Fesyen berputar bagaikan roda dan bersilih ganti. Fesyen vest terdahulu popular pada tahun 80-an dan 90-an dan kini ia kembali dengan transformasi baru yang lebih funky dan moden!
Seiring perkembangan zaman, ada banyak inovasi vest yang semakin stylish. Sweater vest menjadi salah satu item fesyen dan menjadi trend tahun 2023. Item fesyen ini menjadi pilihan ramai dan membantu membuat OOTD hijabi lebih bergaya dan sangat moden!
Sweater vest sering dijadikan sebagai outwear dan mudah untuk di-mix and match dengan item fesyen apa-apa sahaja, daripada baju dan turtleneck hingga lengan puff. Buat para hijabi, jangan lupa untuk mix and match kan juga dengan warna tudung anda. Berikut Hijabista senaraikan beberapa inspirasi OOTD vest yang trendy untuk hijabi sekalian ikuti!
#1 Knitted Vest.
Vest sangat sinonim dengan gaya preppy klasik. Jadi, untuk memberikan kesan vintage, hijabi boleh cuba memakai knitted vest. Knitted vest diperbuat daripada helaian benang yang dibentuk menjadi bentuk jaket. Jenis benang yang biasa digunakan dalam membuat knitted vest untuk wanita ialah kapas, soft cotton, dan spandeks.
Hijabi boleh cuba padankan knitted vest bersama bahagian dalam blouse berlengan puff dan juga pleated skirt yang sesuai. Jangan lupa untuk lengkapkan OOTD anda dengan tudung bawal dengan warna yang sedondon!
#2 Cute Pattern Vest.
Buat hijabi yang ingin terlihat ‘cute’, anda boleh memilih vest yang mempunyai motif yang menarik serta berwarna pastel. Sebagai contoh, anda boleh memilih vest yang bercorak awan biru muda serta sesuaikan dengan kemeja putih dan kulot.
Untuk tampak lebih kemas, jangan lupa memilih hijab pashmina yang warnanya senada dengan vest anda. Imej yang ‘cute’ ini sangat bersesuai buat hijabi yang masih lagi sedang belajar dan ingin pergi ke kelas.
Ads
#3 Zipper Vest.
Jika anda bosan dengan rekaan vest yang sama, anda boleh cuba mix and match vest dengan perincian berzip di bahagian hadapan. Ianya sangat bersesuaian buat OOTD hijabi ke tempat kerja. Jangan lupa untuk padankan dengan kombinasi warna lembut, seperti coklat muda, krim dan putih. Lengkapkan penampilan ‘minimalis’ ini dengan warna hijab yang bersesuaian.
#4 Long Blazer Vest.
Kalau pilihan diatas semuanya adalah vest pendek, pilihan kali ini ialah vest panjang. Vest panjang sangat sesuai buat hijabi. Gayanya longgar dan biasanya mencecah pertengahan paha. Jadi ia boleh menutup lekuk badan hijabi dengan sempurna.
Jika anda mempunyai koleksi jaket panjang dalam almari pakaian, jangan dibiarkan begitu saja! Dengan kombinasi yang betul, gaya ‘klasik’ ini boleh kelihatan moden. Padankan vest dengan turtleneck dan kulot berwarna coklat. Selepas itu, padankan dengan pashmina inner instant yang diikat di belakang leher; pasti membuatkan OOTD anda terlihat sempoi dan stailo!
Ads
#5 Quilted Crop Vest.
Untuk menjadikan stail vest OOTD anda kelihatan sedikit berbeza, cuba pilih vest dengan butiran unik, seperti ‘quilted’. Namun anda perlu berhati-hati, pastikan mix and matchnya bersesuaian supaya tidak terasa “bulky” atau “berat”.
Sebagai contoh, anda boleh padankan quilted crop vest dengan baju bermotif ‘stripes’ dan skirt panjang. Untuk menjadikannya lebih stylish, pilihlah warna monokromatik daripada tudung, pakaian hingga aksesori yang digunakan.
#6 Deconstructed Vest.
Buat hijabi yang ingin mencuba sesuatu yang bukan ‘basic’, anda boleh lah mencuba deconstructed vest ini. Outerwear dengan potongan yang deconstructed atau tidak simetri seperti ini mencipta rupa yang berbeza dari biasanya. Ini membantu anda terlihat sangat trendy, ‘anti-boring’ sekaligus street style.
Ads
Pemilihan seluar pula terpulang kepada warna vest yang anda pilih, jika anda memilih vest dengan warna plain, anda boleh padankan dengan seluar yang mempunyai corak atau bergaris. Disebabkan seluar tersebut sudah cukup memberi ‘statement’, anda hanya perlu mengenakan hijab bercorak ‘plain’.
#7 Lace Vest.
Material vest juga tidak semestinya dibuat dari knit, anda juga boleh mencuba vest daripada brocade atau lace sebagai pilihan OOTD. Anda boleh cuba padankan dengan kemeja putih dan seluar bercorak untuk mendapatkan elemen ‘street-wear’.
Akhir sekali, padankan dengan tudung segi empat tepat dengan sedikit corak minimalis yang diikat simpul di bahagian leher. Pasti comel!
“Kalaulah aku tak buat benda itu mesti tak jadi apa-apa…” atau “Kalau aku fikir masak-masak sebelum bagi dia tadi mesti takkan ada apa yang merisaukan, ini dah jadi lain pulak.”
Mungkin itu menjadi dialog buat kita yang sering pertikaikan tentang suatu perkara yang telah berlaku. Apabila telah jadi sesuatu pasti ‘kalau’ pada permulaan ayat akan menjadi pencetus rasa penyesalan anda.
Nabi Muhammad SAW melarang fikir perkara yang sudah berlaku…
Menurut Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini mungkin berpunca dengan permainan fikiran tentang penyesalan pada suatu perkara. Barangkali, ia membuatkan seseorang terlalu asyik memikirkan perkara yang sudah berlaku.
Terdapat satu hadis Baginda SAW yang boleh dijadikan panduan untuk memastikan adakah benar Baginda SAW melarang umatnya untuk berfikir tentang perkara yang sudah berlaku.
Maksudnya: Sekiranya sesuatu menimpa kamu maka janganlah kamu ucap “kalau” aku buat seperti itu dan ini tetapi ucaplah Allah telah menetapkan apa yang Dia kehendaki dan lakukan. Sesungguhnya perkataan “kalau” membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah.[1]
Kita seeloknya tidak mempersoalkan perkara yang sudah berlaku dengan ‘kalau’ malah fikirkan mungkin ada ketentuan Allah SWT menetapkan ia berlaku. Di nukilkan pula dari Imam al-Nawawi pandangan al-Qadi ‘Iyad yang menysarahkan hadis ini, katanya:
Maksudnya: Sebahagian ulama menyebutkan bahawa larangan tersebut adalah bagi mereka yang beriktikad dengan ucapan tersebut semata-mata seperti kalaulah dia tidak melakukan seperti itu pasti dia tidak ditimpa musibah. Manakala bagi mereka yang menyerahkan segalanya kepada Allah SWT seperti tidaklah seseorang itu ditimpa musibah melainkan itu merupakan kehendak Allah SWT, maka mereka ini tidak termasuk dalam larangan tersebut.[2]
Menerusi nukilan Imam al-Nawawi, mereka yang beriktikad (percaya) jika tidak melakukan suatu perkara yang sedemikian pasti tidak akan timpa kecelakaan adalah salah. Ianya seolah-olah mempertikaikan kekuasaan Allah SWt.
Maksudnya: Sabdaan Nabi SAW “Sesungguhnya perkataan “kalau” membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah” bermaksud diletakkan dalam hati perkara-perkara yang bertentangan dengan ketentuan Allah SWT dan syaitan mewaswaskan seseorang dengan perkara itu.[3]
Jadi adalah lebih elok kita mengucap dan memahami setiap perkara yang berlaku adalah atas ketentuanNya yang ingin menguji kita. Setiap perkara ada solusinya dan mempersoalkan bukanlah jalan yang terbaik.
Wanita memang cukup obsess jika mendengar cara untuk menurunkan berat badan. Tetapi dalam masa sama otak sudah berfikir susah utuk kurangkan berat badan hingga menyebabkan kita jadi stres. Pelbagai cara telah dilakukan dan hasil timbangan, dietitian Ini nasihat kalau nak turunkan berat badan buat cara realistik dan berterusan bukan paksaan.
Tiada semangat atau hilang keyakinan diri bila berat badan naik? Maka sebab itulah kita tidak boleh hanya berpeluh tubuh sahaja. Usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan berat badan yang ideal.
Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet itu sendiri adalah amalan pemakanan, oleh itu pastikan anda amalkannya setiap masa, setiap hari. Apabila berat badan naik tanpa dapat dikawal, sudah tentu seseorang itu akan berasa kurang selesa.
Stamina pun semakin berkurang dan paling ditakuti apabila berat badan sudah berlebihan, penyakit pun mudah ‘mendekati.’ Bagi mereka yang ingin dan dalam usaha untuk menurunkan berat badan, ini perkongsian yang boleh dijadikan panduan.
LIMA Kebenaran Pahit Dalam Menurunkan Berat Badan Dan Mengubah Gaya Hidup
1. Anda tidak akan dapat mengubah hidup anda dalam sekelip mata atau beberapa minggu. Logiknya, ia perlukan try and error dan sabar dalam mendapatkan tabiat pemakanan atau gaya hidup yang baru.
.
2. Bersenam dan berdiet secara ektrem tidak akan mengubah hidup anda selamanya. Ia hanya sementara. Pilih senaman yang berintensiti rendah, sederhana dan tinggi secara bergilir-gilir serta pemakanan yang simple tapi lengkap.
3. Mengubah gaya hidup bermula dari tidur yang cukup dan persediaan rapi, bukan hentam kromo setiap hari. Anda akan mendapati, amat susah mengubah gaya hidup sekarang jika selalu tidak cukup tidur malam kerana manusia lebih rasional bila cukup tidur ( 6-8 jam). Persediaan awal amat penting untuk hari esok.
4. Ubat kurus atau fat burner bukan penyelesaian. Ia hanya satu method yang memberi kesan 1% dalam proses menurunkan berat badan. 99% lagi adalah pemakanan, senaman dan gaya hidup termasuk tidur yang cukup, stress yang dikawal dengan baik dan hidrasi badan yang bagus.
5. Rehat yang cukup adalah salah satu strategi menurunkan berat badan. Berehat selepas 2-3 hari bersenam kerana keseimbangan hidup sangat penting. Masa dengan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan sangat penting juga. Create a balance life, man!
Tiada kehidupan manusia yang sempurna. Terimalah hakikat itu. Anda hanya perlu lebih bersabar dan buat benda yang betul. Setiap hari cari perkara yang boleh anda tingkatkan dalam hidup dari mana-mana aspek kehidupan. Seimbangkan untuk diri sendiri, masa untuk keluarga, agama, kerja, sosial, dan kesihatan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kisah pergolakkan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’, Virgoun yang musnah akibat kehadiran gangguan orang ketiga tular dan mendapat perhatian hingga ke Malaysia.
Meskipun, Inara Rusli bukan figura yang dikenali di negara ini. Namun, kisah malang yang menimpa dia dan anak-anaknya apabila suami tercinta bertindak melakukan perbuatan khianat dibelakangnya, telah membuatkan ramai orang bersimpati terhadap kehidupan wanita cantik ini.
Wargamaya Tertanya Apakah Tip Kecantikan Yang Diamalkan Inara?
Justeru, selepas membuka purdah, kejelitaan semulajadi Inara berjaya membuatkan ramai wargamaya terpukau dengan kecantikan yang dimilikinya dan rata-rata bertanyakan apakah amalan atau rejim kecantikan yang dilakukan untuk memperoleh kecantikan yang dimiliki Inara.
“Apa tips Inara supaya tetap cantik? Cantiknya mempunyai aura tersendiri, malah, sebagai wanita saya juga merasakan Inara kelihatan sangat cantik.
“Jangan bilang air wudhu ya,” seloroh Marissya Icha ketika berkesempatan menemubual Inara menerusi saluran YouTube lapor Liputan 6.
Menurut Inara, untuk memperoleh kecantikan dia tidak mempunyai atau mengamalkan sebarang rejim yang keterlaluan atau berlebihan.
Bagaimanapun, jelasnya mungkin kecantikan semulajadi yang dimilikinya dipelihara oleh Allah kerana sering mendirikan solat pada waktu malam.
“Mungkin kerana saya sangat menitikberatkan melakukan solat malam sebagai rutin harian saya.
“Justeru, secara tidak langsung mungkin sedikit sebanyak air wuduk juga mempengaruhi dalam memelihara kecantikkan saya,” ujar Inara.
Terdahulu Hijabista ada melaporkan tentang Inara yang tidak mahu terus berduka, lemah dan dipijak.
Beliau akhirnya bangkit bersama luka yang ditinggalkan Virgoun dan mengambil keputusan untuk membuka purdah demi mencari rezeki dan meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anaknya sebaik sahaja proses perceraian berlangsung di mahkamah.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...