Semangat patriotik jelas terlihat di semua hati rakyat Malaysia setiap kali bulan Ogos menerpa. 31 Ogos lepas menjadi sambutan kemerdekaan yang ke-65 buat Malaysia dengan tema Keluarga Malaysia.

Pada bulan kebangsaan ini juga kita banyak memperlihatkan sambutan rakyat Malaysia yang cukup menggalakkan apabila ramai yang berhias dengan Jalur Gemilang tidak kira di rumah, kereta, malah juga pada busana. Ada juga yang sangat kreatif sehinggakan membuat satu ‘karya’ di muka yang di sangkal sebagai ‘filter’.

Di sangka ‘filter’ tapi sebenarnya mekap yang cantik dan unik!

Ramai pengguna media sosial telah menunjukkan semangat patriotik dan cinta akan negara dengan hiasan Jalur Gemilang di letakkan pada kereta, rumah, serta pada pakaian. Tidak juga melepaskan peluang, influencer serta jurumekap yang cukup di kenali sebagai MUA Bellaz menarik perhatian orang ramai dengan mekap tema merdeka kali ini.

MUA Bellaz atay nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini, 28, berasal dari Kedah itu tidak mengecewakan ramai orang dengan hasil mekap yang cukup kreatif. Solekan yang di hasilkan MUA Bellaz sering di kongsikan olehnya di sosial medianya yang menjadi kegemaran tontonan orang ramai.

Menerusi perkongsian video mekap bertemakan kemerdekaan oleh MUA Bellaz di TikTok, ramai yang sangat teruja melihat hasil darinya. Ramai peminat yang mengikuti MUA Bellaz juga terdiri dari golongan wanita.

Ads
@muabellaz Replying to @nurulnorshahirahh ♬ original sound – muabellazz

Video yang di buat oleh Bellaz menunjukkan hasil solekan yang cukup kreatif dan luar dari kebiasaan yang sering dia lakukan. Bellaz cukup terkenal dengan gaya mekap persis wanita arab dan natural look itu sangat mengejutkan orang ramai dengan bakat yang dia miliki. Bellaz juga tidak sahaja menunjukkan hasil solekannya sahaja, dia  juga ‘miming’ dengan lagu Jalur Gemilang yang menunjukkan lagi rasa cinta pada negara.

Artikel berkaitan: Bergaya Menggunakan Bendera Sebagai Tudung, Tanda Anda Tidak Peka Tentang Etika Hormati Jalur Gemilang

Agaknya berapa lama masa di ambil oleh Bellaz

Ramai yang ketahui bertapa aktifnya MUA Bellaz di sosial media. Dia juga sangat rajin untuk membuat live di laman sosial medianya sama ada di Facebook mahupun TikTok. Rata-rata pasti akan gembira melihat celotehnya sambil berkarya untuk menghasilkan mekap yang cukup cantik.

Ads

Melihat pula ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa bangga dan teruja melihat bakat Bellaz yang boleh menghasilkan satu mekap yang cukup kreatif ini. Bahkan, ada juga yang sangkal ia merupakan ‘filter‘ yang di pakai olehnya.

Lihat ramai yang begitu teruja dan kagum dengan hasil yang lain dari kebiasaan yang MUA Bellaz tampilkan bagi menunjukkan semangatnya menyambut kemerdekaan. Ada juga yang teringin untuk lihat ‘behind the scene‘ solekan yang MUA Bellaz lakukan ini, mungkin makan masa yang agak lama untuk hasilkan karya seperti ini.

Semangat kemerdekaan dan patriotik patut di semat dalam hati semua lapisan masyarakat di Malaysia bagi menghargai jasa negara kepada kita. Ramai yang cukup kreatif dalam ekspresi jiwa kemerdekaan melalui karya-karya yang menarik seperti MUA Bellaz. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-65 Malaysia!

Ads

Sumber: MUA Bellaz

Artikel berkaitan: Seni Dan Budaya Membentuk Trend Di Peringkat Global, Merdeka Duck 14 Lukisan Pratriotik Di Setiap Helaian Tudung

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI