Hanya yang pernah alami saja tahu bagaimana deritanya bila ‘diserang’ slip disc, kan? Bila usia meningkat, fungsi vital tubuh pun kian menurun.

Maka, seseorang itu akan berisiko untuk menghidapi slip disc. Tulang belakang antara anggota tubuh yang mudah terkesan dan ‘menua’ lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berusia 30 tahun dan ke atas.

Satu hantaran telah dimuat naik di Instagram pelakon dan usahawan cantik Syatilla Melvin di mana dia berkongsi keadaannya yang sedang berhadapan dengan slip disc.

“Ingat Sakit Urat Biasa, Rupa-Rupanya Dapat ‘Hadiah’ Slip Disc” SYATILLA MELVIN Mohon Doa Kesembuhan

Kata isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini, dia tidak menyangka rasa sakit belakang dan leher selama tiga hari sebelum ini bukan disebabkan kesan menyusu anak.

Tetapi rupa-rupanya tanda-tanda slip disc.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

“Benda nak jadi kan.. 3hari tak boleh gerakkan leher tak boleh pusing. Ingat sakit urat biasa sebab menyusu anak memang akan sakit belakang.

“Rupa-rupanya harini dapat hadiah slip disc 2024. Moga runtuh dosa-dosa aku amin!”

Ads

“Ingat Sakit Urat Biasa, Rupa-Rupanya Dapat ‘Hadiah’ Slip Disc” SYATILLA MELVIN Mohon Doa Kesembuhan

Syatilla, 32, atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin turut mendoakan agar dosa-dosanya luruh asbab dari kesakitan yang dialaminya itu.

Dalam video pendek yang dikongsikan Syatilla itu menunjukkan dia sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

“Ingat Sakit Urat Biasa, Rupa-Rupanya Dapat ‘Hadiah’ Slip Disc” SYATILLA MELVIN Mohon Doa Kesembuhan

Syatilla turut berkongsi hasil pemeriksaan x-ray tulang belakangnya yang bengkok.

Ads

“Ingat Sakit Urat Biasa, Rupa-Rupanya Dapat ‘Hadiah’ Slip Disc” SYATILLA MELVIN Mohon Doa Kesembuhan

Menjengah ke ruangan komen, para pengikutnya mendoakan kesembuhan Syatilla. Tak ketinggalan rakan-rakan artis turut menitipkan doa.

“Ingat Sakit Urat Biasa, Rupa-Rupanya Dapat ‘Hadiah’ Slip Disc” SYATILLA MELVIN Mohon Doa Kesembuhan

“Ingat Sakit Urat Biasa, Rupa-Rupanya Dapat ‘Hadiah’ Slip Disc” SYATILLA MELVIN Mohon Doa Kesembuhan

“Ingat Sakit Urat Biasa, Rupa-Rupanya Dapat ‘Hadiah’ Slip Disc” SYATILLA MELVIN Mohon Doa Kesembuhan

Ads

Lapan tahun melayari bahtera rumahtangga, Syatilla dan Shaheizy Sam dikurniakan tiga cahaya mata.

Untuk info, Syatilla merupakan finalis Dewi Remaja 2009/2010 seangkatan dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

Semoga Syatilla dikurniakan kesembuhan segera dan dimudahkan segala urusan.

Kredit Foto: Instagram Syatilla Melvin

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI