Tiga empat tahun dulu, wanita yang berhijab hanya menggunakan anak tudung atau popular dengan panggil ‘serkop’ untuk membungkus rambut sebelum mengenakan hijab. Kini penggunaan anak tudung atau dipanggil inner neck diperluas ciptaannya hingga tidak menampakkan leher.

Kini inner neck menjadi item wajib dimiliki oleh hijabi. Penggunaan inner neck boleh digayakan dengan pelbagai jenis shawl. Tambahan pula, shawl yang dijual dipasaran agak jarang, jadi inner neck berfungsi sebagai pelindung leher supaya tidak jarang atau telus ke dalam.

Namun begitu, pemakaian inner neck perlulah bersesuaian dengan bentuk wajah dan gaya tudung. Ini kerana tidak semua inner neck sesuai dengan wajah anda.

Kenalpasti Jenis Inner Neck Mengikut Bentuk Wajah

1. Inner Neck Melekap

Inner neck jenis hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bujur dan berbentuk hati. Bagi anda yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, anda dinasihatkan untuk tidak menggayakan inner neck jenis ini. Hal ini adalah kerana, wajah anda akan bertambah bulat. Padanan inner neck ini bersesuaian dengan gaya ‘loose shawl’

2. Inner Awning

Pasti ramai yang tahu tentang jenis inner ini. Inner jenis awning ini mempunyai muncung yang keras dan tidak melekap. Kebanyakkan inner jenis ini sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk wajah yang bujur. Golongan berusia juga gemar memakai inner jenis ini kerana ia kelihatan lebih kemas. Pilih inner neck yang mempunyai potongan awning yang sedikit panjang kerana ia boleh menyembunyikan pipi anda yang tembam. Gaytudung ala penyanyi No 1 Malaysia Siti Nurhaliza sesuai dengan inner ini kerana  wajah beliau lebih tirus.

3. Inner Neck Silang

Inner neck jenis silang ini sesuai dipakai oleh semua bentuk wajah terutama bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat. Inner neck silang akan memberikan ilusi silang di bahagian dahi, ini dapat membantu menutupi wajah bulat dan menampakkan wajah anda seakan-akan bujur. Tambahan pula potongan inner neck ini panjang sehingga menutupi pipi. Sesiapa yang gemar dengan gaya tudung Elfira ini sesuai dipadankan dengan inner neck ini.

IKLAN

4. Inner Neck Bertingkat-Tingkat

Bagi sesiapa yang ingin tampil lain dari yang lain, anda sangat sesuai menggayakan inner neck jenis ini. Kelebihan inner neck jenis ini ialah ia dapat menyembunyikan dahi yang luas disamping menampakkan bentuk wajah yang sedikit bujur. Jika anda memiliki saiz kepala yang sedikit besar, inner neck jenis adalah tidak sesuai untuk anda. Inner neck ini juga nampak impak yang berbeza kerana padanan dengan kain lace.

5. Inner Neck Berdagu

Inner neck jenis ini juga sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahitan di bahagian dagu boleh menutupi lebihan lemak di bawah dagu. Jadi, usah risau tentang dagu yang berlipat. Penggayaan ikatan tudung dileher sesuai dengan inner neck ini kerana lebihan kain dileher tidak akan kelihatan.

TIP MEMILIH INNER:

• Pastikan anda kenali bentuk wajah anda. Jangan terlalu mengikut trend hingga anak tudung yang dipakai tidak sesuai dikepala anda.

IKLAN

• Pilih fabrik yang sesuai seperti cotton kerana ia mampu menyerap peluh dengan baik. Jika lycra, pilih jenis yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan rasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi.

• Jangan pilih terlalu ketat, ini kerana boleh membuatkan anda rasa sakit dan tidak selesa.Pilih warna yang sesuai dengan selendang.

• Jika selendang anda fabriknya licin, pakai anak tudung dari jenis cotton kerana ia mampu ‘menjinakkan’ selendang yang licin.

• Selendang yang jarang harus dipakai bersama inner neck yang mampu melindungi leher anda daripada kelihatan. Dalam bergaya aurat sebagai muslimah juga perlu dijaga.

IKLAN

• Untuk tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin, pastikan selendang yang digayakan motifnya tidak sarat.

• Anak tudung ala turban mampu memberi ilusi bujur buat wajah anda.

• Bagi anak tudung yang bercorak, tidak semua orang sesuai. Seelok-eloknya banyakkan anak tudung polos dalam koleksi anda.

• Bagi yang gemarkan keceriaan,pelbagai anak tudung yang disertakan dengan pelbagai aksesori juga dapat membangkitkan gaya yang menarik.Apa yang penting,pastikan pemakaiannya bersesuaian dengan anda,majlis dan situasi.

SUMBER: http://muslimahstylistaa.blogspot.my

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI