Tweet yang dimuat naik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri di laman Twitter mencuri tumpuan ramai apabila dia mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira di atas pernikahannya.
Walau bagaimapun, individu yang bernama Erra Fazira itu bukanlah pelakon filem Mr. Cinderella itu seperti yang disangka ramai sebaliknya secara kebetulan mereka memiliki nama yang sama.
Upacara pernikahan itu juga telah berlangsung dengan lancarnya di pejabat JAWI tadi dengan mengikut peraturan SOP yang telah telah ditetapkan.