Isteri angkasawan negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr. Halina Mohd Yunos telah berkongsikan kisah lucu di laman Instagram mengenai anaknya.
Tulisnya, anaknya, Sophea Natasha telah tersilap ejaan nama sendiri apabila mengisi namanya di borang ujian sekolah.
“Bila dah lama tak sekolah… nama kelas salah.. nama sendiri pun salah… 🤦🏻♀️ It’s Sophea… not Shopea 😅”
Ramai netizen terhibur dengan hantaran yang dimuat naik oleh Dr. Halina itu dah menyangkakan anaknya itu telah mengeja namanya sebagai ‘shopee’.
Sebagai info, Dr. Halina kini sedang mengandungkan anak kembar dan dijangka akan bersalin pada 28 Disember ini iaitu pada ulang tahun kelahiran Dr. Halina.
Pasangan ini telah dikurniakn empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan sepasang anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
sumber: instagram @drhalina
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hand Sanitizer Beralkohol! Apakah Hukum Menggunakannya Ketika Solat. Ini Penjelasan Mufti WP
Kemunculan penularan virus Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia menekankan perlaksanaan menjaga kebersihan bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Salah satu cara pencegahan yang berkesan adalah dengan kerap mencuci tangan sama ada dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
Tapi mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya sama penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya. Berikut adalah penerangan yang jelas dan padat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Hukum Menggunakan Hand Sanitizer Beralkohol Ketika Solat – Mufti WP
Soalan: Assalamualaikum Dato. Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato.
Terima kasih
Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) ketika hendak melakukan solat.
Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (Pencuci tangan) itu sendiri.
Hand Sanitizer (Pencuci Tangan)
Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.
Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alkohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.
Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitizer (Pencuci Tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10 liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]
BACA JUGA ARTIKEL INI: Penting Pilih Hand Sanitizer Terbaik Supaya Tiada Kesan Sampingan
Hukum Penggunaan Alkohol
Menuru jumhur ulama alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184).
Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
كُلَّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَأَنَّ كُلَّ خَمْرٍ حَرَامٌ
Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)
Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya.
Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”
Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Buat Sendiri Je! Dengan Kos RM11.70 Boleh Dapat 5 botol (50 ML) Hand Sanitizer tanpa alkohol
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
- Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
- Tapai halal dimakan.
- Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan. - Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALCOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut.
Kesimpulan
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya.
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis.
Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
SUMBER: PEJABAT MUSTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kebaikan Minum Air Dari Pangsa Lepas Makan Durian Bukan Cerita Dongeng, Saintis Ini Kongsi Faktanya
Sekarang ini sana-sini peniaga menjual durian. Memang meriah sungguh macam ‘pesta’ pula peniaga mempamerkan buah durian di atas rak-rak dan meja bagi menarik perhatian untuk singgah membeli di gerai mereka.
Bau durian yang sangat kuat dan tajam membuatkan raja buah ini menjadi kegilaan penggemarnya. Inilah masanya untuk menjamu selera kerana buah ini ‘datang’ mengikut musim. Jadi inilah masa yang terbaik untuk menikmati buah durian sepuas-puasnya.
Kebiasaanya selepas makan durian kita pasti akan minum air daripada pangsa durian bukan? Petua ini memang diamalkan sejak dari dahulu lagi hinggalah sekarang.
Meminum air daripada pangsa durian (bahagian dalam kulitnya) dikatakan dapat mengelakkan masalah panas badan atau gangguan penghadaman selepas memakannya. Sejauhkah manakah kebenarannya? Berikut fakta yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi
KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN?
Antara Petua dan Realiti Saintifik
Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa. Mungkin ada benarnya.
Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan Dr Suri Roowi sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.
Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.
Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by Jim Teo on Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini Kongsi Bajet RM 1.4k Sahaja Untuk Honeymoon Di Cappadocia Dan Istanbul
Berbulan madu atau ‘honeymoon’ di luar negara memang menjadi idaman kebanyakan pengantin yang baru berkahwin. Menyaksikan keindahan negara asing bersama yang tersayang menjanjikan satu memori manis buat mana-mana insan di muka bumi ini.
Pastinya kos percutian yang berpatutan menjadi pilihan kerana tidak mahu membazir. Untuk tips yang menjimatkan, bolehlah mengikuti perkongsian oleh Nurul H.Miszdae ini yang telah mendapat lebih 19k shares di facebook ini. Dia telah menceritakan pengalamannya honeymoon di Istanbul dan Cappadocia dengan harga yang sangat berbaloi!
RM1400 sahaja untuk 7 hari. Dapat naik belon udara lagi!
Menikmati Istanbul dengan berjalan kaki kerana pemandangannya yang sangat cantik.
Sempat merasai pengalaman tidur dalam gua.
Dapat menaiki belon udara panas dengan harga yang murah daripada yang lain.
Untuk pasangan pengantin baru, bolehlah jadikan tips ini sebagai panduan untuk berbulan madu. Rancang percutian dengan sebaiknya, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar nanti.
KREDIT : Facebook Nurul H. Miszdae
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI