Setiap pasangan yang ingin melanjutkan sesuatu hubungan kearah yang lebih serius harus peka dengan kelebihan dan kekurangan kedua-dua pasangan. Mungkin tempoh jangka masa 4 tahun atau lebih itu anda tidak perasan satu perkara yang dikaburi cinta.
Ya, cinta itu penting namun untuk kearah lebih serius seperti kahwin dan mempunyai keluarga, kewangan juga faktor utama untuk permulaan hidup bersama. Jangan sampai anda terlebih cinta tapi pasangan pula ada ‘financial red flag‘.
Bukanlah kami ingin anda menjadi seorang yang materialistik namun ia satu perkara penting dalam permulaan hidup bersama. Ada juga yang sanggup utamakan cinta dari berfikir dengan jauh pada masa akan datang.
Dilaporkan oleh CNBC Indonesia, penulis kewangan CNBC Indonesia, Aulia Akbar, mengatakan financial red flag dalam perhubungan menunjukkan cara pemikiran pasangan anda dari segi pemikiran dan tingkah laku dalam menguruskan wang.
“Kalau pasangan anda sering memandang ringan mengenai cara mendapatkan wang dan menghabiskannya tanpa rasa sebersalah, itu sudah di kira sebagai ‘financial red flag’ dalam perhubungan.” katanya.
Ads
Apa tanda-tanda ‘financial red-flag‘ dalam hubungan?
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dijelaskan oleh Aulia Akbar yang boleh anda perhatikan kepada pasangan dan juga diri sendiri. Antaranya adalah:-
1. Perancangan dan pengurusan kewangan yang teruk
Mereka atau anda yang tidak mempunyai perancangan dalam kewangan atau tidak tahu bagaimana ingin menguruskan kewangan. Aulia Akbar menyatakan jika anda atau pasangan memberikan senario seperti tengah bulan sudah kehabisan wang sehinggakan meminjam pada sesiapa. Ini adalah salah satu tanda ciri ‘financial red flag‘.
2. Berhutang
Mempunyai hutang dalam jumlah yang wajar tidaklah menjadi masalah. Namun, apa yang menggusarkan lagi apabila jumlah hutang itu semakin bertambah dan tidak berkurang walhal wang yang sedia ada tidak mencukupi untuk membayar hutang yang sedia ada.
Situasi ini kebiasaannya terjadi akibat beberapa faktor dan salah satunya seperti kos sara hidup yang mewah. Lebih mementingkan ‘tampak mewah’ berbanding memikirkan rasional untuk hidup sederhana dan menyimpan wang juga ‘red flag’!
Ads
3. Suka membuat pembelian impulsif
Impulsif membawa erti terlalu mengikut kata hati. Sudah tentu anda pernah dengar kebanyakan orang menyatakan ‘ikutkan kata hati juga membawa padah’, itu adalah satu amaran untuk kita berfikir rasional.
Seseorang yang suka membuat pembelian secara impulsif sering memikirkan wang senang sahaja untuk diperolehi tanpa berfikir apa yang bakal terjadi tanpa sedar. Ini jelas menunjukkan pemikiran yang kurang rasional boleh memberikan kesan buruk dalam membina keluarga suatu hari nanti.
Ada solusi untuk masalah ‘financial red flag‘?
Aulia Akbar juga menerangkan ada solusi untuk permasalahan ini iaitu dengan berkomunikasi. Kenapa komunikasi? Ia kerana apabila kedua pasangan serang berinteraksi dan membincangkan sesuatu perkara, misalnya membeli barang dan sebagainya, boleh membuatkan seseorang individu itu untuk berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
Oleh kerana itu, komunikasi dalam perhubungan itu sangat penting sebelum mengutamakan kata hati untuk menjalinkan satu hubungan yang sihat. Ya, wang tidak mampu memberikan kebahagiaan namun ia menjadi satu keperluan buat kehidupan kita. Berbelanja dengan jimat dan urus kewangan anda dengan bijak!
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dengan penuh rasa dukacita memaklumkan bahawa ibunda kesayangan, Mak Salmah telah dijangkiti Covid-19 pada Ahad.
Siti memaklumkan perkara berkenaan menerusi Instagram story miliknya. Bagaimanapun katanya, setelah dihubungi dan mendengar suara ibunda tercinta Siti boleh menarik nafas lega apabila simptom yang dihadapi ibunya hanyalah simptom bergejala ringan sahaja.
“Balik bilik, tengok telefon, dapat berita mak kena Covid-19. Dapat cakap dengan mak, baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah.”
“Terima kasih semua yang mendoakan Mak Salmah ya. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.
