Minggu ini viral media sosial memperkatakan tentang kejayaan pelakon, usahawan dan pengacara Neelofa Mohd Noor, 28 tahun yang dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di syarikat penerbangan tambang murat AirAsia. Ramai yang mengucapkan tahniah pada hajjah muda ini hingga layak diberi jawatan berkenaan. Namun ada juga yang mempertikaikankan kebolehan Neelofa atas perlantikan itu. Macam-macam perdebatan di kalangan netizen yang memang sakit hati jika membacanya.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Neelofa boleh dilantik menjadi BOD di syarikat penerbangan tambang murah tu. Seorang pengguna dilaman sosial menggelar diri Abdul Basit turut memberi pencerahan atas perlantikan itu. Dia merupakan Guru Pengurusan Bisnes, yang juga Pengarah Eksekutif Beyond Holding Sdn Bhd, sebuah syarikat pengendali seminar perniagaan.
Baca dan fahami apa kebaikan yang didapati oleh kedua-dua belah pihak.
Kisah Directorship Neelofa, 3 Strategi AirAsia yang ramai perlu tahu.
Terbaru,kita mendapat berita terkini Neelofa baru sahaja di dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Pencapaian luar biasa anak muda yang sama usia dengan saya 28tahun.
Adakah beliau sudah membeli Airasia?
Adakah beliau akan bekerja di Airasia?
Banyak persoalan yang bermain diminda ramai orang yang kurang jelas dengan jawatan tersebut.
Begini sebenarnya, saya kongsikan berkenaan jawatan terlebih dahulu.
Pengarah Bebas atau Independent Director.
Independent maknanya bebas dari mempunyai kaitan dengan mana-mana pemegang saham atau pihak-pihak berkepentingan dalam syarikat.
Ini bermaksud beliau tidak semestinya memiliki saham dalam syarikat AirAsia. Cuma beliau di lantik untuk berada dalam barisan pengarah.
Bukan Eksekutif atau Non Executive.
Bukan Eksekutif bermaksud,beliau bukanlah staf AirAsia yang terlibat dalam urusan kerja harian dan bukan lah staf yang menerima gaji dan perlu punch in setiap hari.
Mesyuarat bulanan pun beliau belum tentu kena hadir,kecuali memang diminta hadir.
Ads
Untuk jawatan diatas,saya mudahkan ia di panggil Non Executive Director atau NED.
Apa kelebihan NED ini?
– mendapat elaun tetap sebagai Pengarah setiap bulan.
-kemungkinan mendapat beberapa kelebihan directorship lain,seperti elaun perjalanan,hiburan,penginapan. Ada banyak lagi manfaat2 lain, sekiranya mendapat persetujuan pengarah yang lain.
Kenapa Neelofa yang dipilih,kenapa bukan kita?? Ada beberapa kemungkinan besar beliau di pilih.
Kos Sebagai Duta.
Neelofa antara artis yang dibayar mahal untuk menjadi Ambassador/Duta,nilainya melibatkan jutaan ringgit. Terutama setelah beliau dilantik Duta Swarovski,jenama antarabangsa.
Neelofa kini mencapai standard antarabangsa,sudah semestinya nilai beliau bukan murah.
AirAsia mengambil langkah bijak,dengan melantik sebagai NED,Neelofa hanya di bayar elaun bulanan sahaja sebagai pengarah.
Kos directorship ini kemungkinan memakan belanja ratusan ribu sahaja setahun,berbanding kos DUTA yang memakan belanja jutaan ringgit untuk artis yang mencapai level antarabangsa.
Ads
Sudah pasti AirAsia boleh menggunakan wajah Neelofa semahunya,sebab beliau adalah salah seorang pengarah.
Pengaruh dan Kredibiliti.
Follower ig Neelofa 5.3m manakala AirAsia cuma 506k,nisbahnya adalah 1:10.
Kos untuk menaikkan nama di media sosial bukan perkara yang semudah membeli follower,ianya lebih daripada itu. Airsia akan menggunakan mileage di sosial media untuk mencipta pengaruh baru.
Kenapa pilih Neelofa,bukan artis lain. Sebab Neelofa satu2 artis yang mendapat anugerah Forbes 2017, mileage ini menjadikan beliau Artis yang berkredibiliti dan berpengaruh.
Pemasaran High Impact Airsia.
Belum pernah dalam sejarah Malaysia Artis diangkat menjadi Board Of Director dalam syarikat penerbangan,walaupun sebagai Non Executive Director.
Berita ini orang akan ingat AirAsia sampai bila-bila,dan mungkin tercatat dalam sejarah dunia.
Lepas ini,muka Neelofa orang akan ingat AirAsia sahaja. Bijaknya Tony dalam mengatur brand AirAsia itu sendiri.
Di Jangka,Neelofa akan menerima lebih banyak anugerah selepas ini. Rentetan dari marketing sebagai NED AirAsia. Mileage ini,sudah pasti AirAsia mendapat tempiasnya Sekali.
Ads
Sekian sahaja,perkongsian buat kefahaman tentang ilmu pensyarikatan ini,kita ada kongsikan lebih banyak ilmu persyarikatan di Seminar My Documents nanti.
Untuk kita pula yang mendapat berita ini,kita kena bekerja lebih kuat. Beliau mencipta kejayaan,kita pula banyak mencipta alasan.
Apapun admin ucapkan tahniah atas perlantikannya dalam usia masih muda. Pelbagai kejayaan yang Lofa raih tahun ini dan dia terus maju ke hadapan walau pelbagai kecaman dilemparkan oleh netizen.
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai hijabi yang berminat untuk menjadi instafamous. Mana tidaknya, kerjaya sebagai instafamous ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka. Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu korbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Hal ini diakui oleh instafamous atau influencer Syafiqah Aina yang sebelum ini cukup viral dengan pelbagai kontroversi.
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui agak sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas. Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG hampir 700 ribu.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana yang mahu menjadi sepertinya. Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak dan juga turut memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi instafamous berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous. Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bella Boo di MIHAS baru-baru ini. Sejak jadi popular ini, dia juga rasa terharu apabila ada peminatnya yang datang padanya mengajak bergambar.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar instafamous, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Pada awalnya produk serum yang diusahakan ini juga turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah. Namun sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina yang masih belum berkesempatan berbulan madu setelah beberapa bulan berkahwin kerana kesibukan bekerja.
Sebagai seorang wanita, pastinya cantik menjadi keyakinan untuk tampil kehadapan, dalam kata lain, kecantikan dan kesempurnaan itu dapat dikecapi apabila yakin berhadapan yang dapat ditunjukkan diluaran. Namun lain pula pendapat si manis jelita Siti Elizad.
Seorang pelakon serta pengacara, Elizad atau nama sebenar, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 40, yang mempunyai persepsinya sendiri tentang wanita bina keyakinan dari kecantikan. Kecantikan adalah sujektif yang boleh kita nampak sama ada di mata kasar atau dalaman.
Bagi wanita yang hilang keyakinan tentang kecantikan, Elizad menyarankan agar mereka lebih bina semngat dari dalam hati jiwa dan rohani. Bukan itu sahaja pemikiran juga salah satu tunjak utama untuk membina kecantikan dalaman.
“Kalau ikut saya, secara peribadinya untuk kita bina semangat dan kecantikan bermula dari dalam, kalau pemikiran kita baik dan apa yang difikirkan baik, insyallah semuanya akan jadi baik. Tetapi apa yang lebih pentingnya kita ibersihkan hati dahulu,” kongsinya dalam majlis meraikan Hari Wanita besama theduckgroup.
Pastinya anda akan menjadi seorang wanita cantik luar dan dalam di mata orang ramai, bukan wanita yang cantik hanya dengan bersolek, tambahnya lagi.
Tular kenyataan seorang pempengaruh di negara seberang apabila mendakwa, wanita yang sudah berkahwin “Tidak memiliki anak adalah cara semula jadi awet muda”. Menganjak ke usia awal 40, Elizad tetap menyimpan hasrat untuk memiliki zuriat namun sehingga kini tidak dikurnikanNya.
Berbicara tentang tiada anak lebih awet muda, Elizad sama sekali tidak setuju dengan pendapat pempengaruh itu. Bergantung pada kehidupan seseorang, sama ada tidak punyai anak atau mempunyai anak sekiranya anda dapat mengimbangi cara gaya hidup pastinya persoalan ini tidak akan timbul.
“Pada mereka yang di luar sana ramai sahaja yang mempunyai 5 atau 6 orang anak tetapi tetap maintain cantik. Yang pentingnya kita perlu jaga kecantikan bukan untuk sesiapa tetapi untuk suami terdahulu malah untuk diri kita,” katanya
Tambahanan dunia media sosial sibuk untuk meraih ‘Like’ dan komen yang kadangkala yang boleh membawa tekanan dan anxiety seharusnya dielakkan.
Ujarnya lagi “saya mungkin nampak awet muda, kerana hidup berdua dan kebanyakkan aktiviti bersama suami sahaja lebih lasak berbanding mereka yang sudah mempunyai anak.
Sekadar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil. Dia dan suami, Shamsul Baharin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 tidak pernah berputus asa dan tetap berikhtiar untuk mendapat zuriat.
Usaha yang dilakukan oleh pelakon ini bagi mendapatkan cahaya mata menarik perhatian ramai, peminat yang tidak henti-henti beri sokongan dan mendoakan semoga impiannya tercapai. Apa yang lebih menarik ada yang mengidamkan bagaimanakah paras rupa ‘baby’ Elizad. Pertanyaan demi pertanyaan, dia menaggap itu satu semnagat untuk terus mencuba mendapatkan zuriat.
“Untuk tahun ini insyaalah saya akan cuba, cumanya itu semua ketentuan dari Allah. Kalau I boleh bagi on the spot saya bagi tapi sebenarnya saya ‘struggle’. Jika tidak dikuniakanNya saya dan suami masuk fasa redha dan enjoy meneruskan kehidupan,” katanya.
Menjadi satu tekanan apabila ditanya-tanya dan dirisik mengenai anak pada keluarga terutamanya ayah, tetapi jika ditanya padanya sendiri, Elizad dansuami sudah memasuki fasa redha, walaupun pada awal perkahwinan dia tidak bersedia untuk menimang anak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memiliki rupa paras yang indah serta sepasang mata yang bulat dan cantik membuatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana sering disoal samada matanya asli ataupun tidak.
Menjawab pertanyaan yang selalu diberikan kepadanya, pelakon yang dilahirkan di England ini telah berkongsikan gambarnya sewaktu zaman kecil bagi menangkis persepsi bahawa dia menggunakan kanta lekap selama ini. Untung betul miliki mata yang besar dan lawa sebegitu!
Comelnya Sarah!
Sejurus selepas berkongsi foto zaman sekolah, ramai pengikut laman sosialnya yang memuji kecomelan wajahnya yang dimiliki sejak kecil lagi. Memang saling tak tumpah seperti wajah anak perempuannya, Sumayyah.
Sebagai info, Puteri Sarah Liyana telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada tahun 2014. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan juga Sumayyah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...