Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah cara kehidupan di seluruh dunia yang lebih kearah penggunaan teknologi moden. Banyak juga kelebihan dan kemudahan yang diperkenalkan sejak dari itu.
Gaya pekerjaan juga tidak seperti dahulu, ada sesetengah syarikat yang masih lagi mewujudkan WFH iaitu work from home. Ada juga yang memberikan kebebasan sehingga bekerja di mana-mana iaitu WFA (Work From Anywhere), membolehkan anda hidup sebagai pekerja nomaddigital di luar negara!
Work From Home suatu norma baharu gaya bekerja selepas diperkenalkan ketika Pandemik Covid-19. Apa yang lebih menarik lagi beberapa syarikat yang memberikan kebebasan Work From Anywhere ini turut menyediakan visa kepada pekerjanya untuk ke luar negara.
Visa nomad digital itu merupakan permit yang membolehkan pekerja untuk bekerja dari jauh (remote) di luar negara tanpa perlu membayar cukai. Terdapat beberapa buah negara yang memperkenalkan cara pekerjaan ini, antaranya:-
1. Colombia
Negara colombia menawarkan visa nomad digital yang paling mudah diantara negara-negara di dunia. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menunjukkan bukti pendapatan sebanyak AS$684 (RM2,810.93) sebulan dan perlu membayar sebanyak AS$52 (RM227.69) bagi yuran pendaftaran.
Visa selama 2 tahun ini diberikan kepada pekerja untuk meneroka negara Colombia dari Medellín, hab nomad digital yang turut dikenali sebagai ‘City of Eternal Spring’ ke Cartagena yang penuh dengan warna-warni hinggalah ke Valle del Cocora yang cukup indah!
Ads
2. Ecuador
Negara Amerika Selatan ini menawarkan visa nomad digital yang cukup mudah seperti Colombia. Visa itu juga juga mempunya kadar masa yang sama iaitu 2 tahun.
Namun, visa nomad digital Ecuador mempunyai kadar bayaran serta kelayakan yang lebih tinggi berbanding Colombia. Tetapi ia masih berpatutan untuk ramai mengunjungi yang rata-ratanya dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.
Bagi memohon visa nomad digital di Ecuador, seseorang individu itu perlulah mempunyai AS$1,284 (RM5621.86) selama sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$460 (RM2012.27).
3. Hungary
Visa nomad digital yang ditawarkan negara ini kepada mereka yang ingin tinggal dan bekerja di Eropah timur. Visa ini juga sah selama 1 tahun dan boleh melanjutkan lagi masa.
Ads
Bukti pendapatan perlulah mempunyai sebanyak AS$2,048 (RM8958.98) sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$112 (RM489.94). Kos sara hidup di Budapest City juga rendah berbanding ibu kota Eropah yang lain. Anda boleh menikmati kehidupan yang menyeronokkan dengan sedikit kemewahan di Hungary.
4. Croatia
Salah satu visa nomad digital yang terbaik di Eropah adalah dari negara Croatia. Negara ini telah menjadi salah satu negara yang diberikan nama hab nomad digital teratas pada tahun 2023!
Croatia sahaja telah banyak menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun kerana keindahan pulau dan pantai yang indah, taman negara yang menakjubkan, serta bandar bersejarah yang menawan seperti Dubrovnik.
Ads
Visa nomad digital Croatia memerlukan anda menunjukkan pendapatan sekurang-kurangnya AS$2,465 (RM10783.14) selama enam bulan. Anda juga perlu mempunyai AS$29,588 (RM129432.71) dalam akaun bank anda. Tempoh masa visa ini hanyalah 1 tahun sahaja.
Costa Rica juga menjadi salah satu negara yang cukup menarik menawarkan visa nomad digital untuk dipohon. Negara ini juga menjadi destinasi pelancongan yang utama di Amerika Tengah kerana pantai yang indah, hutan yang subur, juga terdapat hidupan liar dan kepelbagaian biologi. Anda perlulah menunjukkan sekurang-kurangnya AS$3,000 (RM13123.50) sebulan bagi memohon visa nomad digital ini.
Dalam zaman millenium kini yang lebih mengutamakan media sosial untuk mendapat berita atau cerita lebih pantas. Malah ada di kalangan hijabi yang turut memperoleh pendapatan daripada media sosial dengan bergelar selebriti di media sosial. Ada juga menggelar mereka instafamous atau influencer yang mana mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial. Kehidupan mereka tak ubah seperti selebriti popular dan penampilan mereka jika hadir majlis tertentu juga tidak kurang hebatnya. Namun sebenanrnya kehidupan segelintir mereka yang digelar instafamous ini tidak seindah disangka.
Penjelasan gadis ini yang berkongsi kisah sebenar temannya yang merupakan seorang instafamous memberi gambaran realitinya sisi kehidupan mereka yang dipanggi selebriti media sosial ini.
Menurut Hawa Wong kawannya yang merupakan seorang instafamous popular ini mengalami tanda-tanda depersi yang agak teruk seperti tidak boleh tidur malam dan cepat marah
Tazkirah Jumaat.
Semalam ada kawan lama telefon ajak jumpa. Hal penting katanya. Biasa kalau kawan lama nak jumpa ini ada dua kategori je, pinjam duit atau ajak join mlm. Hawa pesan awal-awal, kalau sebab dua benda ni Hawa taknak. Dia jawab, tak. Dia depresi katanya.
Jadinya terpaksa Hawa kerja separuh hari demi nak melayan si dia ni. Cerita ini sangat serius bagi Hawa. Kawan Hawa ni merupakan salah seorang yang popular di socmed. Dia popular di laman instagram dan twitter dek kerana mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan menarik.
Dia kata dia mengalami tanda-tanda depresi yang agak teruk. Tidak boleh tidur malam. Cepat marah. Sedih tiba-tiba. Tidak fokus dalam melakukan sesuatu.
Malah kawannya itu juga sebenarnya cukup tertekan menjadi orang yang popular. Mereka ini mehidap sejenis penyakit dipanggil narsis kerana perlu berselfie dan muat turun foto setiap hari.
Bila menjadi orang yang popular, kehidupannya menjadi tidak menentu. Dia menghidap penyakit narsis yang perlu selfie setiap hari untuk muat naik gambarnya dia socmed.
Dia harus pastikan setiap gambarnya sempurna kerana dia perlu meraih like yang banyak. Sampaikan gajinya habis dek kerana sentiasa beli baju baru, kasut baru dan beg tangan baru. Nasibnya agak baik kerana dia ada mata pencarian tambahan dengan “paid review” di laman instagram.
Tapi lama kelamaan dia merasakan ini bukan dirinya lagi. Dia perlu berlakon menjadi orang lain. Dia perlu bersaing dengan insta famous yang lain walaupun mereka yang popular di laman instagram ini berkawan antara satu sama lain.
Juga mempunyai sikap tidak boleh lebih dari orang lain.jika temannya itu membeli beg baru, dia juga perlu memilikiinya. Begitu juga dengan alat solek atau barangan lain. Barangan yang dipakai juga perlu ada jenama untuk dilihat berada dalam kelas tersendri.
Bila ada kawannya beli bag tangan baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya yang beli baju baru, dia juga perlu beli baju baru. Bila ada kawannya beli alat solek baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya beli kasut baru, dia juga perlu kasut baru.
Barangan yang mereka beli dan pakai haruslah barang yang berjenama. Baru ada class katanya. Dia juga jenuh google quote menarik setiap hari agar sesuai dengan gambar yang dia muat naik pada laman instagramnya.
Selepas muat naik gambar atau update twitter, dia akan cek siapa yang like gambarnya dan retweet tweet dia. Walaupun beribu yang like dia sanggup cek satu persatu. Sanggup baca komen-komen pengikutnya. Sesiapa yang beri komen negatif dia akan block pengikutnya.
Bila ada kawan-kawan tak like gambar dia, dia akan mula mempersoalkan perkara itu pada dirinya sendiri. Kenapa ek dia tak like gambar aku? Kenapa ek dia tak komen gambar aku? Dia cemburu lah tu.
Sanggup ketepikan keluarga demi semata-mata untuk menunjukkan kepada pengikutnya gaya hidup mewah sebenar. Malah temannya itu sanggup membuat pinjaman di bank semata-mata untuk menaiki penerbangan kelas perniagaan ke luar negara.
Hari hujung minggu yang sepatutnya dia penuhkan dengan keluarga, dia batalkan dan akan pergi ke kafe atau restoran mewah. Sebelum makan, ambil gambar dulu dan muat naik pada socmed. Setiap kali ada cuti panjang dia akan pergi bercuti ke luar negara walaupun jarak dekat semata-mata untuk muat naik gambar dalam kapal terbang. Pernah satu ketika dia buat loan bank hanya semata-mata mahu menaiki penerbangan kelas perniagaan ke luar negara.
Apabila melihat ada kawan lain yang muat naik gambar dengan baju/bag/kasut atau kereta baru dia akan mula rasa tertekan dan rasa tercabar. Dia mahu menjadi lebih dari mereka. Kalau dia tak mampu untuk menandingi kawannya, dia akan terpuruk di dalam bilik mengira baki wang yang ada dan akan usaha sedaya upaya untuk ada apa yang kawannya ada.
Wang simpanan juga telah habis dipakai dan hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari produk review yang dibuat. Sampai satu masa mengambil keputusan untuk bunuh diri kerana gagal melunaskan pinjaman di bank.
Bila pulang ke rumah selepas bekerja, masa dia hanya pada socmed sahaja. Dia tidak lagi mempedulikan ahli keluarganya yang lain. Tidurnya tidak pernah cukup kerana socmed. Begitulah hidup dia sehari-hari.
Sekarang, wang simpanan telah habis dipakai. Hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari paid review yang dia lakukan. Malangnya, pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk membayar hutang-hutang dia pada bank.
Sampai satu ketika dia merasa diri dia tidak berguna lagi kerana menjadi hamba socmed. Pernah terniat untuk bunuh diri supaya dia tidak lagi perlu berlawan dengan insta popular yang lain.
Ada juga kawannya yang mengalami masalah yang sama. Sehinggakan sanggup menjual maruah demi wang asalkan dapat tunjuk di socmed yang kehidupan mereka begitu mewah dan bahagia. Dia juga hampir-hampir melakukan perkara yang sama tapi mujur imannya masih ada.
Hawa menyarankan rakannya itu supaya berjumpa doktor bagi mengelak penyakit ini terus melarat. Dia hanya mendengar sahaja dan tidak boleh membuat apa-apa. Malah Hawa turut mengingatkan rakannya itu supaya mensyukuri nikmat Tuhan.
Selepas tekun mendengar segala cerita dia, Hawa sarankan dia jumpa doktor supaya tidak melarat. Hawa hanya mampu mendengar sahaja. Hawa tak boleh buat apa-apa.
Hawa sempat berkata, mungkin kau kurang mensyukuri nikmat Tuhan. Betapa ramai manusia yang hidupnya susah. Kais pagi, pagi pun tak mampu dapatkan makanan. Cuma Hawa tidak mahu berlebih-lebih dalam menasihati dia kerana Hawa faham depresi itu tiada wajah. Boleh jadi dia gembira di pagi hari tapi di malam hari dia menangis hingga keesokkan paginya.
Kesimpulannya, kurangkanlah masa dengan socmed. Jadi manusia yang bijak dalam mengatur masa. Hawa hanya buka socmed sekali sehari atau Hawa peruntukkan satu jam sehari tapi boleh buka socmed banyak kali.
Kehidupan sebenar tanpa socmed itu lebih indah. Tanya pada diri sendiri apa yang kita mahu sampaikan pada socmed masing-masing. Mahu berkongsi kehidupan sendiri atau sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk kehidupan sendiri? Mahu membaca berita, menjadi penyampai berita atau mereka-reka berita? Mahu bersilaturrahim atau mencipta musuh? Mahu berkongsi ilmu atau menunjuk ilmu? Mahu mengejar populariti atau mahu bersederhana? Mahu menjadi pemarah atau pemurah?
Semuanya berbalik pada diri sendiri. Tidak salah mahu berkongsi. Tidak salah mahu belajar. Tidak salah mahu mengajar. Tidak salah mahu menyampaikan. Yang salah bila kau menjadi hamba pada socmed hingga kau lupa tanggungjawab kau sebagai manusia.
Mohon maaf, tiada niat untuk menyinggung sesiapa. Sekadar berkongsi kisah yang harus kita ambil teladan dan pelajaran darinya.
Bagi admin, mungkin ada segelintir yang bersikap demikian, tetap ada juga yang bijak dalam mengendalikan kerjaya sebagai selebriti media sosial. Jika tahu mengatasi segala masalah yang berlaku, tidak mustahil kerjaya ini mampu memberi pendapatan sangat lumayan. Apatah lagi pada zaman sekarang, jual produk dengan hanya di laman sosial sahaja boleh meberi keuntungan berlipat ganda.
