Tahi lalat bukan ada di tubuh badan kita sahaja malahan ada juga di hijab atau pakaian. Tahi lalat pada hijab atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam. Mesti semua pernah menghadapi situasi baju ataupun fabrik dipenuhi tahi lalat atau kulat kan.
Kulat tumbuh pada pakaian berpunca akibat pakaian tidak kering atau lembap. Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kelembapan. Mungkin kita tidak perasan ada pakaian basah atau lembap di dalam bakul baju.
Jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini, pakaian tetap akan nampak kotor walaupun ianya sudah disental berulang kali. Nak pakai pun malu. Sudahnya tidak dipakai dan dibuang begitu saja.
Sebenarnya terdapat cara mudah untuk hilangkan tahi lalat pada hijab serta beberapa fabrik lain yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jimat dan berkesan.
Ikuti 5 tip berkesan seperti yang dikongsikan di bawah ini.
1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.
CARANYA: Campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
Ads
Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
2. BAKING SODA
Selain menggunakan cuka, boleh juga menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada hijab mahupun pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.
CARANYA: Membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian fabrik yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
Jika kulat masih belum tanggal, tambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!
Ads
3. JUS LEMON DAN GARAM
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
CARANYA: Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan hijab atau pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.
4. PELUNTUR
Peluntur (bleach’) adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!
Ads
Caranya: Larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.
Sebaiknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci hijab atau pakaian tersebut. Sekiranya hijab daripada fabrik satin dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.
5. VANISH
Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.
Caranya: Sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dilahirkan di Indonesia dalam keluarga yang begitu mementingkan kesihatan dan kecantikan diri terutama menerusi amalan tradisi turun temurun nenek moyang iaitu memakan jamu.
Pelakon Indonesia yang juga menantu tiri kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, si cantik Tya Ariffin dilihat tidak ketinggalan dan mempersiakan warisan itu menjadi amalan. Hijabi dambakan kecantikan dan kesihatan berpanjangan? Jom semak perkongsian Tya Arifin tentang amalan ‘rahsia’ turun temurun Miliknya!
Bagi Tya, semua insan bernama wanita tanpa mengira peringkat umur tidak perlu ada rasa takut untuk mengamalkan jamu. Malah, berkat usahanya kini lahir jutawan-jutawan wanita hasil dari menjual jamu. Ohsem!
Memilih untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang perniagaan apabila memilih untuk menjual jamu. Tya menepis spetikal orang jual jamu sekarang tidak seperti jual jamu di lorong-lorong kedai. Buktinya dia sudah membantu ramai sahabat-sahabatnya menjadi jutawan.
Mutyara Beauty hadir khas bagi mengubah skeptikal golongan wanita terutamanya yang melihat jamu hanya untuk santapan orang tua semata-mata. Malah. Ia juga dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat golongan wanita masa kini yang sibuk bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik.
Perniagaan ini yang dahulunya secara kecil-kecilan sambil dibantu suaminya, Ibu kepada si cilik popular, Arif Jiwa Asyraf ini melebarkan sayapnya dengan ada sokongan antara satu sama lain.
“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang ramai khususnya para wanita untuk mengembalikan tidak hanya kecantikkan malah kesihatan dan dalam masa sama, mengubah nasib mereka dengan menjana pendapatan lumayan.
“Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan di Mutyara. Tya mahu semua usahawan yang bernaung dibawah Tya rapat dan melangsungkan persaingan sihat. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa yang dibuat.
“Meski ada ketika berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Namun, apa yang boleh Tya katakan, saya gembira bersama keluarga Mutyara. Tya yakin usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kerana Tya berikan peluang sama rata kepada semua,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Kematian enam ahli bomba minggu lalu bukan sahaja memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga membawa pengalaman tersendiri buat pengacara Jimmy Shanley. Siapa sangka Jimmy juga pernah berdepan kejadian pahit ini apabila bapanya, Norjahan Saleh juga turut maut dalam kejadian di lombong di daerah yang sama kira-kira 34 tahun lalu. Bapanya ketika itu bertugas sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang maut dalam tragedi kapal korek terbalik pada 8 Ogos 1984.
Menurut Jimmy kepada mStar Online, kejadian menyayat hati mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga dilaporkan pada muka depan akhbat tempatan ketika itu.
Jadi apabila mendengar tragedi enam ahli bomba berkenaan yang maut membuatkan Jimmy bersedih dan terkenang kejadian membabitkan arwah bapanya.
“Saya sangat sedih dengan berita mengenai enam anggota bomba dan seorang pelajar maut di lombong kerana tragedi itu lebih kurang sama dengan apa yang terjadi pada keluarga saya.
“Arwah ayah saya ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang terkorban dalam tragedi kapal korek terbalik 34 tahun lalu.
“Setiap kali ada kes lemas, saya teringat ayah tapi tragedi anggota bomba itu lebih dekat dengan saya kerana kejadian berlaku di kawasan yang sama,” kata Jimmy kepada mStar Online.
Pada 8 Ogos 1984, sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd terbalik di sebuah lombong yang terletak di Batu 13 Puchong.
Kejadian menyayat hati itu telah meragut nyawa tujuh orang termasuk bapa Jimmy yang terperangkap dalam kapal korek berkenaan dan sukar dikeluarkan kerana mangsa tersepit.
Bagaimanapun mayat Norjan berjaya ditarik keluar dalam keadaan terlungkup dengan bantuan penyelam anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketika kejadian Jimmy baru berusia empat tahun dan peristiwa berkenaan akan sentiasa dalam ingatannya seperti diceritakan oleh ibunya dan akan mengingati detik 8 Ogos berkenaan.
Malah Jimmy juga turut masih mnyimpan keratin akhbar yang melaporkan tragedi membabitkan arwah bapanya tu.
Justeru Jimmy yang penah melalui kejadian sama berharap agar ahli keluarga mangsa lemas bertabah dan kuat melalui dugaan Tuhan.
“Orang yang melalui sahaja tahu betapa peritnya kehilangan orang tersayang. Apabila melihat anak-anak mangsa terkorban yang masih kecil itu menangis, ia sama seperti macam mana saya menangis ketika dimaklumkan berita kematian ayah sewaktu kecil dahulu.
“Saya faham perasaan mereka yang kehilangan seorang ayah ketika usia masih kecil. Saya berdoa agar ahli keluarga mangsa kuat dan tabah dengan ujian Allah,” katanya lagi yang sudah berkahwin lagi dan mempunyai dua cahaya mata.
Thailand memang destinasi syurga makanan. Siapa yang gemarkan makanan masam dan pedas pastinya akan jatuh cinta dengan hidangan dari negara tersebut.
Bukan hanya makanan, banyak juga lokasi indah lagi menarik yang boleh dituju di sana. Melancong di sana selama 7 hari ternyata memberikan pengalaman indah buat Mumin. Pasti ramai yang menyangka kosnya mahal, namun sebenarnya dia hanya menghabiskan lebih kurang RM 1 ribu sahaja tidak termasuk makanan untuk percutiannya ini. Wow!
Dia telah berkunjung ke Bangkok, Kanchanaburi, Krabi dan juga Hatyai sebagai lokasi transit.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...