Isi Kandungan
ToggleTweet yang dimuat naik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri di laman Twitter mencuri tumpuan ramai apabila dia mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira di atas pernikahannya.
Walau bagaimapun, individu yang bernama Erra Fazira itu bukanlah pelakon filem Mr. Cinderella itu seperti yang disangka ramai sebaliknya secara kebetulan mereka memiliki nama yang sama.
Upacara pernikahan itu juga telah berlangsung dengan lancarnya di pejabat JAWI tadi dengan mengikut peraturan SOP yang telah telah ditetapkan.
Menurut Dr. Zul, beliau juga rasa terkejut pada awalnya apabila mendapat tahu mengenai nama pengantin tersebut.
Di kesempatan itu, Dr. Zul juga turut mendoakan agar ikatan yang dibina pasangan ini akan diberkati dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
“Ingatkan pelakon filem Sembilu tu”
Ramai netizen yang terhibur dengan gurauan Dr. Zul itu dan terkejut pada awalnya dengan tweet itu kerana menyangkakan primadona filem Malaysia itu yang berkahwin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kita Sama-Sama Terus Perbaiki Diri Ok’- Reunion Kembali, Abby Abadi Titip Ucapan Indah Buat Elite
Siapa tak kenal dengan kumpulan wanita popular Elite bukan? Sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah 27 tahun kumpulan tersebut ditubuhkan.
Bertemu lagi dalam rakaman program televisyen baru-baru ini, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila dapat berkumpul bersama rakan-rakan seperjuangannya itu setelah sekian lama tidak bersua.
Luah Abby, perangai masing-masing kekal sama dari dulu lagi dan semestinya memori lama bersama sebagai suatu kumpulan terimbau kembali apabila dapat berkumpul semula seperti dahulu.
“Alhamdullillah, Elite dapat berkumpul bersama harini utk Program Nona (Ulang tahun ke 38, TV3) Terima Kasih kerana sudi jemput Elite. Amat kami hargai 😍🙏🏻
“Sedar tak sedar dah 27 tahun dah Elite rupanya ya, syukur.. Bila ditanya tentang kenangan-kenangan dulu, alahai.. terkenang-kenang hehe..
“Perangai pun masih sama, ada sikit je berubahnya haha..
“Masih comel-comel semua hihi.. Masih sihat, masih gigih bekerja, masih boleh bersembang, beriang ria macam dulu kala ye..
“Apa pun jangan lupa, berterima kasih pada ALLAH untuk umur yang panjang ini sahabat-sahabat.
“Kita sama-sama terus berusaha perbaiki diri ok sayang-sayangku semua. Dah merasa semua kan? Jadi serah diri pada ALLAH untuk masa depan yang lebih baik ya . Bukan hanya untuk dunia, tapi untuk akhirat juga.
“Love U All Lillahi Taala. Dunia wal Akhirat,” luah Abby di laman Instagramnya.
Di ruangan komen, ramai netizen yang teruja apabila melihat kumpulan lagenda ini kembali berkumpul semula. Mereka juga turut mendoakan agar ukhwah persahabatan di antara mereka kekal selamanya hingga akhir hayat.
“❤️❤️❤️ Elite forever!! 😍
“Sekejap je masa berlalu kan..😅Tapi tetappppp cantik2 semua mcm dulu..😍
“Perghhhh lejen,” antara komen di laman instagram.
Buat pengetahuan semua, selain Abby, kumpulan Elite turut dianggotai oleh Azza, Watie, Sasha dan juga Linda.
Antara lagu popular mereka yang mendapat tempat di hati ramai adalah Tamparan Wanita, Trauma dan Manisnya Senyumanmu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini KONGSI Pengalaman Hampir Maut & Sebelah OVARI Dibuang, Setelah Disahkan Hidap Kanser Tahap 3
Isi Kandungan
ToggleSelain kanser payudara, kanser ovari juga antara penyakit paling ditakuti kaum wanita. Penyakit ini juga tiada tanda yang boleh menyebabkan seseorang itu dapat mengesannya lebih awal. Begitu juga yang berlaku pada seorang pengguna twitter apabila baru-baru ini telah berkongsi pengalaman bertarung dengan kanser yang dihadapinya.
Pengguna bernama @Tiraa ini mula menyedari perutnya menjadi semakin kembung dan keras setiap kali selepas makan. Dia yang pada mulanya menyangka dirinya semakin gemuk hanya membiarkan sahaja masalah itu. Namun keadaan sama hinggalah perut jadi semakin kembung dan keras dan ibunya hanya pesan meminum Eno bagi membuang angin dalam tubuhnya.
Namun sakitnya itu menjadi serius dan dia terus menjalani pemeriksaan di klinik. Setelah membuat pemeriksaan, doktor mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perutnya dan mencadangkan membuat rawatan lanjut di hospital. Setelah dibuat pemeriksaan doktor kemudiannya mengesahkan nampak seperti ada ketumbuhan atau tumor dan ianya sudah agak besar.
Jadi doktor mencadangkan dilakukan pembedahan segera kerana tumor berkenaan sudah tutup sebahagian perut. Namun ada risiko pada pembedahan berkenaan seperti berlakunya usus terpotong, pendarahan dan risiko maut.
Ketika diberitahu, Tiraa tidak tahu untuk berbuat apa-apa kerana dia masih belajar untuk final semestar dan ketika itu juga mahu menyambut hari raya. Dia masih ingat suasana raya ketika itu hanya sederhana kerana banyak perkara difikirkan. Walaupun tahu mak ayah susah hati tetapi dia menyakinkan mereka ia hanyalah tumor.
Emaknya juga turut menyuruh dia mengutamakan kesihatan dan akhirnya Tiraa mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajiannya seketika.
Akhirnya dia selamat menjalani pembedahan yang memakan masa selama 4 jam. Doktor memberitahu pembedahan berjalan lancar tetapi ovari sebelah kiri terpaksa dibuang. Ini kerana tumor itu membesar dari bahagian situ.
Setelah sebulan menjalani pemnedahan, barulah dia mendapat keputusan penuh tumor berkenaan. Doktor memberitahu dirinya telah disahkan menghidap Kanser Ovari Dysgermimoma tahap 3 dan tumor berkenaan adalah sebesar 20 cm. Walaupun terkejut dengan berita itu tetapi Tiraa gagahkan diri bersikap tabah dengan dugaan yang menimpa.
Susulan itu dia pelu menjalani rawatan kimoterapi dan pengalaman pertama kali melakukan kimoterapi, keadaannya biasa sahaja. Tetapi apabila untuk pusingan berikutnya, Tiraa pernah mengalami muntah sehingga 17 kali.
Bukan itu sahaja, dia juga turut mengalami perubahan fizikal seperti badan kelihatan semakin cengkung, bulu kening nipis dan rambut juga mengalami keguguran. Keadaan itu menyebabkan Tiraa seperti berputus asa dengan hidup hingga tidak sanggup melihat dirinya di depan cermin. Namun dalam masa sama, dia perlu kelihatan kuat di depan ibu dan ayahnya.
Dia juga turut menjauhkan diri dari teman-teman lain. Emosinya ketika itu memang tidak stabil dan sering mahu marah pada orang sekeliling.
Dia juga sebak setiap kali melihat gambar teman-temannya yang belajar sedang berselfie atau keluar bersantai. Tetapi dia hanya duduk di katil sambil menantikan proses ubat kimo berjalan dalam tubuhnya. Sepanjang proses kimoterapi, dia hanya akan tidur dan berharap segalanya akan selesai dengan cepat.
Setiap minggu juga dia perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan kimoterapi ini. Tiraa juga telah setelah menjalani 6 kali rawatan kimoterapi dan selepas selesai semua pusingan, dia merasakan beban dipikul seperti sudah hilang dan dada menjadi sedikit ringan kerana tidak perlu memikirkan pusingan rawatan selanjutnya.
Kini dia bersyukur kerana berjaya mengharungi enam pusingan rawatan dan turut menasihati hijabi/wanita di luar sana supaya sentiasa positif pada diri sendiri dan jangan terlalu stress. Buat masa sekarang dia belum menyambung pengajiannya dan perlu berehat secukupnya. Dia juga perlu mendapatkan rawatan susulan dengan membuat ultrasoubd 3 bulan sekali dan juga mengambil darah.
Perkongsian Tiraa ini mendapat share di twitter sebanyak 14K dan ramai yang memberi kata-kata semangat padanya selepas membaca thread dirinya.
