INGAT Tak Pasangan Viral Yang Sambut Hari Jadi Naik LIMOSIN & Belayar Atas Kapal? KINI Dah Sah Jadi Suami Isteri!

Share

Tahun dulu pasangan ini pernah jadi viral gara-gara Hafiz Mahamat yang telah meraikan sambutan hari jadi teman istimewanya, Syafiqah Aina dengan begitu mewah dengan menyewa sebuah limosin dan makan malam di Restoran Berputar di Menara Kuala Lumpur. Walaupun hampir setahun kejadian itu berlalu, tetapi momen itu masih jadi bualan. Malah sejak itu populariti kedua-duanya meningkat mendadak dan penampilan mereka di khalayak umpama seorang selebriti.

Sejak detik itu, ramai yang tidak sabar menanti hari perkahwinan kerana ingin tahu bagaimana ‘sweet’ majlis kahwin mereka nanti. Apa tidaknya sepanjang hubungan mereka ini, Hafiz memang sering memanjakan Syafiqah Aina dengan pelbagai kemewahan lain  seperti menghadiahkan kereta, belayar di atas kapal serta pemberian Iphone 7 sempena hari lahir kekasih hatinya itu.

Namun oleh kerana ketika itu, Syafiqah Aina yang juga seorang model dan instagrammer popular belum tamat pengajian, jadi majlis perkahwinan ditangguhkan dulu.

Walau bagaimanapun itu bukan alasan untuk pasangannya, Hafiz berubah hati, sebaliknya tetap setia menanti bidadari pujaannya tamat belajar sebelum keduanya disatukan dalam majlis penuh gemilang.

Dan tanggal 24 November lalu, pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijab kabulkan dalam satu majlis penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara dan juga sahabat handai. Walaupun keduanya bukan selebriti tetapi kemeriahan majlis mereka umpama  artis popular dan cukup meriah dengan pelbagai tajaan.

Sebagaimana gempak sambutan hari jadi lalu, majlis pernikahan dan perkahwinan pasangan viral ini juga tidak kurang hebatnya. Malah majlis mereka ini turut mendapat kritikan para netizen.

Untuk majlis resepsi, Hafiz dan Syafiqah Aina sekali lagi telah mendapat tajaan menaiki limosin mewah warna putih untuk menuju ke singgah sana yang dihias indah.

Walaupun terusk dikritik tetapi follower setia mereka juga turut mengucapkan tahniah di atas perkahwinan itu dan mendoakan keduanya berbahagia hingga ke jannah.

@juliab4t Congrats pretty! ❤ perfect couple ever 

@thejiyaazmy tahniahhhh. semoga bahagia hingga ke jannah.

@mommaqiestina Alhamdulillah so happy for both of you..jaga ikatan pernikahan ini sebaiknya, keep loving each other.Romantik itu sunnah 🙂

Admin belanja momen ‘sweet’ pasangan viral ini yang tak puas mata memandang. Terutama penampilan Syafiqah Aina yang seperti ‘Barbie Doll’.

#1. Love

#2. Congratulation

#3. Sweet Couple

#4. So Beautiful

#5. Kekal Hingga Ke Jannah

#6. Gojes

#7. Fairy Tales

#8. Sama Cantik Sama Padan

#9. Nice Dress

#10. Cute Couple

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYAFIQAH AINA & HAFIZ MAHAMAD

Published by
Siti Zurina