.
Rasanya itu saja dulu perkongsian kali ini. Insyaallah lain kali kita kongsi-kongsi lagi. Semoga bermanfaat untuk semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telefon bimbit boleh membakar otak Anda, Awas Hijabi Yang Suka ‘Bergayut’ Sehingga Tertidur
Satu kajian telah membuktikan bahawa telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Ia juga menunjukkan tahap pendedahan telefon bimbit yang diletakkan berhampiran dengan kepala atau bahagian badan lain adalah lebih besar berbanding pendedahan pada bahagian badan lain.
Penggunaan peranti ini dengan kerap boleh meningkatkan risiko tumor otak sebanyak dua kali ganda. Kanak-kanak merupakan antara individu yang mudah mengalami pendedahan kadar radiasi yang tinggi kerana mempunyai tengkorak yang nipis serta saiz otak yang lebih kecil.
Berdasarkan penulisan di dalam sebuah portal, Healthy Children, ia turut menekankan tentang bahaya peranti ini terhadap kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang dan mencadangkan ibu bapa agar mengehadkan penggunaan telefon bimbit atau sebarang peranti yang mampu memancarkan radiasi daripada medan elektromagnetik (EMF).
Meletakkan peranti anda berdekatan dengan kepala anak-anak kecil berupaya menjejaskan sel otak mereka dan mengundang penyakit lain yang tidak diingini. Justeru itu, ibu bapa diminta untuk lebih prihatin dan mengambil input yang dikongsikan oleh Ayn Shariff sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sebelum ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang.
“Perkara ni kadang-kadang terjadi pada saya dan anak-anak.
Sambil-sambil tidurkan/susukan anak, sambil tu reply pm customer, kadang tu sampai tertidur. Sedar-sedar fon dok dekat dengan kepala anak.
Allah, time tu terkilan sangat.
Terkilan sebab teringat betapa tak bagus nya bila smartfon ni terletak berdekatan dgn kepala anak.
Tahu tak, kenapa tak eloknya smartfon ni kat bahagian kepala?”
Radiasi dari signal smartfon ni sangat bahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil sebab ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang (bayi 6 bulan ke bawah)
Antara risiko lain:
Risiko-risiko ni bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tapi juga orang dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan:
- Selesaikan segala urusan berkaitan telefon bimbit.
- Matikan wifi atau data.
- Letak telefon jauh daripada tempat tidur.
Petua menggunakan telefon bimbit dengan lebih selamat untuk keluarga:
• Hantar pesanan melalui mesej dan gunakan telefon bimbit dalam mod pembesar suara atau dengan menggunakan handsfree.
• Apabila bercakap di telefon bimbit, cuba pegang ia satu inci atau lebih jauh daripada kepala anda. Hanya lakukan panggilan yang penting dan pendek sahaja menerusi telefon bimbit.
• Elakkan membawa telefon anda pada badan seperti ke dalam kocek, stokin atau bra. Pengeluar telefon bimbit tidak dapat menjamin bahawa jumlah radiasi yang anda serap berada pada tahap yang selamat atau tidak.
• Jangan bercakap di telefon atau bermain mesej semasa memandu. Ini dapat meningkatkan risiko kemalangan kereta. Berhati-hati apabila menggunakan telefon atau menghantar mesej semasa berjalan atau melakukan aktiviti lain. “Kecederaan sewaktu berjalan” juga semakin meningkat.
• Jika anda merancang untuk menonton filem pada peranti, sebaiknya muat turun terlebih dahulu. Kemudian beralih ke mod pesawat semasa anda menonton untuk mengelakkan pendedahan radiasi yang tidak perlu.
• Perhatikan kekuatan isyarat (iaitu bilangan bar yang ada). Semakin lemah isyarat sel, semakin sukar telefon anda berfungsi dan semakin banyak radiasi yang dihasilkan. Lebih baik tunggu sehingga anda mempunyai isyarat yang lebih kuat sebelum menggunakan peranti.
• Elakkan membuat panggilan ketika berada di dalam kereta, lif, kereta api dan bas. Telefon bimbit akan bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan isyarat melalui logam, sehingga tahap kuasa meningkat.
SUMBER: SUARA MEDIA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susur Jejak Langkah Isteri Rasulullah! Hebat ‘Berniaga’ Kejayaan Vivy Yusof Inspirasi Muslimah Untuk Berjaya!
Figura yang satu ini memang cukup dikenali ramai. Kejayaannya menjadi usahawan dalam usia masih muda memang cukup dibanggakan rakyat Malaysia. Vivy Yusof atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof, 28 tahun adalah seorang model, blogger, ikon fesyen dan juga ibu kepada dua cahaya mata.
Bukan itu sahaja, Vivy juga antara perintis dalam dunia perniagaan dalam talian paling popular di Malaysia. Anak kelahiran Kajang ini merupakan pengasas bersama FashionValet, salah satu laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai label popular.
Ceburi Bidang Perniagaan Di Usia Muda! Kejayaan Vivy Cetus Fenomena Hingga Kini
Dia juga turut mengusahakan hijab label dUCkscarves yang sering mencetus fenomena dan jadi dambaan hijabi.
Kejayaan yang diraih wanita muda ini bukanlah mudah yang disangka. Vivy bermula dengan menulis di blognya sendiri, Proudduck.com dan telah mengelola laman blognya lebih tujuh tahun bermula dari zaman kolej ketika belajar di London.
Blog itu Vivy banyak bercerita mengenai kisah cinta, kerjaya, keluarga dan kini kehidupan hariannya sebagai seorang ibu. Ramai follower yang mengikut blognya dan dari situ Vivy mula mengumpul peminat tersendiri.
Sebenarnya Vivy tidak mempunya latar belakang dalam bidang perniagaan mahupun fesyen. Sebaliknya wanita kecil molek ini mengambil jurusan undang-undang dari London, ‘School Of Economics’, manakala suaminya pula adalah lulusan kejuruteraan penerbangan angkasa.
FashionValet mula beroperasi sejak bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan sahaja yang mengambil bahagian. Kini, Vivy dan suaminya mempunyai 30 orang pekerja dan stok barangan lebih dari 400 jenama dari serata Asia Tenggara.
FashionValet menawarkan pelbagai pakaian fesyen dan aksesori dari pereka karya seni tempatan dan luar negara seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk Till Dawn dan banyak lagi. Vivy mengakui bahawa harga produk yang dijual di FashionValet agak mahal tetapi mereka berpegang kepada prinsip menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
Sumbangan Sebagai Muslimah, dUCkscarves ‘Buah Tangan’ Vivy Untuk Hijabi
Tidak hanya berhenti di situ – sebagai seorang wanita Islam, Vivy mengembangkan perniagaannya daripada hanya menjual pakaian kepada mempunyai tudung jenama sendiri, selendang dUCkscarves.
Selain daripada itu, dia juga turut menjual peralatan alat tulis, iaitu alat tulis dUCk dengan pelbagai reka bentuk sesuai untuk pelanggannya yang kebanyakannya merupakan kaum wanita. Selendang dan alat tulis dUCk sentiasa menerima sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan dan sering habis dijual setiap sekali dilancarkan.
Ituah keistimewaan Vivy Yusof yang kini menjadi ikon fesyen. Mempunyai follower di laman instagramnya berjumlah 1.3 juta dan apa sahaja yang digayakan Vivy akan menjadi ikutan. Wanita ini cukup bijak bergaya dan istimewanya dia memperasa busana yang dijualnya sendiri.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, Vivy tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Pelbagai kejayaan diraih dan ia menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang memang menjadikan Vivy sebagai idola mereka.
Sumber: NEGARAKU, Intagram VIVY YUSOF
Artikel berkaitan: “Kalau Cari Di Google, Akan Keluar Tentang Haiwan Dulu..”- Vivy Terkejut Bila Anak Komen Nama dUCk!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI