‘Ingat Kita Bukan Selalu Di Atas’- Puteri Sarah Sebak Bila Jumpa Pak Cik Gelandangan Viral

Share

Berita mengenai seorang influencer yang dikatakan meninggi suara terhadap seorang warga emas di sebuah pusat gelandangan masih hangat diperkatakan hingga ke harini.

Bagaikan ada suatu hikmah tersembunyi buat warga emas itu, ramai yang saban hari datang ke pusat gelandangan tersebut bagi bertemu dengannya dan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pak cik yang berusia 64 tahun itu.

Berpeluang bertemu dengan warga emas tersebut, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak dapat menahan sebak apabila membayangkan keadaan pak cik tersebut.

Luah Sarah di laman instagramnya…

Takpe pakcik. Ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat malaysia memang marah dengan tindakan influencer tu!! Tindakan itu sgt biadap !

Alhamdulillah syukur berkesempatan jumpa pakcik ni. Pakcik ni memang malu sangat dengan apa yg berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan tadi…

😢64 years old guys ! Imagine parents kita yang kena sound mcmtu ? Mashallah…

Walau sekaya mana kita, sehebat mana kita… janganlah kita kurang ajar dengan orang tua… ingat kita bukannya selalu diatas nanti kita akan dibawah juga..

Published by
Team Hijabista