Sabar dengan ujian
Keep inspiring other
Menurutnya dia tidak mengambil apa-apa suplemen tetapi mungkin disebabkan faktor genetik mempunyak keluarga yang ada kanser dan juga dia yang gemar makan rumpai laut dan dan mungkin itu adalah punca kanser berkenaan mulai membesar.
Artikel Berkaitan: Dokor Kata Ramai Hijabi Terdedah Penyakit Kerosakan Rahim
SUMBER: TWITTER TIRAA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka! Terkesima Jumpa Ustaz Wadi Depan Mata, Tindakan ‘Spontan’ Mualaf Ini Runtun Hati Netizen
Isi Kandungan
ToggleWajah Ustaz Selebriti, Wadi Annuar merupakan figura yang tak perlu diperkenalkan lagi, kerana wajahnya acapkali melatari laman-laman sosial tidak kira Facebook, Youtube, Tik Tok, Twitter mahupun Instagram memberi ceramah dan pengisian kerohanian dalam majlis-majlis ilmu.
Terbaharu, tular sebuah video di laman Tik Tok memaparkan seorang Mualaf berbangsa Cina dikenali sebagai Taufik begitu teruja dapat bertemu dengan sosok alim ulama’ yang sekian lama telah menjadi idolanya.
Hijabista difahamkan bahawa pertemuan berkenaan berlangsung ketika Ustaz Wadi sedang menyampaikan kuliah secara langsung (live) di laman sosial.
Tak Percaya Dapat Jumpa! Terlalu Minat Pada Ustaz Wadi
@ustazwadiannuarofficial UWA menerima kunjungan tetamu ketika kuliah.. memuliakan tetamu adalah akhlak yang mulia, bahkan sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW. #ustazwadiannuar #dakwah #islam #sunnah ♬ original sound – Ustaz Wadi Annuar
Sebaik sahaja melihat kelibat idolanya itu, lelaki cina tersebut terus menghapiri Ustaz Wadi, dan mengambil kesempatan untuk menyapa figura itu sambil menyatakan rasa tidak percaya, kerana akhirnya dia dapat bertemu dengan penceramah itu.
Malah, apa yang lebih menarik lagi, meskipun sedang sibuk memberi ilmu dan menyampaikan kuliah, Ustaz Wadi sempat menyantuni lelaki itu yang dianggap sebagai tetamu.
Ustaz Wadi dengan penuh hemah dan peramah telag mengajak lelaki tersebut agar masuk ke dalam ruangan kerjanya untuk beramah mesra.
“Betul Laila, Ustaz Wadi Annuar… Saya memang peminat ustaz. Saya tengok macam tak percaya.
“Pertama kali berjumpa. Saya suka sangatlah ustaz. Saya sekarang umur 52 tahun,” kata mualaf berkenaan dalam nada teruja.
Artikel berkaitan: Minta Cerai, Tak Sanggup Bermadu? Ini Penjelasan Ustaz Tentang ‘Hukumnya’ Menurut Islam!
Malah, kerana begitu terkesima dan seakan mimpi dapat bertemu Ustaz Wadi, lelaki cina itu begitu teruja sehingga menyentuh wajah Ustaz Wadi dengan rasa tidak percaya.
Menerusi hantaran video berikutnya jelas kelihatan riak wajah Taufik dan keluarganya yang sangat gembira kerana berpeluang bertemu dan bergambar bersama Ustaz Wadi.
Betul Tak Percaya Ni, Teruja Sampai Pegang Wajah Ustaz – Netizen
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan Hijabista mendapati, situasi berkenaan turut membuatkan netizen berasa sebak dan terharu dengan tindakan lelaki berkenaan yang mengidolakan agaman seperti Ustaz Wadi.
“Pakcik tu mcm tak percaya tak sangka boleh tegok Ustaz Wadi hidup-hidup depan mata, siap pegang-pegang Ustaz. Kita ni pun mesti ada perasaan macam ni..
“Allah.. Aku nangis wei. Semoga Allah sentiasa pelihara Ustaz, sihatkan tubuh badan Ustaz agar dapat menyebarkan ajaran Islam selalu.
“Ustaz ni hebat.. Banyak memberi inspirasi… Saya pun peminat ustaz…
Sumber: TikTok Ustaz Wadi Annuar Official
Artikel berkaitan: Pencerahan Ustaz Tentang Menikahi Wanita Tanpa Restu Seorang Ibu. Boleh Atau Tidak?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI