Tidur merupakan salah satu cara terbaik untuk kita merehatkan tubuh setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti. Biasanya anggota badan akan kembali segar keesokan harinya apabila mendapat tidur yang mencukupi. Ternyata, dalam Islam tidur juga memiliki aturan dan adab tersendiri.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar selalu menghadap ke kanan ketika mahu tidur. Posisi tidur seperti ini tidak hanya sekadar sunnah, namun memiliki kebaikan jika dikaji secara perubatan.
Selain posisi tidur yang dianjurkan, ada pula posisi tidur yang sangat dimurkai Allah SWT. Bahkan disebut-sebut bahawa posisi ini merupakan ciri penghuni neraka. Ayuh, kita lihat cara tidur bagaimana yang patut dielakkan dan penjelasan di sebaliknya.
Ternyata posisi yang dilarang dan dimurkai ini adalah posisi meniarap. Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadisnya ketika Baginda mendatangi sebuah masjid. Ia melihat seorang yang tinggal di masjid Nabawi sedang tidur meniarap. Kisah yang diriwayatkan oleh Thakhfah Al-Ghifari RA salah seorang yang tinggal di Masjid Nabawi berkata,
“Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi telangkup. Lalu berkata: “Bangunlah dari telangkupmu, kerana tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah.” Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Rasulullah SAW, maka akupun kemudian bangkit.” [HR. Bukhari]
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW menjelaskan bahwa posisi tidur meniarap adalah posisi tidur para penghuni neraka. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bererti:
“Tidur meniarap adalah posisi tidurnya penghuni neraka.” [HR. Ibnu Majah]
Allah SWT dan Rasulnya tentu tidak akan melarang sesuatu hal jika hal tersebut berbahaya bagi manusia. Dari segi kesihatan, tidur dengan posisi ini juga berbahaya bagi tubuh sehingga Allah SWT melarang, bahkan memurkai posisi ini.
“Tidaklah Allah memerintahkan sesuatu kecuali padanya terdapat berbagai masalah yang tidak boleh diketahui secara menyeluruh” [Risaalah fiil Qowaaidil fiqhiyah hal. 41, Maktabah Adwa’us salaf)
Dalam ilmu perubatan moden juga membuktikan bahawa tidur meniarap memang berbahaya. Tidur ini dapat mengganggu pernafasan kerana otot dada dan organ pernafasan tidak dapat bekerja maksima kerana tehimpit. Dengan posisi tersebut dada akan tertekan dan membuat nafas menjadi sesak.
Selain bahagian pernafasan, tidur dengan posisi ini juga dapat menghimpit jantung. Dalam jangka waktu lama posisi seperti ini membahayakan kesihatan jantung.
Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain termasuklah:
Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang
Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.
Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang.
Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!
Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.
Sakit Leher
Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.
Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal.
Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak
Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut.
Fungsi otak juga boleh terganggu dengan posisi ini kerana aliran darah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, begitu pula ke otak menjadi terganggu kerana terhimpitnya jantung tadi.
Untuk itu, ikuti dan jauhilah semua yang dilarang Allah. Dia tidak akan melarang sesuatu hal yang baik, namun larangan tersebut semata-mata hanya untuk kebaikan hamba-Nya. Allah pemilik alam semesta dan semua ilmu pengetahuan, tentu Dia lah yang lebih tahu.
Menghadkan Pergerakan Janin
Apabila anda berbadan dua, sudah pasti si ibu harus peka untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup agar janin boleh membesar dengan sempurna. Tidur secara meniarap ketika hamil adalah tidak membahayakan bayi atau ibu namun, berat yang semakin bertambah pada bahagian perut sedikit sebanyak memberi efek pada stuktur tulang belakang si ibu.
Bahkan janin atau bayi dalam perut jika akan berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika ibunya tidak tidur meniarap. Kajian perubatan yang dilakukan sekitar 2012 mendapati, ibu mengandung yang tidur secara mengereng ke sisi sebelah kiri akan meningkatkan pengaliran darah baik yang menyalurkan oksigen secukupnya kepada bayi.
Wallahu alam.
SUMBER: infoyunik.com