Indahnya Budaya Islam Di Turki, Imam Ajak Kanak-Kanak Main Bersama Lepas Solat Tarawih

Share

Bagi sesetengah orang, mereka menganggap kehadiran kanak-kanak ke masjid mengganggu fokus mereka untuk beribadat dengan khusyuk hingga ada yang terpaksa dihalau keluar kerana membuat bising dan berlari-lari di dalam masjid.

Namun, berlainan pula dengan situasi di negara Turki seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Azwir Nazar ini apabila mereka sangat meraikan kedatangan kanak-kanak ke masjid dan menyediakan tempat bermain yang khusus buat mereka di sana.

Bukan itu saja, bahkan imamnya juga akan turut menyertai mereka bermain setelah selesai solat tarawih. Menariknya!

Kongsi pemuda tersebut, di sana masjid di anggap ‘happy place’ buat semua tanpa mengira usia.

Di Turki, setelah tarawih kanak-kanak diajak main bersama Imamnya supaya mereka senang ke masjid. Malahan beberapa masjid baru di Turki seperti masjid Hamdi Cami di Ankara disiapkan tempat bermain dalam masjid di sudut kanan di bawah tangga.

Bila masjid tak ada tempat bermain di dalam, disiapkan di luar masjid seperti taman taman. Masjid menjadi pusat orang berbahagia.

Mereka nampaknya meyakini apa yang ditititahkan oleh pendahulu mereka, Sultan AlFatih bahawa, “Khuatirlah kamu bila masjid-masjidmu sudah tak lagi terdengar suara anak kecil”.

İni masjid Hamdi Cami di Ankara. Masjid ini dibangun oleh Kementrian Agama Turki (Diyanet) Turki. Bersebelahan dengan pejabat agamanya. Disudutnya ada tempat bermain untuk anak anak.

Orang Turki juga suka memberi hadiah untuk anak anak yang ke masjid, seperti gula-gula, bunga atau yang manisan.

Maka jadilah suasana masjid yang menyenangkan. Tugas kita sebagai pengurus masjid memikirkan masjid-masjid yang mesra kanak-kanak. InsyaAllah generasi İslam seperti yang diajarkan Sang Nabi sentiasa mencintai masjid dan menjadikan masjid sebagai pusat peradaban.

“Khuatirlah kamu bila masjid-masjidmu sudah tak lagi terdengar suara anak kecil”

Para khalifah Uthmaniyah yang hebat di masa lalu pun menjadikan masjid sebagai pusat pembinaan generasi İslami yang kukuh. Madrese (Madrasah) selalu berdekatan dan satu kompleks dengan masjid. Dari sanalah generasi masjid berhasil membuatkan Islam agama yang cinta damai, berperikemanusiaan dan berperadaban tinggi!

Indah sungguh nilai-nilai islam yang diterapkan di sana. Janganlah kita menganggap kanak-kanak sebagai pengganggu konsentrasi hingga membuatkan mereka berasa takut ke masjid sebaliknya raikanlah kehadiran agar rasa cinta mereka kepada islam dapat dipupuk sejak dari kecil.

sumber: Azwir Nazar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
QIST