Kalau anda sering ke pasar malam atau lihat di tempat persinggahan rehat (RNR), pasti anda akan dapati terdapat jualan kacang kuda rebus. Aroma bau yang menyedapkan membuat kita terliur melihatnya.
Sebenarnya, walaupun kacang kuda ini sangat lazat di makan dan menjadi makanan ringan buat kita, ia mempunyai banyak manfaat buat tubuh badan yang sihat. Ketahui lebih lanjut mengenai kebaikan dan khasiat kacang kuda jika anda ingin badan yang sihat melalui artikel ini.
Kacang kuda ini mempunyai nama saintifiknya tersendiri, iaitu Cicer arietinum L, juga di panggil sebagai kacang garbanzo. Ia terhasil dari satu tanaman yang tertua di dunia yang di percayai berasal dari Turki dan Syria. Pengambilan kacang kuda juga di jadikan sebagai diet tradisional selama lebih 7,500 tahun yang lalu oleh kerana khasiatnya buat kesihatan.
Penggunaan kacang kuda sangat meluas dalam pemakanan sewaktu ketika dahulu. Kacang kuda juga merupakan kacang yang banyak di tanam dan di makan di setiap pelusuk dunia selepas kacang soya. Kebaikan dari kacang kuda adalah meningkatkan proses penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindrom metabolik dan juga pelbagai lagi.
Artikel berkaitan: Makanan Sihat Juga Sebenarnya Boleh Menggemukkan Jika Diambil Secara Berlebihan. Awas Ya!
Nutrisi yang terkandung dalam kacang kuda adalah termasuk pakej protein, vitamin dan juga kandungan mineral yang tinggi. Sumber protein yang ada dalam kacang kuda seperti serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin dan banyak lagi. Kacang kuda juga di kategorikan sebagai kumpulan karbohidrat kerana kanji yang terdapat di dalamnya boleh di cerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah supaya lebih stabil.
Menurut hellodoktor, telah di jelaskan kandungan bagi setiap 100 gram kacang kuda ini mengandungi jumlah nutrien seperti berikut:-
Juga, seperti yang di maklumkan sebelum ini, kacang kuda juga mempunyai sejumlah jenis vitamin dan mineral yang sangat penting untuk tubuh badan, antaranya:-
Jadi mengikut maklumat nutrisi yang di bekalkan oleh hellodoktor di atas, anda boleh lihat bertapa banyak kandungan nutrien yang banyak khasiatnya buat kesihatan tubuh badan kita.
Kekerapan pengambilan kacang kuda dalam diet anda mungkin akan memberikan kebaikan kesihatan anda. Jadi tanpa melengahkan masa, ini adalah antara kebaikan kacang kuda buat tubuh badan anda, salah satunya:-
Menurut kajian yang di terbitkan oleh Nutrition and Metabolism, kandungan serat dan protein yang tinggi dalam kacang bukan sahaja mampu untuk memenuhi keperluan kadar nutrien dalam badan, malah, membantu seseorang individu itu untuk mengawal selera pemakanannya apabila lagi mereka sedang diet. Oleh dengan itu, amalan pemakanan kacang kuda dalam diet pemakanan boleh menurunkan berat badan seseorang!
Kacang kuda mengandungi jumlah vitamin dan mineral yang termasuk fosforus, kalsium dan juga kaya dengan vitamin K. Hal ini dapat menerangkan keberkesanan kacang kuda dalam kesihatan tulang yang sihat kerana vitamin sangat memainkan peranan penting dalam penjagaan tulang. Ia sekali gus dapat meningkatkan kadar penyerapan kalsium serta membuatkan tulang menjadi kuat.
Hasil kajian dari Seminars in Nephrology menunjukkan bahawa kandungan kalium di dalam kacang kuda dapat menurunkan sejumlah kolestrol di dalam darah. Ia di percayai bahawa individu yang mengambil sekitar 4,000 mg kalium setiap hari mampu mengelakkan risiko kematian akibat sakit jantung oleh kerana kolesterol yang tinggi.
Kekurangan zat besi dalam tubuh anda akan menyebabkan berlaku masalah dalam penghantaran oksigen kepada sel-sel yang memerlukan, sekali gus, ia menyebabkan masalah darah anemia. Anemian akan menyebabkan badan nada mudah penat dan lemah. Demikian itu, amat penting bagi anda untuk mengambil zat besi yang mencukupi dan kacang kuda adalah salah satu sumber untuk anda mendapatkannya.
Kacang yang berasal dari Turki dan Syria ini bukan sahaja mampu mebantu dari segi kesihatan fizikal, malah, ia mampu membantu dari segi kesihatan mental jua. Terdapat satu zat yang sangat istimewa, Choline, ia memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengawal emosi seseorang, membantu dalam proses pembelajaran, pergerakan dan yang penting ia membantu dalam penjagaan kesihatan otak.
Maka dengan ini anda telah ketahui bertapa hebatnya kacang kuda yang dulu hanya kita sangkal sekadar snek dalam perjalanan sahaja. Cuba amalkan pengambilan kacang kuda dalam diet pemakanan anda, dengan izinNya, kesihatan tubuh badan anda akan terjamin dengan khasiat yang terkandung dalam kacang ini.
Sumber gambar dan info: Canva dan hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.