Walau apa cara sekalipun kita bekerja, apa yang penting sentiasa mengingati Tuhan kerana setiap reseki yangkita dapat ini adalah semuanya daripada Tuhan. Jangan sesekali melupakan-Nya kerana jika Dia berkehendak sekelip mata kesenagan itu boleh ditarik balik.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM (GAMBAR TOP SEKADAR HIASAN)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jepun memang menjadi antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti ke luar negara. Selain terkenal dengan keindahannya, Jepun juga popular dengan kehidupan budayanya yang sangat berdisiplin. Kehidupan rakyat Jepun dikatakan sangat teratur dan sering menjadi contoh kepada masyarakat luar sebagai masyarakat minda kelas pertama.
Tetapi, tahukah anda bahawa setiap negara terdapat pantang larangnya tersendiri? Kita mungkin rasa benda yang kita lakukan di negara kita adalah normal tetapi sebenarnya tidak disukai di negara lain. Begitulah pengalaman pelakon Sherry Ibrahim sewaktu melancong ke Jepun. Dia telah berkongsi kisahnya dan apa perkara yang tak patut dilakukan di sana. Jom kita dengar nasihat Sherry ini !
Mesti punctual, tepati waktu tidak kira masa termasuklah sewaktu ikut tour. Jika kedai itu tutup pukul 10, jangan masih nak membayar di kaunter kalau tidak anda akan dihalau.
Jangan suka-suka mengambil gambar, sesuka hati hendak merakam contohnya sewaktu mereka sedang menyiapkan makanan.
Sewaktu menaiki keretapi, telefon haruslah berada dalam mod senyap. Jangan cakap kuat-kuat atau anda akan ditegur oleh mereka.
Bukan semua teh hijau di sana sedap, kena dengan tekak orang Malaysia kerana kebanyakan teh di sana tiada gula.
Pengikut Sherry Ibrahim di Instagram juga turut menyokong apa yang dikatakan selain turut menambah beberapa tips lagi yang perlu dipatuhi sekiranya berhajat melancong ke sana.
Antara yang info yang ditambah oleh pengikut Sherry di ruang komennya.
Berdiri hanya di sebelah kiri sewaktu menaiki eskalator.
Merokok hanya di kotak merokok yang disediakan.
Jangan berikan wang tips kepada mereka kerana mereka tidak menyukainya.
Jadi selepas mengetahui info ini, diharap anda lebih peka dan membuat survey dan research dahulu sebelum bercuti ke mana-mana negara nanti. Jika tidak,kita mungkin akan melakukan perkara yang dilarang di negara mereka tanpa kita sedari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdapat beberapa perkara yang mengecewakan anda apabila gagal melelapkan mata pada waktu yang anda inginkan, terutamanya jika anda mempunyai hari yang besar dan memerlukan rehat.
Melalui video YouTube ini, ahli terapi fizikal berlesen dan doktor terapi fizikal, menunjukkan senaman pernafasan mudah yang dia cadangkan, doktor ini mendakwa ia boleh membantu anda tidur dengan dengan baik dan cepat, daripada menghabiskan berjam-jam di atas katil, merenung siling atau mengira biri-biri.
Teknik 4-7-8, dan ia terdiri daripada menyedut selama 4 saat, menahan nafas itu selama 7 saat, dan kemudian menghembus nafas selama 8 saat.
“Apabila anda menarik nafas, anda hanya akan bernafas dengan lembut dan biasanya melalui hidung anda, kemudian anda akan menahan 7 saat,” jelasnya. “Kemudian apabila anda menghembus nafas, anda akan mencebikkan bibir dan mengeluarkan seperti bunyi berdesir semasa menghembus nafas, jadi ia adalah nafas yang cukup kuat untuk 8 saat itu, kadangkala anda mungkin tidak dapat mencapai 8 saat. , tetapi lebih banyak yang anda lakukan, akhirnya anda akan dapat sampai ke tahap yang diinginkansana.”
Doktor ini menasihatkan untuk berbaring telentang semasa melakukan senaman ini, walaupun anda biasanya tidur mengiring, untuk mendapatkan faedah sepenuhnya.
SUMBER: PREVENTION
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!