Tweet yang dimuat naik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri di laman Twitter mencuri tumpuan ramai apabila dia mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira di atas pernikahannya.

Walau bagaimapun, individu yang bernama Erra Fazira itu bukanlah pelakon filem Mr. Cinderella itu seperti yang disangka ramai sebaliknya secara kebetulan mereka memiliki nama yang sama.

Upacara pernikahan itu juga telah berlangsung dengan lancarnya di pejabat JAWI tadi dengan mengikut peraturan SOP yang telah telah ditetapkan.

IKLAN

Menurut Dr. Zul, beliau juga rasa terkejut pada awalnya apabila mendapat tahu mengenai nama pengantin tersebut.

IKLAN

Di kesempatan itu, Dr. Zul juga turut mendoakan agar ikatan yang dibina pasangan ini akan diberkati dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

“Ingatkan pelakon filem Sembilu tu”

IKLAN

Ramai netizen yang terhibur dengan gurauan Dr. Zul itu dan terkejut pada awalnya dengan tweet itu kerana menyangkakan primadona filem Malaysia itu yang berkahwin.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI