Kisah blogger/model berhijab dari British ini begitu hangat diperkatakan beberapa minggu ini. Ini kerana beliau yang merupakan model hijab pertama dipilih untuk kempen produk kecantikan L’Oreal telah ambil keputusan menarik diri. Dia menyiarkan posting di laman instagramnya tentang pengunduran disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya sebelum ini. Ini kerana tweet yang ditulis pada 2014 ini dilabel sebagaia anti Israel dengan menyifatkan Israel sebagai haram dan negara jahat. Siapa sebenarnya blogger ini yang begitu lantang menyuarakan pendapatnya sebelum itu.
Ayuh, kita trivia mengenai Amena Khan yang begitu stailo dan cantik setiap kali muat turun foto di instagramnya!
1. Nama Amena Khan mula dikenali di kalangan hijabi setelah dirinya rajin membuat video di laman youtube sekitar tahun 2009 lagi. Dia rajin muat turun video tutorial hijab, mekap juga cara hidup sihat yang diamalkannya.
2. Dia bukan sahaja seorang blogger, juga ibu, model dan youtuber. Semua status itu menjadikan Amena sebagai wakil wanita Muslimah dalam industri kecantikan. Mempunyai pengikut setia di laman youtube sebanyak 230 ribu yang rajin menonton setiap video di muat turun.
3. Sudah berkahwin dan mempunyai dua cahayamata. Amena khan juga memberitahu dirinya sangat terinspirasi dengan para hijabi di Indonesia ketika membuat satu lawatan di sana.
4. Mempunyai bisnes hijab tersendiri dengan label Pearl Daisy. Menjual barangan seperti hijab, aksesori dan busana Msulimah. Produknya diterima baik oleh golongan Muslimah termasuk negara di Asia dan Amerika. Turut menjadi salah seorang pemilik Ardere Cosmetics.
5. Setiap kali berhijab, dia begitu menyukai gaya hijab ala Turki dan Malaysia tetapi kini gaya hijabnya sudah pelbagai.
6. Wanita yang boleh berbahasa Urdu ini biasanya akan merakamkan video sebelum tibanya bulan puasa kerana waktu itu dia hanya memfokus soal ibadah bersama suami dan anaknya.
7. Amena Khan , melakar sejarah apabila dipilih sebagai satu-satunya wanita berhijab sebagai ‘brand ambassador’ oleh L’Oreal Paris untuk kempen ‘hair product’.
8. Tweet itu sudah ditulis lama tetapi kembali dipaparkan. Dia kemudiannnya meminta maaaf dengan menyifatkan ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan. Menurutnya dia tidak mendiskriminasi sesiapa dan memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang dipegangnya.
9. Amena kemudiannya memutuskan untuk menarik diri dari kerjasama itu kerana bimbang akan memberi mesej positif yang mahu disampaikan dalam kempen itu. Pihak L’Oreal menerima keputusan Amena untuk menarik diri dan menghargai tindakan Amena memohon maaf berhubung kandungan tweetnya dan kebimbangan terhadap reaksi yang mungkin timbul.
10. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kempen L’Oreal untuk mempromosi kepelbagaian gagal kerana komen kontroversi dibuat oleh modelnya di media sosial. Dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran secara umum dengan berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.
Dalam satu posting terbarunya juga yang dimuat turun 1 hari lalu, Amena turut menjelaskan segala kekeliruan yang timbul akibat pengundurannya itu. Dia cukup positif menerima pelbagai pandangan yang dilemparkan. Amena turut memberitahu tugasnya menyampaikan aura positif kepada semua pengikutnya.
Posting ini turut mendapat respon baik dari followernya.
@polhijabi Lots of love ❤️we are all here with You
@_taziri_ Stay rooted in truth, Amena. Don’t let them shake your foundations. Sending love.
@chocolatemuffin56 You’re amazing Amina, don’t let them get u down ? stay positive
@widy_annabelle2 Keep strong and spirit anema dont be sad allah with us♥
KREDIT FOTO: INSTAGRAM AMENAOFFICIAL