Ini 10 #OOTD Wany Hasrita Yang Dikatakan Seperti Gaya Budak ‘U’ Tapi ‘Maintain’ Santun & Stailo

Share

Wany Hasrita antara artis baru yang begitu cepat naik dan diminati ramai. Popular dengan lagu Menahan Rindu dan kini single

kedua Rintihan Rindu. Ramai yang suka dengan penampilan Wany Hasrta ini yang cukup santun dan tampil cantik biarpun menggayakan hijab ala budak ‘U’ ataupun ‘orang kampung’. Dia tidak kisah dengan kecaman itu sebaliknya selesa dengan gaya yang digayakan sekarang.

Penyanyi ini yang akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu buat kali pertama tidak pernah terasa hati dengan kritikan yang diterima. Malah dia sedar sebagai ‘public figure’ sudah pasti apa sahaja yang dilakukan mendapat perhatian. Dia juga selesa dengan imej yang dibawakannya sejak menceburi bidang ini.

“Sejujurnya, saya tidak menggunakan khidmat stylist untuk menggayakan tudung seperti yang dilakukan oleh selebriti lain. Saya sedar ada yang berkata gaya tudung saya seperti ‘budak U’, gaya tudung saya hanya biasa-biasa tetapi sejujurnya, saya selesa dengan imej ringkas sebegini.

“Saya tak terasa hati apabila ada yang mulut yang mengata. Semuanya baik-baik sahaja selagi apa yang saya gayakan mengikut syariat dan menutup aurat,” kata Wany pada Astro Gempak.

Dalam masa yang sama, Wany bersedia untuk keluar dari zon selesa dalam penggayaan fesyen.

“Saya akan kekal menjadi Wany yang ringkas tetapi saya mahu keluar dari zon selesa dalam berfesyen jika terdapat sebarang acara yang mempunyai tema tersendiri, seperti contoh Anugerah Juara Lagu 32.

“Apa salahnya saya bergaya dalam sesetengah majlis yang memerlukan saya bergaya, asalkan busana yang akan saya sarungkan tidak melampaui batas dan menutup aurat.

Bagi admin, tiada masalah dengan gaya graduan dari Unversiti MSU ini. Ini kerana gayanya masih dalam santun dan tidak lari dari gaya seorang Muslimah.

HIJABISTA belanja #OOTD Wany Hasrita yang dikatakan seperti budak ‘U’ dan anda nilaikan sendiri.

#1. Simple

#2. Tetap cantik

#3. Stailo

#4. Vogue

#5. Gaya budak ‘U’

#6. Anggun

#7. Menawan

#8. Hijab dililit ringkas

#9. Sweet

#10. Gaya tersendiri

SUMBER: ASTRO GEMPAK

KREDIT FOTO: INSTAGRAM WANY HASRITA

 

 

Published by
Siti Zurina