Rumah yang cantik, teratur dan bersih memang menjadi idaman semua. Lagi-lagi apabila tak perlu mengeluarkan bajet yang besar pun mengemas rumah. Hanya dengan modal serendah dua ringgit dan sedikit kreativiti, kita boleh mendapatkan semua itu.
Mendapat lebih 15 ribu shares, seorang pengguna facebook iaitu Hani Mynis telah berkongsikan caranya untuk menjadikan dapur yang kemas dan sistematik dengan menggunakan barang RM2 sahaja.
10 barang penstoran dapur yang wajib dibeli!
Hani gunakan bakul utk “pecahkan” satu ruang yg besar (seperti laci) kepada bahagian yang lebih kecil. Kiranya wujudkan laci dalam laci gitu Supaya barang-barang dalam laci lebih tersusun dan berada di”rumahnya”. Wajib label!
Hani gunakan bakul utk simpan baking tools dan botol2 air.
Lepas baca tip ini, terus sis dapat banyak idea untuk mengemas rumah. Memang sangat membantu. Tak sabar-sabar nak mengemas bila cuti nanti.
kredit: Hani Mynis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-Hati Jika ISTERI Sedang MURUNG. Suami Perlu Tahu PERANAN Mereka Pada Saat Ini!
Isi Kandungan
ToggleMasih ingat lagi kes seorang ibu yang membunuh bayinya sendiri satu ketika dahulu? Memang begitu tragis. Mana taknya, bayi perempuan yang berusia 2 bulan itu telah dikelar dileher oleh ibunya sendiri. Ramai yang menuding jari menyalahkan si ibu kenapa sanggup bertindak kejam memperlakukan sedemikian rupa kepada anak ketiganya itu. Bukan itu sahaja, banyak lagi peristiwa-peristiwa seperti ini yang berlaku di sekeliling kita.
Namun sebenarnya kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada ibu berkenaan. Mungkin dia pernah mengalami peristiwa kehilangan hingga kejadian itu mengganggu emosinya. Dalam keadaan kecelaruan minda itu pasti ada suara jahat yang menyuruhnya melakukan sesuatu di luar kotak pemikirannya.
Wanita yang pernah kehilangan tidak boleh dibiarkan keseorangan hingga boleh mencetus kemurungan. Keluarga terutama suami perlu saling membantu dan kalau boleh jauhkan mereka dari duduk keseorangan. Jika boleh sentiasa berada dekat dengannya dan berbual apa sahaja tetapi elakkan bercerita soal kehilangan berkenaan.
Ada beberapa cara boleh dilakukan oleh suami agar tidak berlaku perkara yang boleh menyebabkan situasi bertambah buruk bila isteri dalam keadaan tertekan.
- Bawa isterinya berjumpa pakar sakit jiwa atau ahli psikologi untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
- Paling penting, tolonglah jangan sesekali tinggalkan isteri berseorangan. Setiap wanita memang tidak dilatih untuk menghadapi perkara kesedihan seperti ini tanpa bantuan.
- Wanita memerlukan seorang lelaki yang bergelar suami kerana mereka amat perlukan pendamping kala dilanda kesedihan, diberi dorongan dan ketahanan serta kekuatan hati, emosi dan juga mental untuk mencari jalan penyelesaian.
APA YANG KAUM ISTERI PERLU BUAT?
1. Jangan ambil masa yang lama
Mengikut kajian psikologi, apa sahaja kesedihan emosi akan berlalu dan mampu dilupakan dalam masa 21 hari. Seorang isteri perlu melupakan atau menerima hakikat kejadian tentang apa yang telah berlaku.
2. Tak boleh terlampau berfikir
Kehidupan harian isteri itu hendaklah dalam keadaan yang positif serta didampingi oleh orang-orang yang disayangi dan dicintai. Tidak boleh terlampau memikirkan masalah serta tidak boleh berkurung di dalam kawasan selesa diri.
3. Buat sesuatu jika ada masa terluang
Keadaan persekitaran bilik haruslah memiliki cahaya serta berudara yang positif. Isteri juga perlu mengisikan masa beliau dengan kerja-kerja yang bermanfaat atau melakukan sesuatu perkara yang baru.
4. Belajar memaaafkan
Memaafkan kesilapan seseorang itu akan membuatkan seseorang isteri berasa lebih yakin dengan dirinya dan mampu melupakan kesakitan hati dan kesedihannya.
5. Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan
Kalau boleh jangan sesekali lupakan Tuhan walaupun dalam keadaan bersedih. Jika terlintas perkara buruk dalam minda, cepat-cepat beristighfar dan berselawat ke atas Nabi. Atau terus sahaja melakukan solat (jika sampai waktunya) ataupun solat sunat yang boleh meredakan dan menenangkan jiwa.
6. Elakkan bersendirian
Kalau boleh jangan duduk bersendiri, sebaliknya bercampur gaul dengan teman-teman seperti sebelumnya. Jika anda tidak berbual pun sekurang-kurangnya kehadiran teman-teman boleh menceriakan semula suasana.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nampak Muda & Comel Macam Dulu-Dulu!” Tak Dimamah Usia, Kecantikan AMY MASTURA Sering Jadi Bualan
Sebut saja nama Amy Mastura pasti akan terlintas sikapnya yang kelakar dan comel. Tak dinafikan Amy Mastura antara artis yang bebas kontroversi.
Miliki keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 52 tahun.
Kesimpulannya bila jiwa kita tenang, bahagia dan positif secara tak langsung kecantikan semula jadi akan terserlah pada luaran seterusnya nampak awet muda seperti Amy Mastura.
Rezeki Amy Mastura terlihat muda berbanding usia sebenar.
“Saya percaya semua orang ada kecantikan masing-masing. Dari segi pemakanan saya makan semua tetapi secara sederhana.
“Untuk aktiviti kecergasan selalunya yang ringan saja contohnya berjalan laju atau berjoging sekali sekala.
“Bagi saya apa-apa pun yang kita buat eloklah bersederhana. Dari segi solekan pun begitu juga, harus bersederhana kecuali ke majlis-majlis tertentu,” kongsi Amy yang popular dengan lagu Sha Na Na.
Menurut selebriti kelahiran Perak ini, usia akan terus meningkat dan proses penuaan pasti berlaku.
“Kita tak boleh lari sebab akan menuju juga ke hari tua juga. Pastinya kita ada orang-orang terdekat yang sudah melalui proses itu terlebih dulu.
“Bila kita lihat mereka melalui pengalaman itu maka kita boleh ambil pengajarannya ke kehidupan kita kelak.”
Amy Mastura turut berpesan agar setiap wanita bersedia dengan segala perubahan seiring peningkatan usia.
“Contohnya dari segi penjagaan kesihatan gigi dan mata. Bersedialah kerana kita juga akan ke arah itu satu hari nanti dengan masalah yang sama.
“Bersedia lebih awal dan bila tiba masanya kita akan menghargai perjalanan proses itu.”
KEBAHAGIAAN 23 TAHUN
Sepanjang bergelar artis, tidak pernah lagi kita mendengar kisah-kisah yang kurang enak tentang rumahtangga Amy Mastura.
Sedar tak sedar sudah 23 tahun usia perkahwinan Amy Mastura dan suaminya, Alvin Tham Suffian. Mereka mendirikan rumahtangga pada 2000 dan dikurniakan dua puteri, Adriana (22) dan Adalia (19).
“Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing.
“Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.”
“Bila kita beri kebaikan Insha-Allah kita akan dapat kebaikan itu semula. Kebahagiaan itu dibina sama-sama antara suami isteri berserta doa.”
“Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” tutur Amy Mastura.
Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita.
Kredit Foto: Instagram Amy Mastura
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Teringat Zaman Kanak-Kanak Dulu Bila Dengar Suaranya’- Yana Samsudin Terkesan Dengan Pemergian Farit Ismeth Emir
Hari ini kita telah dikejutkan dengan berita pemergian penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir.
Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Pemergiannya memang mengejutkan ramai rakyat Malaysia termasuklah pelakon terkenal, Yana Samsudin.
Luahnya di laman sosial, suara Allahyarham sentiasa membuatkannya terkenang zaman kecil dahulu.
“teringat zaman kanak kanak dulu, kalau dengar suara uncle ni, dah tau dah lewat ni, kena tido sebab nak gi sekolah esok”
Al Fatihah buat Farit Ismeth Emir & salam takziah buat keluarga arwah…
Kami doakan moga rohnya tenang di sana, dan ditempatkan dikalangan yang beriman insyaAllah.
"teringat zaman kanak kanak dulu, kalau dengar suara uncle ni, dah tau dah lewat ni, kena tido sebab nak gi sekolah esok"Al Fatihah buat Farit Ismeth Emir & salam takziah buat keluarga arwah…Kami doakan moga rohnya tenang di sana, dan ditempatkan dikalangan yang beriman insyaAllah.
Posted by Yana Samsudin on Monday, 20 April 2020
Allahyarham yang juga merupakan bapa kepada DJ Fuzz merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.
Pastinya Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pembaca berita yang berkaliber di Malaysia termasuklah kelainan yang ditonjolkannya iaitu dengan memberikan mutiara kata pada penonton sebelum segmen itu berakhir. Al-fatihah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI