Setiap pasangan yang ingin melanjutkan sesuatu hubungan kearah yang lebih serius harus peka dengan kelebihan dan kekurangan kedua-dua pasangan. Mungkin tempoh jangka masa 4 tahun atau lebih itu anda tidak perasan satu perkara yang dikaburi cinta.
Ya, cinta itu penting namun untuk kearah lebih serius seperti kahwin dan mempunyai keluarga, kewangan juga faktor utama untuk permulaan hidup bersama. Jangan sampai anda terlebih cinta tapi pasangan pula ada ‘financial red flag‘.
Artikel berkaitan: Tanda-tanda Kewangan Kita Dalam Bahaya; Belanja Selagi Ada Gaji, Gagal Bezakan Antara Keperluan & Kehendak
Bukanlah kami ingin anda menjadi seorang yang materialistik namun ia satu perkara penting dalam permulaan hidup bersama. Ada juga yang sanggup utamakan cinta dari berfikir dengan jauh pada masa akan datang.
Dilaporkan oleh CNBC Indonesia, penulis kewangan CNBC Indonesia, Aulia Akbar, mengatakan financial red flag dalam perhubungan menunjukkan cara pemikiran pasangan anda dari segi pemikiran dan tingkah laku dalam menguruskan wang.
“Kalau pasangan anda sering memandang ringan mengenai cara mendapatkan wang dan menghabiskannya tanpa rasa sebersalah, itu sudah di kira sebagai ‘financial red flag’ dalam perhubungan.” katanya.
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dijelaskan oleh Aulia Akbar yang boleh anda perhatikan kepada pasangan dan juga diri sendiri. Antaranya adalah:-
Mereka atau anda yang tidak mempunyai perancangan dalam kewangan atau tidak tahu bagaimana ingin menguruskan kewangan. Aulia Akbar menyatakan jika anda atau pasangan memberikan senario seperti tengah bulan sudah kehabisan wang sehinggakan meminjam pada sesiapa. Ini adalah salah satu tanda ciri ‘financial red flag‘.
Mempunyai hutang dalam jumlah yang wajar tidaklah menjadi masalah. Namun, apa yang menggusarkan lagi apabila jumlah hutang itu semakin bertambah dan tidak berkurang walhal wang yang sedia ada tidak mencukupi untuk membayar hutang yang sedia ada.
Situasi ini kebiasaannya terjadi akibat beberapa faktor dan salah satunya seperti kos sara hidup yang mewah. Lebih mementingkan ‘tampak mewah’ berbanding memikirkan rasional untuk hidup sederhana dan menyimpan wang juga ‘red flag’!
Impulsif membawa erti terlalu mengikut kata hati. Sudah tentu anda pernah dengar kebanyakan orang menyatakan ‘ikutkan kata hati juga membawa padah’, itu adalah satu amaran untuk kita berfikir rasional.
Seseorang yang suka membuat pembelian secara impulsif sering memikirkan wang senang sahaja untuk diperolehi tanpa berfikir apa yang bakal terjadi tanpa sedar. Ini jelas menunjukkan pemikiran yang kurang rasional boleh memberikan kesan buruk dalam membina keluarga suatu hari nanti.
Aulia Akbar juga menerangkan ada solusi untuk permasalahan ini iaitu dengan berkomunikasi. Kenapa komunikasi? Ia kerana apabila kedua pasangan serang berinteraksi dan membincangkan sesuatu perkara, misalnya membeli barang dan sebagainya, boleh membuatkan seseorang individu itu untuk berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
Artikel berkaitan: Kewangan Terganggu Kerana Pandemik? Amalkan Langkah-Langkah Bijak Ini!
Oleh kerana itu, komunikasi dalam perhubungan itu sangat penting sebelum mengutamakan kata hati untuk menjalinkan satu hubungan yang sihat. Ya, wang tidak mampu memberikan kebahagiaan namun ia menjadi satu keperluan buat kehidupan kita. Berbelanja dengan jimat dan urus kewangan anda dengan bijak!
Sumber: CNBC Indonesia
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.