Menerusi hantaran terbaharu, Siti sempat berpesan kepada para peminatnya yang bakal hadir pada Konsert Music of the Soul Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada Ahad lalu, agar membuat ujian RTK-PCR terlebih dahulu sebelum menghadiri konsert dua hari yang berlangsung di Dewan Plenary, KLCC dan telah melabuhkan tirainya semalam.
“Memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat, saya minta jasa baik peminat saya yang akan hadir, untuk buat self-test dirumah sebelum hadir ke persembahan malam ini ye.. Kita jaga kita ,” tulis Siti.
Untuk rekod, Siti Salmah Bachik, 70 atau Mak Salmah disahkan positif Covid-19 pada 5 November lalu. Dan mengalami simptom Covid bergejala ringan, dan kini sedang menjalani kuarantin di rumahnya.
Hijabista dan semua rakyat Malaysia mendoakan agar, ibunda Siti Nurhaliza agar diberikan kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
“Made Eid Easy” yang bertujuan untuk memudahkan raya semua orang, tahun ini. Selaras dengan misi untuk menyediakan penyelesaian fesyen sederhana yang mudah, koleksi ini menampilkan rangkaian baju sedia dipakai berfungsi dan serba boleh. Pasti bergaya!
Menampilkan warna klasik dan reka bentuk sederhana, koleksi ini memerlukan potongan yang mudah digayakan yang boleh disuai padankan dengan pelbagai aksesori atau tudung. LILIT. juga Menjadikan Hari Raya Mudah untuk hijabi dengan merangkum aspek fungsi ke dalam kepingan seperti memilih fabrik yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Taklah ketibas!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Plus size hingga 5XL
Paling mudah untuk digayakan, fabrik yang juga mudah digosok dan menjadikan anda terpaling legit raya ini. Oh ya! Hijabi yang sedang menyusukan anak inilah koleksi mesra menyusu untuk si ibu. LIlit salah satunya jenama yang mengeluarkan helaian dengan pelbagai saiz. Hijabi yang plus saiz, nah apa lagi koleksi yang memudahkan semua orang ini merangkumi saiz kerana ia menawarkan saiz sehingga 5XL atau UK22.
Jamin keselesaan dengan setiap pembelian
“Di LILIT, kami meletakkan gaya, keselesaan sebagai keutamaan untuk semua wanita. Kita tahu di sebalik kemewahan dan kemeriahan Raya, ada juga kesibukan. Semua tangan sibuk di dek dengan pelbagai aktiviti seperti memasak, menyediakan anak-anak, melayan tetamu, dan berkunjung ke rumah sanak saudara. Aidilfitri yang akan datang ini akan menjadi sambutan hari raya pertama selepas PKP, dan melalui koleksi Made Eid Easy, LILIT memilih untuk mengekalkan koleksi yang ringkas, namun berfungsi supaya anda boleh melihat dan merasai yang terbaik – bukan sahaja semasa Hari Raya tetapi sepanjang tahun!” kata Aliesha Nadira, Penolong Pengurus Jenama LILIT.
Koleksi LILIT sangat istimewa ini jadikan helaian wajib perayaan anda, dengan harga mampu milik dari Baju Kurung hingga Kebaya Moden, potongan kapas renda dan banyak lagi!
Pesanan terima di hari yang sama
Beli koleksi penuh di atas laman sesawang rasmi dan juga mereka. Apl, penghantaran percuma pada hari yang sama. Menariknya lagi, kerjasama dengan GRABPAY pembeli mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100. Sementara itu, promosi dalam talian memberikan pengguna aplikasi Kod Promo: GRABPAYDEALS, untuk menikmati potongan 15% sehingga RM24 dengan perbelanjaan minimum RM160. Super jimat bukan!
Siapa yang bakal bertuah menangi baucar bernilai RM1000 dengan setiap pembelian di store. Apa lagi jom serbu LILIT store yang terdapat di di KL East Mall, IOI City Mall, BV II, Setia City Mall & Haji Lane Singapore, LILIT. juga akan membuka gerai pop timbul di Aras Legar Suria KLCC (berhampiran NARS) dari 4 April hingga 5 Mei.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Keindahan Maldives memang tiada siapa boleh pertikaikan. Jernihnya biru air laut membuatkan setiap insan termimpi-mimpi untuk ke sana. Oh, indahnya!
Kini, bukan hanya mimpi tau. Ianya boleh jadi kenyataan. Tahu tak sis boleh ke Maldives dengan kos bawah RM1500 sahaja untuk 4 hari 3 malam ? Eh, betul ke? Haaa kalau tak percaya cuba baca ikuti perkongsian daripada Noor Amalina ini.
Mendapat ribuan retweet, Amalina telah beri tip pada semua mengenai percutiannya yang sangat menarik di Maldives!
Jika makanan tidak kena dengan selera, bawa sahaja bekal dari Malaysia.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...